Wednesday, August 9, 2017

hari hari ku yg panjang

Semalam 882017.
Seawal jam 9 cikson dah behind the wheels....menuju SCH Proton service centre. By 10 dah siap .

Memasuki kawasan bengkel,tiada siapa2 disitu.
Bengkel cuti kah... aku agak agak.
Pintu ku tolak. Ada pun orang.
Selepas register aku ke ruang menunggu. Peti tv sedang menayangkan perbahasan parlimen
Eh...lebih teruk dari kelas paling belakang masa aku mengajar. Aku berkesimpulan ketika menonton jerit pekik dalam persidangan itu.

Selesai di bengkel kereta, iriz ku pandu merentasi bandar Kangar. Ambil cikli ke klinik pula. Sebelum tu tawaf lagi bandar Kangar utk ke farmasi.

Dik kenapa mahal sangat?
Kat kedai ca ya nun alif tu dapat 28 saja.
Berhempas pulas adik manis jaga kaunter memberi penerangan.

Lepas ni ke mana kita?
Laju aku ke klinik satu Malaysia. Cikli ku turunkan di hadapan pintu klinik dan aku meneruskan perjalanan ke KTMB Arau...missi..cari tiket ETS utk 3 September ni.

# 3 haribulan dah habis..siang malam tak dak. Jelas adik dibelakang cermin kaca tingkap kaunter.

Terus balik ke Kangar ambil cikli di klinik.
Tenang saja dia bersantai dengan segelas teh tarik dihadapannya.

Kemana kita?
Ke stesen bas . Beli tiket.

Alhamdulilah,seperti telahan ku tiket bas Trans masih ada. Settle satu perkara.

Sampai rumah badan penat hap hap. Tertidur sebentar ciksoncikli.
Bila bangun nak makan nasi goreng kampung KTMB yang dibeli tadi.
Allahu...dah basah. Bau pun kurang enak.

Aku perhangat kuah laksa semalam dan makan.
Cikli terus tidur.

Eh... mau KO dia kalau aku bagi makan nasi goreng ni.

Terus capai periuk nasi dan masak nasi .
Lauknya....  ikan bawal masak cuka
                    ikan goreng temenum yg cikson beli COD
                    sayur kangkung n sambal belacan.

Alhamdulillh settle makan malam kami berdua.

Begitulah kehidupan dua insan marhaen
Mujur masih tenaga untuk membereskan aktiviti harian sendirian.

Hari ini...982017

Seawal pagi aku bersiap dan terus ke no.7.
Jam belum pun menunjukkan jam 9. Janji pukul 9. Hampir 20 minit tercegat dilaman. Buka beg utk menalipon . Sudah! Tertinggal pula phone yg sedang dicharge.

Congak pi congak mai... aku buat keputusan balik ke RBL.
Ditraffic lights aku terpandang kereta cikli di seberang jalan.
Eh.. dia nak hantar phone kah.
Lantas steering ku pusing di U-turn dan ikut cikli dari belakang.
Dia masuk pekan,aku masuk pekan.Dia berhenti aku berhenti.
Dia berhenti,aku berhenti

Aku menanyakan handphone aku. Mujur dia bawa bersama.
Talipon ditangan,aku call taukeh cleaning company. Rupanya dia ada whatsap aku. Orangnya mc dan dia hanya boleh hantar orang ptg nanti.

Balik rumah. Restoran aku singgah. Makn tgh hari beres.

Jam dua aku kembali ke no.7. Budak2 cleaners dah sampai di laman no.7. Tangkas mereka melakukan kerja kerja pembersihan. Aku juga tangkas menyuruh buang itu ini.
berdebu....
Jam 6...selama 4 jam mereka berhempas pulas membersih no. 7 yang dah macam gua tidak berpenghuni. Riang tengok anak anak muda berjenaka sesama mereka sambil pantas membuat kerja.

Tapi...kerja belum beres lagi. Belakang depan perlu diberesi. Rasanya besok kena upah mereka 4 jam lagi. Barulah no 7 berseri seri..
Ralat sikit..paip dawai letrik belum dipakukan kembali kedinding. Kerja kerja piping pun kena dibetulkan. Kalau tidak tertomoih lagi kaki2 yang tak memerhati.

kena alihkan paip ini daaa..




Hari hari terasa panjang akhir ini. Duit juga mengalir laju bertukar tangan.


Add caption

kerja kerja pembersihan

tangkas 
Bersyukur aku kerana masih diberi kekuatan. Alhamdulilah.


Besok 1082017....masihkah aku bertahan. Banyak yang nak kena hadam..hmmmm.

No comments:

Post a Comment