Wednesday, March 7, 2018

Dah dekat dah ni...


Membuang pandang luar jendela,aku di sapa satu pemandangan yg bukan biasa.
Eh... dah naik pokok dah " kata ku
Sapa? Tanya cikli.
Tu.. sambil tangan aku menuding ke arah pokok diluar pagar rumah.

Haha... pemandangan begini membawa satu statement tersendiri. Dia dah dekat sangat dah ni. Masih ku ingat dimusim yang lalu,pesta naik menaik ini rancak sekali. Habis pokok , bukit dan parit , dalam sungai pun ada yang berani. Sampai ada perbalahan kerana merebut tempat.Siapa paling banyak dan siapa paling tinggi.

Tak terhitung duit yang keluar dan tenaga yang dihambur utk menaikkan kain empat segi ini. Yang punya lambang parti.

Di luar jendela,kain biru itu berbuai buai dek angin. Sekejap melintuk ke kanan,sekejap ke kiri.Simbol kati. Tetapi macamana nak berfungsi kalau kati itu tidak ditegakkan sebagaimana ia patut berdiri.

Semalam hujan lebat sunggoh. Kilat sabung menyabung dan guruh dentum dentam. For so long kering kontang dan panas terik. Akhirnya langit mengamuk . Pesta Angin Timur Laut yang akan diadakan pada 9 haribulan ini dihujung jalan pun ditangguhkan.
Eh ... napa ya tak tukar jadi pesta selut saja," cikson berlawak. Seronok tu .

Dan didalam rumah,walau tak ada angin dan tak ada kilat, tiba tiba bilah kipas boleh terpelanting.
Zuuuup...nun berdepa dia jatuh . Kalau ada sesiapa disitu,tak taulah aku. Mau nahas begitu.


kipas libas..


kalau terkena mau kebas

pagi semalam, tiba2 kain kain biru kelihatan

hujan pun sama turun memeriahkan senja

berdentum dentam guruh dan kilat gegar gempita



Thats all folks... cerita dari sini.
Nampaknya hujan macam nak turun sat lagi.
Hati hati bawa diri...
Bye.




No comments:

Post a Comment