Sunday, May 14, 2023

Dan awan tompok tompok......

 Harini cikson bersiaran lagi. Secara langsung dari meja mesin jahit mengadap tingkap. Hari dah cerah sangat. Terasa bahangnya.Walau jam baru 07:31. Namun nun di kejauhan dilangit yang biru ternampak awan putih dan kelabu bertompok tompok. Lain dari hari sebelumnya bila langit hanya membiru.

Semoga adalah hujan turun hari ini.

Terasa lama benar tak dengar hujan jatuh ke bumbung rumah. Terlihat airnya mengalir deras melalui corong hujan. 

Air di Empangan Timah Tasoh dah surut 3 meter khabarnya. Jalan lama pun dah timbul dan menjadi tempat berootd anak muda. Walau panas mengigit telinga. Kalau masih kering begini at this rate alamat tak lamalah air akan diration. Maka akan bersengkang matalah warga Perlis menahan air diwaktu dinihari . Pengalaman beberapa tahun dulu.....begitulah.

'Cikli..high time dah kena guna tangki air tu. Kita store air' .Aku melihat tangki hitam itu dah ada gunanya dari tersidai begitu saja. Cikli acuh tak acuh saja akan cakap bininya. Ya lah.... faham. Orang lelaki mana ada sense of urgency. Getus hati. Apa lagi kalau ada bini...Hihi. Melalut pulak dah makcikson ni. 



Sometimes in this hot weather,temper could flare. Mujurlah cikson dah lali.Semua tu cakap dalam hati.  Esok lusa cikli fahamlah apa itu urgency. 

Tentu bahagiakan kalau boleh hire orang datang rumah at my beck and call utk uruskan perkara perkara macam ni. Basuh tangki air itu contohnya.

Awan tompok tompok membuat aku terfikir. Ehh tak apalah dengan tangki air tu. Hujan nak turun dah niiiii. 

Kelmarin aku merasakan yg sifat kasihan, empati belum mati dari muka bumi.

Anak muda yang mengunjukkan bungkusan COD padaku aku kagumi.

Dia :Cik,apa barang yg cik beli 79 ringgit ni.Cik ada beli?

Aku: Ya cik. Ubat.

Dia: Kita buka dulu .Check betul ke ubat. Takut scam saja.

Dia membuka bungkusan kecil tu dengan teliti. 'Bukan apa dah masuk dlm sistem payah dah nak refund.'

Terimakasih anak muda . Selepas aku confirm itu barang yg aku order dan duit pun bertukar tangan.

Ehh halusnya botol. Tak setara dengan harga. Ngomel ku. Harap tu berkesanlah ubat ini utk mengubat kaki ku . 

Masa aku tengah sakit haritu, aku macam orang yg sedang lemas. Clutching at even the straw. Maka aku tak berfikir panjang mengorder dari iklan fb. Walau itu against my usual habit. No buying from ads fb. Autanya yg lebih dari betul.

Aku lebih percaya Lazada. Kalau tak puas hati boleh bagi rating sikit dan complain . Boleh return and refund. Delivery pun tak mengecewakan. 

Ehhh mana awan tompok tompok putih tadi?

Dah cair macam ais batu. Hanya langit kelabu di depanku.



No comments:

Post a Comment