Thursday, February 15, 2018
ke langit biru,ke sawah menguning kebelukar menghijau...same old same old.
Cuti Raya Cina bersama cuti sekolah telah bermula ya.
Bagi aku semua itu tak punya erti apa apa sekarang.
Same old ,same old.
Mata hanya dapat melayan ......
Langit yang biru
Sawah yang menguning
Belukar yang hijau
Selagi mereka masih ada. Tidak diapa apakan. Tidak dimusnahkan untuk pembangunan akhirnya. Maka setiap kali aku membuang pandang keluar jendela,pemandangan itu masih ada. Masih setia.
Dulu...
Tahun tahun sebelum anak anak habis belajar dan masih dalam pengawasan kami..
Cuti apa apa pun amat bererti.
Ke hutan ... mencari damai air terjun,sungai dan tasik
Ke pantai... ke pulau.
Cuti sekolah ditunggu tunggu. Cuti perayaan pun begitu.
Sekarang semua itu macam berlalu.
Sudah tidak mampu nak ikut maunya hati bila fizikal sudah tidak berapa ok lagi..
Berpuluh kekangan...
Tadi aku layari web booking on line
Saja saja tengok ada tidaknya tiket perjalanan
Hmmm... macam sedia diketahui.
Jadinya...
ke langit biru,ke sawah menguning,ke belukar menghijau pandangan mata terarah
Itu pun kira cukup bertuah..
Mati mati aku ingat,sianak balik sebelum raya cina... hah non ado.
Mama...selepas la bukan sebelum..
Haha... bila terlebih dewasa , mesej yang didengar mau salah diinterpretasi saja.
Thats all my rambling for today.
Entah entah esok lusa,mengetok keyboard pun aku tak bisa.
Labels:
bila.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biasalah bila umur mcm2 ni... Selalu rasa teruja tu dah makin mengurang.. .
ReplyDeleteBetul sangat. Dah kurang nak pi mana2 dah even ke supermarket. Tapi kalau pi melawat cucu cucu,saki pun jadi baik.
DeleteAssalamualaikum, lama benar Mak Long tak jalan-jalan lawat blog sahabat-sahabat. Yerlah, kita dah berumur ni macam-macam perubahan diri yang kita lalui. Dulu suka, sekarang dah tak suka. Anyway hope that you are doing well.
ReplyDeleteWelcome back,maklong
DeleteYa la so long no hear. Hope maklong pun sihat2 di USA sana. Dihujung hujung senja usia begini,have to be contented with what we have. Bolehlah lagi bertahan . Kalau maklong balik M'sia singgah singgah lah ke utara.