Friday, May 12, 2023

Masih disini... panasnya bumi .

 Hari ini cikson kembali menduduki kerusi bermeja mesin jahit legenda famili. Dah rasa berabad jari jari ini mengetuk keyboard laptop tiga suku nyawa ini. Ilham pun susah nak digarap menjadi bacaan. Terasa beku otak kini.

Entah ...out of the blue,terpanggil mengadap tingkap yang mengadap jalanraya Kangar -Kuala Perlis ini. 

Bumi gersang dihadapan ku tatapi. Dah lama sawah seberang jalan tidak di usahakan. Kalau dulu masa ini telah menghijau anak anak padi. Akibat musim kemarau yg dihadapi, pesawah tidak dapat mengusahakan sawah mereka. Sampai bila hujan nak turun pun tak tahu lah kami. Namun kata jabatan metrologi aka kaji cuaca kita akan berdepan dgn El Nini eehh El Nino sedikit masa lagi. Brace yourself for worse heat than now,they warned.

Nina,Nino ,Nini... 

Ya... panas benar Perlis sekarang ini. Tambah tambah rumah tidak jauh dari laut . Tak sampai 10 kilometre . Laluan matahari pun dari pagi sampai terbenam nanti. Pagi mendapat petang pun apa lagi. Mujurlah dah buat awning. Itu pun masih terasa bahangnya lagi.Ekon pula macam tak berfungsi. Kerana panasnya melebihi dari biasa .

Masih dalam Bulan Syawal ini cikson ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. 

Hope to update with more stories. Macam dulu dulu. 

Bye.




Pemandangan ini semasa belum bulan puasa. Sekarang lagi gersang tentunya. 



No comments:

Post a Comment