Saturday, September 15, 2018

Angin menderu laju..antara Florence dan Mangkhut. Mana lebih takut.


Bangun subuh tadi dengan rintik rintik hujan membasahi bumi.
Jam 6 siaran tv aku ikuti.
Apa dah jadi dengan Florence dan Mangkhut yg membadai bumi?

Semalam cikli mendengus sebab aku conquer tv tengok CNN beram jam . Tak berpeluang dia tonton HBO yg dia suka.
Breaking News, Breaking News.... apa yg pecah ? sindirnya. Aku buat2 tak dengar dan terus tonton tv.

Hurricane Florence dah dikategorikan sebagai tropical storm berita terkini. Tetapi kerana lembabnya pergerakan dia, kerosakan yg dibawa luas dan memusnahkan. Dah 5 nyawa terkorban. Walau mandatory evacuation di jalankan,masih ada yg degil.Ada yg terperangkap dibumbung dan diattic . Satu pengajaran yg boleh kita pelajari. Amaran banjir dan arahan pihak keselamatan perlu kita ikuti. Jgn pandai sendiri dan berani tak bertepi.

Tak berapa banyak liputan ttg taufan Mangkut dlm berita tv. Namun dia lebih mengganas dari Florence. Kategori 5 dia ditakrifkan. Lebih menakutkan . Itu taraf pemberitaan disini berbandingkan disana. Macam antara dua darjat.

Rupanya cuaca lembab yg kita hadapi kebelakangan ini tempias taufan Mangkhut rupanya.

Two hurricanes world apart...aku dengar pembaca berita baca berita.
Satu didunia serba maju dan satu melanda negara daif . Cara bertindak dan cara pelaporan pun ada perbezaan.

Meninjau dari tingkap . awan kelabu berat di ufuk selatan. Tanda hujan akan datang kembali bertandang.
Di sini sekalisekala bas pelancong menderu laju menuju kuala. Agaknya nak keLangkawi gamaknya.Baru teringat cuti 3 hari pula time orang Malaysia bersuka ria... bagi mereka yg sihat dan berada.

Thats all folks... tak semua kita ingini boleh kita perolehi. Namunjangandengki. Lihat orang bahagia kita irihati.

Have to end here... bye. Have a safe weekend dearies.


Friday, September 14, 2018

Angin menderu


Buka CNN. Breaking News nya tentang taufan taufan yg sedang dan akan membawa bencana ke negara yg dilanda.
Taufan Mongkut... eeh Mangkhut di Asia Tenggara dengan Filipina dan China sasarannya.
Taufan Florence menuju Carolina
Dan kedua duanya kategori yg memusnahkan sekiranya terkena.

Guam...jajahan Amerika sudah dilandanya
Maka tak sedikit musnahnya harta benda.
Tapi boleh pula TRump buat donno saja .

Di tanah airku... bukan taufan yg melanda . Angin yg datang macam dayang dayang tuan puteri turun bermain ke bumi  saja. Lemah lembut lenggang lenggoknya. Tapi taufan manusia punya buatan pula yg tiba dan terus mengamuk semaunya..

Semalam dalam sidang media ..isu 1 MDB terus jadi topiknya. Ha.. 2.973 ya bukannya 2.6 seperti yg mula2 didengari.
50 orang dikenalpasti penerima tentu tak senang duduk mereka
Beg tangan,duit berkoyan belum ada yg datang menuntut... Jom kita tuntut.... mana tau kot2 ada habuan kita.Harta karun rakyat Malaysia.

Lawyer ternama sangkut di SPRM dan LHDN pula. Ha jenuh garu kepala nak jawab bagaimana duit berjuta diterima. AMLA dan macam2 lagi kanun yg rakyat Malaysia tak tau istilahnya. Dulu l***t  saja yg dijaja. Habis dgn prosedur melakukannya sampai meloya kita mendengarnya.Sekarang amlaamlaamla pula.

PRK sana PRK sini... itu pun ramuan utk cerca mencerca.
Tak habis habis lah Malaysia.Sakit kepala.

Angin menderu
Dahan jatuh menumpa batu...gugurlah
Takut nak lalu bawah pokok kelapa
Timpa nyok jatuh mau biul jadinya...so hati hati ya .

Life is full of challenges. Amanah dan berintegritilah dalam tindakan kita. Jangan kerana wang kita bertindak seperti beruang lapar tak makan berhari hari lamanya. Semua kita terkam dan baham sepuasnya.
semoga kita aman 

tanpa ada taufan akan melanda..Aamiin.

Thats all folks. My coretan for today.
Sometimes rasa nak tulis apa saja yg terasa dihati. Namun akal dan hati menahan dari melakukannya.

Bye... have a happy weekend.



Wednesday, September 12, 2018

?????



Terjumpa dalam page fb.
Cikgu BM tentu pening kepala.

Tuesday, September 11, 2018

Cucu cucu ninasandaq


Dah bercucu ninsandaq.
Anak dia si Monkey selamat melahirkan dua ekor anak anak yg kiut miut . Hitam belang belang badan ereka.

Ha ...tentu ramai terhairan kenapa anak ninasandaq ni dinamakan Monkey. Ni kerja cikli la. Dia kata warna badan dia macam monyet. Warna saja. Karektor dia tak pun. Macam kucing biasa saja tengoknya.

Monkey pun macam redho saja namanya sedemikian. Ligat saja dia menonong berlari bila nama dipanggil.
Maka tentulah hairan makcik belakang rumah yg terdengar laungan ciksoncikli memanggil Monkey

Monkey Monkey...balik.
Monkey Monkey... mai makan gitu...

Haha... all those aside
Ada story disebalik kelahiran cucu cucu itu.
Alkisahnya...

Selepas balik berkelana selama hampir 10 hari, ciklicikson dapati Monkey dah sarat sangat. Check punya check ada macam sesuatu keluar dari peranaknya. Esoknya , cikli bawa dia ke pejabat Haiwan sebelum ke KIM kerana cikson akan ke stesen bas menjemput cikolin.

Masa balik satu panggilan talipon cikson terima. Cemas saja bunyinya.
I kemalangan ni . Mai cepat. La ni ada di depan sekolah.
Maka bergegas cikson dgn anak yg baru turun dari bas ke tempat dinyatakan.
Huaaaargh.. apa jadi cikli? Terekelepek kereta tersadai tepi jalan. Mujur cikli tak ada apa. Tapi muka cuak la.
Kami mengambil Monkey dan terus ke pejabat haiwan. Doktor yg baik hati melayan kami dgn santun sekali.
Monkey dia tolong jaga sepeninggalan kami ke tempat kenduri petang nanti.
Dan Monkey terus di op haritu juga.

Sekembali ke tempat cikli berada ,kami berurusan dgn tow truck pula.
Selesai,berehat kejap sebelum ke Alor Setar ke rumah adik cikli yg akan mengadakan majlis pernikahan anaknya besok hari

Dan disana dapat panggilan talipon yg Monkey dah selamat dibedah. Dua cucu dia anugerah buat nansandaq dan kami..

Sekarang sibuk dia pindah randah anak anak dia sana sini.
Semalam dia bawa mereka naik katil. Konon2 buat peneman cikson malam tadi.
Banyak lah kau punya empathy. Konon sebagai ganti cucu cucu yg tak kemabli cuti ni...

amboi...hebat kau Monkey
atas katil kau angkut the two blackies
Dalam kotak tak mau kau huni
 Hari tu puas cikson berDIY buat pengadang katil. Di angkutnya anak anaknya kedalam bawah katil . Jenuh cikson jadi badang angkat tilam utk bawa mereka keluar. Sampai harini terasa terkehel leher.
Dan drama angkut mengankut,sembunyi sana sini akan mendominasi hidup kami di RBL ini sampai tiba masanya mereka tinggal di luar...

Monkey,where are you?
Kelaur rupanya utk hilang stress jaga malam katanya.
Bapa mereka pi mana?
Monkey buat donno bila ditanya.

kena ditampal kadbod begini

tempat bawah ini dia tak peduli

bawah katil ni juga dia nak bawa anak anak bercuti
Kat sini macam Hotel TH yg cikson sekeluarga huni tempoh hari
Selamat bercuti semua.Bye.
Cuti apa ni banyak sangat kali ini,tanya ninasandaq kat kami.
Malaysia Darul Cuti...kata mereka dan satu video menghina kita boleh dapat kat fb. Katanya Malaysia paling malas dalam dunia.. Lebih malas daro orang Arab yg terfamos dgn berjoli. Biaq benaq kita jadi juara dalam kategori negara paling Malas dunia...sakit hati..