Tuesday, August 22, 2017

Begitu jadinya.

Terbaca mengenai seorang ibu muda yg baru lepas bersalin menemui ajal akibat tersepit pintu lif aku ngeri sekali. Aku teringat kejadian di HTF semasa menemani cikli seminggu di sana.
Berpusu pusu orang menunggu didepan pintu lif masing masing nak masuk dulu. Sebaik saja pintu lif terbuka,dah ada yg nak menerpa ke dalam. Apa apa pun tunggulah lah orang keluar dulu. Ini pak cik makcik tak sabar sabar nak masuk...aduhai.

Lif berhenti di tingkat 5. Pintu terbuka. Seorang wanita teragak agak nak masuk ke tidak.
Kami dalam lif tanya dia.. Nak pi mana
Nak turun katanya.
Bila diajak masuk sekali sebentar dia hendak sebentar dia tidak. Pintu terbuka dan tertutup. Last2 kami tinggalkan dia.
Acah acah pula nak masuk nak keluar..rungut pakcik yg bersama kami.
Bahaya tu..aku sampuk.

Si kecil menangis setiap kali pintu lif terbuka dan tertutup. Setiap tingkat anak kecil itu meraung atas dokongan ibunya. Cemas wajahnya. Pohim yang memerhati gelagat rakan sebaya hanya senyum.
Macamlah dia tak kisah naik lif.
haha.... kan  dah biasa naik turun lif  sehari berapa kali. Kata pun tinggal di kondo.Mungkin begitu kata Pohim. Releks le.

Teringat aku satu masa aku juga panik dalam lif HSB. Entah kenapa aku kabur pandangan dekat senja itu. Masa melawat dah habis. Tiada lagi pengguna lif yg lain. Aku tekan butang dan laju saja lif bawa aku ke awan. Bila pintu terbuka aku keluar lif... eh kenapa area ini nampak asing. Aku masuk balik Tekan butang lagi. Aku keluar area lain juga. Ni dah kenapa.
Bila ada pengunjung lain masuk lif ,aku ikut.
Cik tolong tekan tingkat 6. Aku minta pakcik yang bersama makcik. Mata saya kelabulah. Butang tu kecil .
Haaa..ah... rupanya kedudukan butang butang itu tidak seperti biasa. Aku yg rabun2 ayam kurang jelas nombor yg tertera..
Bila keluar lif  dan berada di kawasan yang aku tuju baru lega.
Aku cerita pada guard. Mereka ketawa.
Nak tau makcik, kami kalau jam tu pun tak berapa nak masuk lif sorang sorang.
Begitu pula...
Ada yang menyakat tuuuuuu.
Seram
Di sini tempat biasa. Tgh malam buta pun masih menanti.

Di sini juga.. biasa saja. Tapi bila mlm aku tak berani sorang sorang. Mujur ada yg sudi meneman

2 comments:

  1. Saya pernah duduk di rumah tingkat 10. Ada juga pengalaman tersangkut dalam lif, mujur tak lama dan ada orang lain (ramai), jadi taklah takut sangat. Pernah juga ada lelaki ikut masuk (waktu saya seorang) dan dia keluar bila saya keluar. Pandangan matanya menakutkan dan mujur lif bergerak agak laju dan tidak lama saya bersamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 gerun nak masuk lift bila sorang2 atau dalam keadaan yg kurang senang. Macam kisah ada.

      Delete