Monday, August 21, 2017

Bila Pohim balik kampung


Di luar jangkaan Pohim  balik kampung.
Plan asal berubah. Giliran mereka balik bukan minggu ini.
Cikson pinta anak anak balik ikut giliran,supaya lebih lama ada orang yang dapat menolong dirumah. Minggu ini abam Paen. Tiba2 dapat panggilan yang pohim balik minggu ini kerana minggu depan mereka akan ke Aussie.

Hari Sabtu hampir malam baru mereka sampai. Perjalanan jauh. Sebaik menjejak kaki ke dalam rumah, sianak kecil ini menanyakan tok wan sambil tangan menunjuk bilik Wan.

Banyaknya keletah Pohim sekarang. Dah kenal ABC walau tidak berapa tahu menyebutnya. Semasa dalam kereta cikson tanya apa alphabet di steering wheel. Pass. dia tahu mana PROTON. Quite remarkable. Dan bila cikson ajukan apa alphabet dalam ALDO yang bertulis ambung,pass juga dia .

Menyanyi nyanyi kecil sambil leka melakukan aktiviti. Dan paling digemari Pohim adalah menyakat Ninasandaq. Mengekek ketawanya bila Nina terkejut diusiknya.

Sebelum balik,dia beraksi macam sembahyang. Siap sujud lagi. Lepas itu komat kamit mulut baca doa.
Minta doa bagi wan cepat sembuh na..

Di Koma laut masa berjamu malam sebelumnya dia minat sangat untuk join grup anak anak kecil lain. Orang sepak kotak,dia kejar sama. Jenuh letih ayahnya mengawasi dia. Laju saja larinya.

Teringat satu istilah..... terrible two. Katanya umur dua tahun lah masa anak anak kecil mula tunjuk ragam. Dah ada kemahuan sendiri.Tergelak kami melihat ragam dia .

Hari ni mereka on the way balik KL. Safe journey dearies.
Have a pleasant holiday in Perth next week.

Bye.. with love from Muhammad Fahim Zaidan.
nak pi sembahyang..

Pura2 merajuk

Seronok

keletahnya


No comments:

Post a Comment