Kedebooom! Kedebaaaam !
Bunyi kaki kaki halus di atas kepala.
Berlaga dengan steel framework siling RBL .
Apa tu?
Hey you!
Suara cikson di tengah malam tentu mengejutkan jiran dari lena.
Turun!
Jangan dok main atas sana!
Sudah banyak kali bunyi bunyi itu menghantui malam kami. Setakat ini cikson hanya berdaya bertempik dan bunyi bunyi itu diam seketika.
Malam esok kalau kau datang lagi ,tunggu!
Mau ku lastik kau ,baru tau!
Kata cikli beri amaran.
Banyak malam juga bunyi bunyi begitu tidak berlaku. Tiba2 se malam datang lagi.
Terganggu tidur kami .
Aduhai...
Musangkah? Tupaikah? Kucingkah?
Or maybe orangkah?
Macam2 terbayang dalam fikiran.
Dua tiga hari lepas, ternampak seekor haiwan berwarna seakan coklat merayap atas talian letrik dan telefon RBL.
Nampak macam tupai....
Di belakang rumah pun terserempak dengan haiwan ini.Merayap dari dahan ke dahan.
Mungkinkah ini punca segala bising di atas siling ?
Wahai haiwan atas siling rumah kami, berilah kami ketenangan malam utk melelapkan mata kami.
Kau baik kan?
Melayari google utk masaalah musang di atas siling ,ada beberapa tips yg dijumpai...
1. Tanam pandan wangi
Ehhh atas siling mcm mana nak tanam. Tapi bolehlah cuba letak dua tiga perdu atas siling tu.
2. Pasang perangkap
3. Tutup lubang lubang
4. Dahan2 pohon yang merendang ke rumah boleh lah dicantas.
5.Letak bau bauan tengik yg tak disukai sang musang...eg belerang. But is it combustible?
6. Beli ubat kencing harimau..
Tu la haiwan yang cikson nampak dok melata atas dawai letrik hari tu.Bukan main macam sarkas lagak dia.
Thats all folks.
Have a nice day.
No comments:
Post a Comment