Sunday, March 19, 2017

Lambatnya Rabu..

Setelah sekian lama berkurung,hari ini ciklicikson berdua makan kenduri. Kenduri dekat Perlis saja. Memenuhi undangan kawan cikli,kami ke sebuah taman perumahan di pekan. Kenduri khatan cucu tuan rumah. yang senasib cikli . . ...

Lepas dzohor, cari baju yang sesuai. Sehelai baju kurung zaman entah bila disarung. Mujur muat. Dah lama rupanya tak tempah baju. Tapi utk raya depan dah siap dengan tudung sekali ditempah anak...haha.. Dulu kita tempah buat mereka,sekarang kita pula bagai anak..menunggu baju hadiah. Nak tempah kat tukang yang biasa nampaknya dah tak termampu. Entah berapalah harga upahnya sekarang. Dua tiga tahun dulu pun dah hampir 70 ringgit..sakit nak bayar nanti.

Selesai makan nasi sepinggan,kami meneruskan perjalanan. Ada lagi 2 rumah. Satu di selatan satu di utara. Kami pilih selatan yang membawa kami ke sebuah rumah di Chemumar,Spg Empat. Dah lama benar cikson tak jenguk daerah ini. Dulu selalu kesini kerana cikson jadi guru MBMMBI disini.
Itulah... kalau dah rezeki nak kesini, walau panggilan menerusi wassap grup saja, kita akan sampai juga. Sebelum ni, ada cikson berura ura mengunjungi kawasan ini.

Kiri kanan jalan masih seperti dahulu.
jalan ke sana

sungai yang penuh cerita


Sawah kontang 

   Rumah kenduri diutara tak sempat kami pergi kerana balik dari sini jam dah 4 lebih.Tak pasti pula undangan kenduri di sana hingga pukul berapa. Selalunya kalau didewan ,by 4 dah tutup kedai.

Balik rumah, terus lelap. Bangun masak cucur udang untuk makan malam...

Alahai... cerita mundane apa yang ditulis ni.
Sebenarnya... hari ini si Fahim balik ke sini dengan ayah ibunya. Tertunggulah kami dengan rasa gembira. Tapi Fahim sakit mata dan demam pula...Kesian dia.Semoga dia cepat sembuh.

Lambatnya Rabu...



2 comments:

  1. Indahnya pemandangan lambaian tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maklong,
      Sini tgh panaih sangat. Tapi hujan turun juga sekali sekala. Hows the weather up there ? Winter lagi ka?

      Delete