Sunday, October 24, 2021

Dan hati pun berbunga.....

The other day, ibu si cucu ke tadika mengambil kad pelaporan si Pohim. Abam Pohim yang baru saja menyambut hari lahir ke 6 akan menamatkan tadika akhir tahun ini. Tahun hadapan dia akan ke tahun satu sekolah kebangsaan.

Dah besar cucu tok no....

Antara catatan teacher tadika abam, beberapa ulasan menyentuh hati neneknya. Sayalah. Dan hati pun berbunga bunga.

Antaranya:

He has natural leadership traits

Such a sweet student. Respect students and teacher. Well mannered.

Benar, catatan tentang kebolehan intrapersonal dia menarik hati tok lebih dari catatan tentang kebolehan dia. Memang dia sudah lancar membaca dan membuat kira kira campur secara congak. Rajin dan boleh menumpukan perhatian dalam pelajaran. 

A natural leadership traits ..... tergambar keletah ibunya. Dan hati pun berbunga bunga. Terbayang susuk tubuhnya memimpin kawan kawan bermain bila petang. Walau kawan kawan lebih besar dan tua darinya. 

Adik pula bagaimana? 

Si adik berdikari. Suka berseni. Ada kemahuan sendiri.

One day,I asked him to leave the sketch book with me . The book where he sketched cartoons . But no, he wouldnt do that. 

Tak boyeh... he replied and kept the book in his bag. 

Mailah kat tok. Buat kenangan.

Tak boyehla....tak boyeh

OKlah tak boleh pun tak pa la.....

Dan bila ibunya beritahu besok mereka dah nak balik ke KL, malamnya habis semua mainan, pensil dan warna dia simpan dalam begnya. Tangkas saja dia menyusun mainannya. Very mechanical . Lagak seorang engineer. 

And the best moment I had was when a daughter was chosen tokoh murid for her school that year. Berbunga hati bila dibaca biodata nya . Dan kami ibuayah bersama diatas pentas melihat dia diberi penghormatan. 

It was such a moment. Unforgettable moment. 





Saturday, October 23, 2021

Rasa apa pagi ni ? ...2

 Sebelum jam 7 ,isi rumah RBL sudah sedia dengan rutin selang sehari yang sama. Yakni, repeat , return to order. Begitulah kalau tiada apa apa perubahan yang menjengah .  Sabtu,Selasa dan Khamis begitulah rutin yang dijalani sepasang suami isteri ini. Yakni cikson dan cikli. Yang dua duanya sudah dijamah umur dan tidak gagah lagi. Namun masih gagah menjalani rutin yang terpaksa dilalui. Mungkin hingga akhir hayat nanti.....

By 7 cikli mesti berada di klinik. Hanya ada masa jadual berubah sedikit.

So these are our routines...

* Bersiap, breakfast 

* Open the gate,close the gate

* Bade farewell....Bye see you at twelve and then he's gone.

It was my task to open the old rusty gate. It isnt automated. As I pushed open the wrought iron gate I was taken back. 

Oh gosh... today the sky seems so good and beautiful not to notice. Got my hphone asap ang snapped a few pics. 

The morning sky was so serene. The skyline would change in a few minutes when the sun rises.

These were the pics..... 


parit cermin?

Goodbye... meet at twelve

whats these?



eh.. ada bulan!

Begitulah lazim kehidupan .Adakala tenang, biasa biasa. Namun sekali sekala dijengah taufan. Masa tenang, syukur dipanjatkan. Masa bergelora, lihat alam dan dekat dengan Tuhan. 

Semoga segala urusan dipermudahkan .



Thursday, October 21, 2021

Hari Basah pun Menjenguk Kita....

 Setelah sekian lama kering tanpa hujan, hari basah pun datang menjenguk kita. Di sini setiap hari hujan. La ni pun cuaca mendung dengan langit macam nak runtuh. 

Tertonton video video banjir kilat di Melaka dan Yan,Kedah. Kesiannya. dahulu jarang dengar kawasan Yan ditimpa banjir,namun tahun ini ,rasanya ini kali ketiga. 

Teringat @ terthrowback semasa cikson sendiri terpaksa menghadapi banjir besar beberapa tahun dahulu. Sudahlah rumah dimasuki air hingga terpaksa berpindah, sekolah tempat cikson bertugas pun sama. Menangis tengok kerosakan sekolah . Penat lelah mencantikkan, dibawa arus. Dan sekolah itu hanya diperkampungan tidak jauh dari RBL. Titi Tok Bandar sampai hari ini terpaut dihati. Tapi nak pi melawat, takut sekali.... jalan nak masuk tu yang ngeri..hihi

Pagi pagi begini, cikli dah ke Zaharah Dialisis Centre. Hingga jam 12 baru selesai. So pagi pagi ni bolehlah mop lantai.Masak utk tengah hari . Namun kain baju kena KIV. No matahari .

The other day, mujur lagi. Wash basin dalam toilet tiba jatuh menyembah bumi. Kalaulah ada sesiapa berurusan dengannya, tak taulah apa jadi. Pernah tgk orang kena . Minta simpang malaikat 44 kata bijak bistari.

Bila cuaca tak elok, mulalah rasa cuak. Teringat anak anak yang berada di negeri yang senang kena bah. Pahang terutamanya. Pernah melalui detik detik cemas meredah banjir utk ke airport. 

Stay safe na everybody yang dikasihi.....

Semoga kita terpelihara dari marabahaya. 

Wednesday, October 20, 2021

Happy 6th Birthday abang Ahim....

 




Abam Pohim or Ahim turned six yesterday. He was five the day before yesterday. I wasnt keen to say he is seven...

If he is six,he is six.

Born in 2015 , he is six comes 19th October 2021. And not a day earlier or lesser.

Well..I have quite an argument when he was said to be seven. 

Haha....macam pening kan . Nak kira umur.


Happy Birthday , Selamat Hari Lahir, Sanah Helwah.....

Tok loves you however,whatever, whenever

Size, IQ, and others dont matter

You are a wonderful present to me.... forever and ever.


Semoga big brother Pohim di dalam rahmat Allah swt sentiasa. Membesar dengan sihat dan selamat. Menjadi insan yang bertakwa dan berbakti kepada semua.

Happy Birthday cuu...