Aku kenal dia masa aku membeli makanan dicafeteria. Aku senyum ,dia senyum. Lepas senyum kami sambung berbual.
Rupanya dia juga menunggu suami di ward bertentangan dengan ku.
Jadi bila masa terluang aku kerap berjumpa dia.
Entah apa yang buat kami click. Aku tak kenal dia dan dia juga mungkin tak kenal aku.
Dia juga berseorangan menunggu suami seperti aku bila aku tanya jika dia bergilir gilir jaga suaminya.
Dia ada adik beradik ramai. Keliling rumah sanak saudara dia. Tapi sorang pun tak ada tergerak hati nak tolong jaga abang depa.
Macammacam hal . Bini tak bagilah. Takut sejuklah. Dia menjelaskan bila aku tanya .
Mak mertua dia pun bukan main. Semua dia buat kena complain.
Kadang kadang mau juga saya balik rumah. Tengok apa jadi kat rumah. Ni dah lebih 2 minggu saya kat sini. Kalau saya balik ,mulalah dia kata saya tinggal laki saya sorang sorang.
Saya tak kerja kak. Jelasnya lagi. Duit pakai banyak utk beli ubat abang. Pening saya.
Anak2 adakan. Tentu mereka tolong.
Kak,zaman ni semua orang susah. Apalah dapat dibantu kalau mereka pun susah .
Dalam aku menjaga cikli,ramai lagi kawan senasib yang ku jumpai. Ada yang lebih perit hidup yang mereka lalui. Terkontang kanting meneman suami,hingga tak balik langsung rumah kerana tidak pandai memandu kereta. Jadi hospital dah jadi rumahtangga mereka.
Ada masa aku perhati suasana dicafeteria. Ada yang makan ala kadar saja. Ada yang terketar ketar tangan hulur duit membayar harga makanan yang dibeli.Lama mencari duit yang terselit dalam dompet .
Satu hari ,aku duduk sebelah seorang wanita.Menunggu pakya drebar teksi yang belum tiba.
Dia sedang berbadan dua. Menunggu seseorang mengambilnya diruang legar.
Saya jaga mak,makcik.
Ni nak balik kena naik teksi. Habis duit macam ni.
Melihat dia dan anak anak aku jadi simpati. Walau perut memboyot, ibu yang terlantar di hospital kena dijaga.
Semasa bersalam,aku selit sedikit wang untuk dia.
Beli makanan yg sihat ya dik utk anak tu. Aku tunjuk perutnya sambil tersenyum.
Bila pakya datang aku berlalu pergi.
Bila kita selalu berurusan di hospital,berbagai cerita kita temui. Adakala sama saja macam yang kita lalui.Pengorbanan siisteri menjaga suami yang sakit. Entah bila dia sakit, siapa pula yang akan jaga dirinya.Entahentah dipehambat balik kampung. Senang cerita.
No comments:
Post a Comment