Wednesday, July 18, 2018
2097 bilik 71
0062..bilik 59
8231..bilik 72
Hujan dijangka turun. Langit diluar kelam. Itu pagi ini. Saat ini.
Sehari yang lalu,aku ditengah hiruk pikuk Hospital Sultanah Bahiyah. Membawa dan menemani cikli untuk appointment doktor pakar. Menjejak kaki ke bahagian menunggu,orang ramai sunggoh. Macam macam ada disini.
Mengambil tempat duduk di ruang ini,aku berada ditengah orang yang lalu lalang pesakit dan peneman. Aksi seorang ibu yang cemas seketika bila anak yang dibawa bersama hilang dari pandangan matanya. Dia sedang mendaftar dikaunter sedang ada lagi bayi yang dikendungnnya.
Kesian aku padanya. Cemasnya dia.
Ariffff...jeritnya
Nun anak yang dicari berada ditingkat bawah sedang beraksi turun dan naik tangga sendiri.
Mujur lagi..
2097 bilik 71
Haaa..itu nombor cikli. Dia lantas bangun dan menuju kearah bilik yg disebut. Aku masih dibangku .Malas nak ikut masuk kerana dilorong bilik rawatan itu pun tentu penuh.
Seorang bapa menyorong kerusi roda anaknya dengan diiringi seorang teman membawa tabung gas menarik perhatian. Kesiannya anak kecil itu. Cemas saja aku lihat mereka.
Oh ya..hujan dah turun dengan lebatnya. Mencurah2 ia. Semalam pun. Janganlah banjir datang menjenguk .
Urusan cikli selesai lebih kurang jam 12.30. Ke cafeteria kami tuju. Mee udang dan mee kuah Muar kami order. Bolehlah. tapi manis sedikit utk tekak aku.
Seperti biasa, aku ke parkir yang terletak nun dihujung dunia. Terkejut aku bila dua biji mata orange merenung tajam aku. Mana kau datang kucing hitam? Tengah2 padang yang agak jauh dari bangunan. Tentu kau sesat? Tengah2 hari ni kau datang sini buat apa ya? Aku bermonolog dalam hati.
Kami tinggalkan HSB dan akan datang pula bulan depan. Begitu rutin aku. Drebar dan peneman cikli utk rawatan mata diklinik pakar Hospital Sultanah Bahiyah.
Malamnya ,kaki aku rasa tak dapat bertapak dengan kukuh. Air lemon aku teguk.
Thats all folks. Bye.
Labels:
bila.....,
sakit demam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteTerimakasih puan,
DeleteRasanya selagi ada sisa2 kekuatan, itulah corak hidup saya. Hospital macam tempat yg tidak boleh dielakkan. Must be strong for all these..