Thursday, October 21, 2021

Hari Basah pun Menjenguk Kita....

 Setelah sekian lama kering tanpa hujan, hari basah pun datang menjenguk kita. Di sini setiap hari hujan. La ni pun cuaca mendung dengan langit macam nak runtuh. 

Tertonton video video banjir kilat di Melaka dan Yan,Kedah. Kesiannya. dahulu jarang dengar kawasan Yan ditimpa banjir,namun tahun ini ,rasanya ini kali ketiga. 

Teringat @ terthrowback semasa cikson sendiri terpaksa menghadapi banjir besar beberapa tahun dahulu. Sudahlah rumah dimasuki air hingga terpaksa berpindah, sekolah tempat cikson bertugas pun sama. Menangis tengok kerosakan sekolah . Penat lelah mencantikkan, dibawa arus. Dan sekolah itu hanya diperkampungan tidak jauh dari RBL. Titi Tok Bandar sampai hari ini terpaut dihati. Tapi nak pi melawat, takut sekali.... jalan nak masuk tu yang ngeri..hihi

Pagi pagi begini, cikli dah ke Zaharah Dialisis Centre. Hingga jam 12 baru selesai. So pagi pagi ni bolehlah mop lantai.Masak utk tengah hari . Namun kain baju kena KIV. No matahari .

The other day, mujur lagi. Wash basin dalam toilet tiba jatuh menyembah bumi. Kalaulah ada sesiapa berurusan dengannya, tak taulah apa jadi. Pernah tgk orang kena . Minta simpang malaikat 44 kata bijak bistari.

Bila cuaca tak elok, mulalah rasa cuak. Teringat anak anak yang berada di negeri yang senang kena bah. Pahang terutamanya. Pernah melalui detik detik cemas meredah banjir utk ke airport. 

Stay safe na everybody yang dikasihi.....

Semoga kita terpelihara dari marabahaya. 

No comments:

Post a Comment