Monday, August 7, 2017

SURprisesssssssss.

Terbaca aku dalam KRT akan seorang suami yang suka buat surprise ala ala eric leong.Kisahnya si suami buat surprise dekat isteri dengan membeli kereta. Bukan deko rumah.
Malangnya si bini ni tak suka surprise murprise ni. Dia berangan nak pergi tengok,pilih,test drive dengan mata kepala dia sendiri. 
Well... ni meningatkan tentang SURPRISE2 cikli dengan isterinya.

Satu masa cikson kena pi kurusus berbulan lamanya diluar negara. Dan tibalah masanya pulang semula. Masa pergi dihantar dengan kereta fiat yang liat gearnya. Dan semasa tiba di lapangan terbang, kereta yang menanti adalah van vanette.Ingat cikli sewa untuk datang ke KL. Rupanya dalam tempoh 3 bulan isteri tiada dia tukar kereta senyap senyap. Dia ingat cikson sukalah naik van...hehe. Masa tu van orang guna utk niaga saja. 
Surprise bab kereta bukan setakat van saja. Bila dia tukar kereta dia tak ajak cikson berbincang sama. Masa beli Serina cikson sedar sedar dah ada di laman rumah. Begitu juga masa bertukar ke X-Trail.
Cikli tahu kalau berbincang dengan bini tentu tak jadi beli kereta kereta ini.Tentu cikson beri hujah begini...
Mahallah.
Mana nak cekau duit bayar nanti
Kita dok rumah pun tak sampai harga kereta ni
Kereta buatan Malaysia dah mencukupi
Duit kita simpan buat beli rumah ke,modal ke,sekolah anak ke...

Begitulah hujah hujah cikson bila diajak bersembang bab beli kereta.Ada saja halangannya. Tapi akhir sekali betul telahan siisteri....

Sekali tu pula,sedang enak berehat,kelibat lori kedai perabot lalu depan rumah. Selang beberapa minit,lori itu berpatah balik dan berhenti dilaman. 
Hulllloooo...suara memanggil.
Ini lumah cik losli?
Ia ada apa.
Ini mau hantar balang...kata pemandu lori.
Aku terpinga pinga kerana cikli tak kata apa apa. Bila lihat invoice..betullah.

Perabot diangkut kedalam rumah.Aku diam tetapi mata dah tak berkenan.
Weei... bucu lemari tu tajam.
Warna hitam kelam..
Dan terjadi kejadian anak berlari dalam rumah terlanggar bucu almari yang tajam. Mau berparut sampai sekarang dan memerlukan beberapa jahitan...

TV besar gedabak pun dibeli tanpa cikson ketahui. Balik sekolah tgk dah ada diruang tamu. 

Dan disatu masa yang lain pula ,set periuk belanga,pinggan dibawa balik.

Semuanya SURPRISE!!!.

Ada cikson suka serta merta tetapi ada yang kena hadam slow slow pula.

Agak agak apa ya jadinya kalau dia buat surprise bawa bini muda?
Alamat tak cukup tanahlah jawabnya... hehe.


No comments:

Post a Comment