Wednesday, September 19, 2018

The lull ....

Yesterday, news abound about the storm in Perlis.
Headlines lagi..

Harini, matahari menampakkan diri awal tadi. Bolehlah keluarkan baju yg nak dikeringkan dibawah mentari. Di hujung langit cahaya terang menyuluh bumi. Tanda akan baik baik saja hari ini.

Namun jangan terpedaya.
Cuaca berubah macam orang juga
Sedang mood elok elok ,dok tak dok naik angin pun ada.
Kaji cuaca pun kata,kita dalam monsun peralihan dan akibat apa entah... tak dpt pula istilahnya, kita terdedah dengan cuaca yg meragam . Bila bila masa boleh menggila. So awas ya penduduk utara. Kalau hujan dan ribut jgn bawa kereta...

Baru ku tahu rupanya kelajuan angin membadai Perlis lebih laju dari Florence di Carolina. Hence the kemusnahan. Lagilah pula sepanjang jalan ,pokok2 yg ditanam bagai bom atom yg tak dijangkakan. Bila angin membadai ,boleh senang tumbang..
Baca sini utk penjelasan.

SINI

Dua hari lalu, kami ke HSB untuk rawatan susulan mata cikli. Appointment jam 10.00 pagi. Jam 9 kami dah sampai ke ruang lobby.
Aduh... ramainya manusia harini.
Nak ke parkir kereta, queue panjang sekali. Dan akhirnya dalam debaran hati ,terparklah kereta cikson dihujung padang yg berlumpur. Berdoa dalam hati agar hari ni matahari cerah dan air yg bertakung habis kering bila masa kami pulang.
Begitu nasib semua kaum marhaen.. ke hospital bagai satu perjuangan. Berjuang utk letak kenderaan.

Menunggu giliran, rabung gebang kami dengan yg senasib kami.
Si isteri yg setia menemani suami
Si isteri yg ditinggalkan suami kerana lama sangat menunggu tadi.
Ceritanya dari asal mana hingga berapa anak,cucu yg dah diperolehi.
Haha... jangan tak tahu, ditempat menunggu begini kadang2 orang yg tidak kita kenali , jadi kawan selepas ini. Silap2 berbesan pula...haha.

Bila tamat dan kami boleh pulang ,jam dah 1 petang. Mujur lagi. Ada masa kami hanya boleh balik bila lampu semua dah nak padam.
Januari 2019 tarikh cikli kena DC
dan September 2019 cikli kena operation utk kanta.

Alhamdulillah..jauh lagi masanya untuk ini semua.
Semoga sihatlah cikli dan saya .Dapat pi Trengganu utk kenduri anak saudara..

Thats all folks. Stay safe.
macam aman saja dekat ruang ini.
Bukan begini diawal tadi
Nak lalu pun jenuh selit diri.

No comments:

Post a Comment