Tuesday, September 11, 2018

Cucu cucu ninasandaq


Dah bercucu ninsandaq.
Anak dia si Monkey selamat melahirkan dua ekor anak anak yg kiut miut . Hitam belang belang badan ereka.

Ha ...tentu ramai terhairan kenapa anak ninasandaq ni dinamakan Monkey. Ni kerja cikli la. Dia kata warna badan dia macam monyet. Warna saja. Karektor dia tak pun. Macam kucing biasa saja tengoknya.

Monkey pun macam redho saja namanya sedemikian. Ligat saja dia menonong berlari bila nama dipanggil.
Maka tentulah hairan makcik belakang rumah yg terdengar laungan ciksoncikli memanggil Monkey

Monkey Monkey...balik.
Monkey Monkey... mai makan gitu...

Haha... all those aside
Ada story disebalik kelahiran cucu cucu itu.
Alkisahnya...

Selepas balik berkelana selama hampir 10 hari, ciklicikson dapati Monkey dah sarat sangat. Check punya check ada macam sesuatu keluar dari peranaknya. Esoknya , cikli bawa dia ke pejabat Haiwan sebelum ke KIM kerana cikson akan ke stesen bas menjemput cikolin.

Masa balik satu panggilan talipon cikson terima. Cemas saja bunyinya.
I kemalangan ni . Mai cepat. La ni ada di depan sekolah.
Maka bergegas cikson dgn anak yg baru turun dari bas ke tempat dinyatakan.
Huaaaargh.. apa jadi cikli? Terekelepek kereta tersadai tepi jalan. Mujur cikli tak ada apa. Tapi muka cuak la.
Kami mengambil Monkey dan terus ke pejabat haiwan. Doktor yg baik hati melayan kami dgn santun sekali.
Monkey dia tolong jaga sepeninggalan kami ke tempat kenduri petang nanti.
Dan Monkey terus di op haritu juga.

Sekembali ke tempat cikli berada ,kami berurusan dgn tow truck pula.
Selesai,berehat kejap sebelum ke Alor Setar ke rumah adik cikli yg akan mengadakan majlis pernikahan anaknya besok hari

Dan disana dapat panggilan talipon yg Monkey dah selamat dibedah. Dua cucu dia anugerah buat nansandaq dan kami..

Sekarang sibuk dia pindah randah anak anak dia sana sini.
Semalam dia bawa mereka naik katil. Konon2 buat peneman cikson malam tadi.
Banyak lah kau punya empathy. Konon sebagai ganti cucu cucu yg tak kemabli cuti ni...

amboi...hebat kau Monkey
atas katil kau angkut the two blackies
Dalam kotak tak mau kau huni
 Hari tu puas cikson berDIY buat pengadang katil. Di angkutnya anak anaknya kedalam bawah katil . Jenuh cikson jadi badang angkat tilam utk bawa mereka keluar. Sampai harini terasa terkehel leher.
Dan drama angkut mengankut,sembunyi sana sini akan mendominasi hidup kami di RBL ini sampai tiba masanya mereka tinggal di luar...

Monkey,where are you?
Kelaur rupanya utk hilang stress jaga malam katanya.
Bapa mereka pi mana?
Monkey buat donno bila ditanya.

kena ditampal kadbod begini

tempat bawah ini dia tak peduli

bawah katil ni juga dia nak bawa anak anak bercuti
Kat sini macam Hotel TH yg cikson sekeluarga huni tempoh hari
Selamat bercuti semua.Bye.
Cuti apa ni banyak sangat kali ini,tanya ninasandaq kat kami.
Malaysia Darul Cuti...kata mereka dan satu video menghina kita boleh dapat kat fb. Katanya Malaysia paling malas dalam dunia.. Lebih malas daro orang Arab yg terfamos dgn berjoli. Biaq benaq kita jadi juara dalam kategori negara paling Malas dunia...sakit hati..

1 comment:

  1. Bermain dengan anak-anak bulus menghilangkan sunyi, tapi sesekali letih juga melayan telatah yang tak diingini... :)

    ReplyDelete