Semalam ,aku kehilangan seorang lagi saudara dekat. Saudara yang banyak memberi impak pada keluarga kami semasa membesar.
Mendapat berita ketiadaannya dari adik di SP. Dan by 2 we made our way to a place where TT was born.
Mujur ada anak yg sedang bercuti dan aku tidak perlu memandu sendiri. Berliku liku jalan yang ditempuhi dan begitu juga berliku2 ingatan yg menghampiri.
Gentle,nice spoken gentleman was my cousin.
Dia menghembus nafasnya yang terakhir dihospital Yan setelah beberapa lama sakit.
Allahyarham berwasiat untuk dikebumikan di pusara Sg Tiang. berdekatan arwah bapa dan ibu saudara cikson.Merah mata isteri memberi tahu .
By 4 ,bila van jenazah meninggalkan halaman rumah,kami pulang.
Nak ikut hingga tanah perkuburan ,lagi 30 kilometre perjalanan dan kesihatan cikli tidak mengizinkan. Belum juga jumpa sarapan tgh hari.
Sepanjang jalan,bau buah buahan tempatan ditepi jalan mendugakan iman.
Nak beli,tak beli. Sama banyak pros and cons.
Akhirnya, berbekal,sebiji cempedak,3 biji durian.5 papan petai, sekilo manggis dan sekilo stoi kami teruskan perjalanan.
Mencari makan hingga ke Kuala Kedah hanyalah sia sia. Tak jumpa tempat makan yg menggamit selera. Kalau ada nampak teruja,bukanya belum tiba masanya. Kerusi masih tersusun diatas meja.
Akhirnya, laksa Zakaria teluk Kechai penyelamat perut kami semua.Bolehlah rasa laksanya. Nothing to die for....
Dan akibat durian, selsema menyerang kembali.
Betullah.. musim buah buhan ni senang sakit demam.
Rapuh sunggoh kesihatan.
Kena hujan demam
Makan buah lebih sikit pengsan...
Wabak penyakit kaki dan mulut pun menyerang sakan.
Di parlimen... semua kebobrokan dilondehkan...
Indeed..we live in a fragile world.
Take care.
Alfatihah buat allahyarham sepupu ku Hj Ramli .
Condolences to the family.
Semalam khabarnya guruh dan petir memancarkan amarah di dada langit lalu turun menggegar bumi... malangnya kerana leka kita masih tak rasa apa-apa...
ReplyDeleteAllah...dunia kian tua, kita juga kian dimamah usia... entah esok entah hanya lagi seketika, kita dipanggil pulang ke sisi Maha Pencipta...
kakcik,
DeleteSaya perasan yg guruh dilembah Kelang mmg kuat dan menakutkan. Kat sini pun kurang sikit bunyi dia. Pasal apa ya.
Betul ... entah esok lusa kita pun tiada. Bye bye semua.