Baru 9.30 pagi. Panas dah berdenting.
Garang sang matahari menyinar dari celah celah bumbung ayan rumah jiran.
Sebentar lagi,bila hari meninggi hari,lagilah perit panasnya rumah yang kecil ni. Teringat aku akan pelajarn dimasa sekolah dan kalau tak salah dalam Geography kalau nak bina rumah kena tahu arah matahari terbit dan terbenam. Syukurlah juga sebab rumah kecil milik ciklin ni mendapat panahan matahari sebelah pagi. Bila petang matahari jatuh sebelah barat cahaya terhalang ddengan rumah sebelah. Namun panasnya masih membara.
Pegang kusyen... aduh terasa habanya. Jangan cuba nak baring baring,mau badan jadi garing.
Buka air paip... jangan cuba cuba terus menjirus badan. Sotong rebus jadinya tuan.
Nampak kaki kaki ninsandaq dan Tam berlari lari. Menjenguk pintu minta permisi untuk masuk rumah merehat diri. Kesian pula pada mereka jadi mereka dibenarkan untuk kedalam . Mnonong mereka menuju bilik air dan disitu mereka merebahkan badan dengan lidah terjelan.
Hari ini...selera rasanya dah sampai bulan. Tak lalu apa nak makan. Hmmm... rasanya rebus rebus sup buat kuah mee. Mungkin itu yang menarik hati..Yang lain...ketepi ketepi.
Pagi tadi... satu kejadian berlaku yang buat cikson terkedu. Tengah tengah dok charge handphone, bau hangit dan cahaya keluar dari wire charger. Mujur lagi tak kena kita. Kalau tidak naya! And I have learned my lesson. Jangan dok sambung kepala charger tak ketahuan...
Panas lit lit macam ni buat pergerakan terasa kurang selesa. Tudung tingkap yang dah berzaman tak dibasuh di jolok turun dan menunggu untuk dimasukkan kedalam washing machine. Termengah mengah hanya menurunkan kain langsir day and night itu.
Isshh...dulu tak terasa macam ni. Satu rumah pun boleh kemas sorang diri..Sekarang...semua kerja kena hati hati. Silapsilap sakit pula yang dok cari.
Jumaat hari ni... pesan mama buat anak anak yang dikasihi.
Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.
Dan selalulah bersedekah walau sekupang dua...
Mungkin sikit bagi kita,tapi banyak dan besar ertinya buat penerima.
Equinox... bila matahari dekat dengan bumi.. Panasnya mmg terasa sekali. Tapi kat sana lagilah.. matahari sejengkal saja dari kepala..ngeri.
Thats all folks... coretan dari warga lebih usia..Bye.
No comments:
Post a Comment