Sunday, May 14, 2023

Dan awan tompok tompok......

 Harini cikson bersiaran lagi. Secara langsung dari meja mesin jahit mengadap tingkap. Hari dah cerah sangat. Terasa bahangnya.Walau jam baru 07:31. Namun nun di kejauhan dilangit yang biru ternampak awan putih dan kelabu bertompok tompok. Lain dari hari sebelumnya bila langit hanya membiru.

Semoga adalah hujan turun hari ini.

Terasa lama benar tak dengar hujan jatuh ke bumbung rumah. Terlihat airnya mengalir deras melalui corong hujan. 

Air di Empangan Timah Tasoh dah surut 3 meter khabarnya. Jalan lama pun dah timbul dan menjadi tempat berootd anak muda. Walau panas mengigit telinga. Kalau masih kering begini at this rate alamat tak lamalah air akan diration. Maka akan bersengkang matalah warga Perlis menahan air diwaktu dinihari . Pengalaman beberapa tahun dulu.....begitulah.

'Cikli..high time dah kena guna tangki air tu. Kita store air' .Aku melihat tangki hitam itu dah ada gunanya dari tersidai begitu saja. Cikli acuh tak acuh saja akan cakap bininya. Ya lah.... faham. Orang lelaki mana ada sense of urgency. Getus hati. Apa lagi kalau ada bini...Hihi. Melalut pulak dah makcikson ni. 



Sometimes in this hot weather,temper could flare. Mujurlah cikson dah lali.Semua tu cakap dalam hati.  Esok lusa cikli fahamlah apa itu urgency. 

Tentu bahagiakan kalau boleh hire orang datang rumah at my beck and call utk uruskan perkara perkara macam ni. Basuh tangki air itu contohnya.

Awan tompok tompok membuat aku terfikir. Ehh tak apalah dengan tangki air tu. Hujan nak turun dah niiiii. 

Kelmarin aku merasakan yg sifat kasihan, empati belum mati dari muka bumi.

Anak muda yang mengunjukkan bungkusan COD padaku aku kagumi.

Dia :Cik,apa barang yg cik beli 79 ringgit ni.Cik ada beli?

Aku: Ya cik. Ubat.

Dia: Kita buka dulu .Check betul ke ubat. Takut scam saja.

Dia membuka bungkusan kecil tu dengan teliti. 'Bukan apa dah masuk dlm sistem payah dah nak refund.'

Terimakasih anak muda . Selepas aku confirm itu barang yg aku order dan duit pun bertukar tangan.

Ehh halusnya botol. Tak setara dengan harga. Ngomel ku. Harap tu berkesanlah ubat ini utk mengubat kaki ku . 

Masa aku tengah sakit haritu, aku macam orang yg sedang lemas. Clutching at even the straw. Maka aku tak berfikir panjang mengorder dari iklan fb. Walau itu against my usual habit. No buying from ads fb. Autanya yg lebih dari betul.

Aku lebih percaya Lazada. Kalau tak puas hati boleh bagi rating sikit dan complain . Boleh return and refund. Delivery pun tak mengecewakan. 

Ehhh mana awan tompok tompok putih tadi?

Dah cair macam ais batu. Hanya langit kelabu di depanku.



Saturday, May 13, 2023

Raya of 2023...the memories

 For keepsakes ... 

Raya of 2023 is nothing much to shout about.

But nevertheless ,I am grateful for the time ,the memories that we had.

This is how it goes......

* Only cikna and her brother were home a day before the eve of Raya. Returning just hours before on the ETS. Haha by coincidence, the same time and the same train.

* No able bodied helper beside cikli. So much work got to be borne by moi. Dah la jalan pun terhencot hencot.

* So this year no new curtain. To hire the cleaning ladies at this time is a futile effort. Either they turned off their promise at the last hour or they put on a disappearing act. Dah terkena. So malaslah nak hadapi lagi.

* But cikson was not deterred. Raya without touching the deco of the house is not raya to me. How I treasured those memories with my mum when we welcomed the Raya with our minimal deco. A simple self sewn curtain would be more than just a delight. 

* So cikson bought these as compliment.

Terhayun hayun 


A tick tock wall clock from China...Haha. Entah berapa puluh kali dok teragak agak nak beli ke tidak. Akhirnya dalam bln puasa dia pun sampai. 




* Dah beli tick tock tick tok tu, teringin pula lampu lantai. Dah cari kat Lazada berbulan dulu. Kali ni nekad nak beli walau cikli dok perli. Asyik dok membeli. Haha...barulah berseni.

Puas hati beli. Tak sampai 50 pun.

Chair cover n vanity boxes


* Dah ada lampu tak cukup lagi. Nak table runner pulak. Ha beli jgn tak beli.

* Lepas tu carpet dah tak ngam dgn deco. Kejar cikli pi cari kat JRL....Joe Raja Lelong. 

Tak masuk 

Ni pun.


* Bunga juga main peranan walau malas nak melayan. Kat fb jumpa lah orang jual vinca gantung. Maka esoknya penjual tu pun mengusung pasu2 utk cikson.

Bunga bday 



Tu bab hiasan. Walau marhaen. 

Jenguk ke laman. Aduh panjang nya rumput. Yg selalu datang memesin ,hampir sebulan menghilang diri. Nak raya dah tak berapa hari lagi. So ke fb cikson cari. Jumpalah seorang. Namun harga yg dibayar sungguh ke palang. Meroket ke awan. Diminta RM 300 - 400 utk cuci kawasan. Aduhhhh. Mahalnya bila nak buat kerja tergesa gesa.

Lepas tawar menawar, akhirnya mesin rumput pun berbunyi. Lega hati.

Maka hari Raya pun tiba....

Sebelum tu apa juadah pula. Yg beraya di Perlis kami berempat masa raya pertama. Jadi nak masak macam2 tu mulanya hanya gulai daging utk ketupat. Tapi terhidang juga rendang ayam dan nasi arab.

Peristiwa kelaparan mencari kedai makan masa first raya haji thn lepas masih diingatan.RM 400 melayang utk makan kat cafe hotel. So datang semangat cikson utk melihat kami tidak kelaparan. Mujur ada paste nasi arab dari Pahang. Masaknya pun mudah sangat. Rasa pun sedap. TQ cikna besan Pahang.

Selalu lepas raya2 di Perlis,kami ke SP. Namun tahun ni terpaksa tak kesana kerana Iriz dah bagi warning signal. Tak berani kami.

Raya kedua ,keluarga cikten menjenguk kami. Lega hati dapat jumpa dua2 cucu kami. Pukul dua pagi baru mereka sampai. Kesian anak cucu.Keletihan mengharungi kesesakan lebuhraya sudah pasti.

What did we do on raya kedua...lupa pula.

Raya ketiga adik SP dan Bangi mengunjungi kami. Lontong dan nasi daging kami saji. Lontong pertama kali cikson masak sendiri.

Ni saja gambar sajian yg dimasak


Raya ke empat... mee kuah pula utk keluarga cikli. 

Lepas raya mulalah kaki pun meragam. Tiga empat hari juga menahan kesakitan. Terpaksa bertongkat, berwalker dan berkerusi roda....

Haa...kan dah berbalut kaki


Btw... ciklin beraya di Pahang tahun ini. Harap tahun depan bolehlah beraya dengan kami. 

Thats all folks. My coretan kali ini. 

Itulah saja. Cerita RBL tahun ini. Handal juga cikson no boleh dok masak lagi...hihi.


Friday, May 12, 2023

Masih disini... panasnya bumi .

 Hari ini cikson kembali menduduki kerusi bermeja mesin jahit legenda famili. Dah rasa berabad jari jari ini mengetuk keyboard laptop tiga suku nyawa ini. Ilham pun susah nak digarap menjadi bacaan. Terasa beku otak kini.

Entah ...out of the blue,terpanggil mengadap tingkap yang mengadap jalanraya Kangar -Kuala Perlis ini. 

Bumi gersang dihadapan ku tatapi. Dah lama sawah seberang jalan tidak di usahakan. Kalau dulu masa ini telah menghijau anak anak padi. Akibat musim kemarau yg dihadapi, pesawah tidak dapat mengusahakan sawah mereka. Sampai bila hujan nak turun pun tak tahu lah kami. Namun kata jabatan metrologi aka kaji cuaca kita akan berdepan dgn El Nini eehh El Nino sedikit masa lagi. Brace yourself for worse heat than now,they warned.

Nina,Nino ,Nini... 

Ya... panas benar Perlis sekarang ini. Tambah tambah rumah tidak jauh dari laut . Tak sampai 10 kilometre . Laluan matahari pun dari pagi sampai terbenam nanti. Pagi mendapat petang pun apa lagi. Mujurlah dah buat awning. Itu pun masih terasa bahangnya lagi.Ekon pula macam tak berfungsi. Kerana panasnya melebihi dari biasa .

Masih dalam Bulan Syawal ini cikson ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. 

Hope to update with more stories. Macam dulu dulu. 

Bye.




Pemandangan ini semasa belum bulan puasa. Sekarang lagi gersang tentunya. 



Tenang belum lagi....

 Apalah cikson ni.

Dah umur begini masih ambik tau ttg duniawi. Bilalah dia nak berhenti.

Some one said.

I dont care whats going on in our country. Whats being debated in parliament. 

Dan bila mengundi, hentam sajalah nanti.


We are going into prn soon. The choice we make is going to determine the gov we will have.

And I stood firmly against rasuah,salah guna kuasa. 

Thats it.


Tentang perbahasan di parlimen. Ada masa terasa mcm bukan negara kita. Kita penuh budaya.Sopan santun selalunya.

Ni sikit lagi macam di kandang ungka.

Kandang ungka? Bukan kandang buaya?

Pernah nampak buaya terpekik terlolong?

Ungka ada la.....


Not siding any party in total. Yg baik ,yg telus n tulus , kita hormati...

Yg salah kita benci.


This post was published on 9/3/2023. 

I took it down for unknown reason.

Yet today 12/05/23 I decided to publish it once again.

Haa haaa.... flip flop me. 

Bear with me. Or swipe away if it displeases you. Thank you.


Actually....tenang memang belum lagi. Buat bumi ini.