Thursday, July 19, 2018

DIY... jari jari ku kejung semua


Dah lama benar cikson tak upkan posting berkaitan DIY.
Malas, jemu dan rasa tak up to standard semua ada.
Nak ditulis tentang masakan, hmm tak ada yg gempak atau penemuan baru. Asyik itu ,itu saja. Gulai, masak cili dan lain2 yg selalu.
Nak diceritakan bab DIY .. tak ada apa pun yg baru diterokai.

Hari Raya Puasa itu , rumah cikson pun macam tak semenggah masa bertetamu. Sibuk ke sini kesana menguruskan bab sakit demam saja. Mujur ciklin ada beli sarung cushion baru berwarna hijau kosong dan yg berbunga bunga. Ada la sikit kelainannya. Bunga fresh yg dibelinya cantik dimata tapi kurang menyenangkan baunya..Eh.. bunga apa ke namanya. Jenuh pening dibuatnya.

Kuih2 seperi biasa tidak dibuat atau dibeli . Semua anak anak . Hingga sekarang masih berbaki. Yang puas makan tentu cikli. Berbotol2 kuih habis dikunyah ,ditelan masa tgk tv.

Kerusi meja makan pun tak dapat sarung baru. Kain ada dibeli tempoh hari tapi mesin jahit macam dah expired rasanya. Ada gadget dia terjatuh hari tu. Belum check lagi sama ada dah betul2 KO atau masih OK..nanti2 lah ya cik inai.

Lepas semua balik rumah yg sedikit kucar kacir .cikson overhaul balik. Tapikan..tahun ini kain biru tidak lagi diselimut pada almari2 semasa ahim balik. Dia dah tak minat semua tu. Hanya kusyen saja dijadikan halangan iron man dia.

Nak tahu,selempang hijau yg dikerusi pun dah ditanggalkan. Dah selamat jadi riben pengikat langsir . Hehe..bijakkan.

Inilah suasana masakininya..haha.

Alamak.. tudung khazanah bawah tabletop dikitchen tak dapat dilekat balik dgn kukuh seperti awalnya. Dah tiga empat kali cuba,asyik tertanggal. Geram betul tgk. Bertagak saja nak ke hardware lagi.

Apa apa pun... hati masih teringat pada rumah no.7. Bilalah nak siapkannya. Banyak ongkos perlu utk itu..

Suasana sebelum raya RBL. Begini adanya.....
dua insan tua saja yg ada biasa biasanya

daging salai dari Pahang sajian satu hari 

sambal belacan wajib ada
Kalau terabsent,mau patah selera 

pemidang masih dengan barang barangnya

cushion2 masih ditempatnya

Alas kerusi dan tablecloth serta bunga masih menghiasi meja

Itu suasana bulan puasa. Hari raya haritu tak ada pula gambar yg cikson tangkap.Busy sangat pun ia.

Dan selepas raya sampai la ini pula gaya rumah ciklin anak saya yg kamu jaga..Haha.

curtain di ribenkan

sarung kusyen dari Kuantan

bunga2 dah naik ke awan

sarung kerusi jadi lagu ni
Sash hijau dah tiada kini

entah bila agaknya warna curtain akan berubah
Asyik warna gelap  dari 4 tahun yg sudah
Nak sponsor pun..garu kepala ...

No comments:

Post a Comment