Thursday, July 1, 2021

Where are we at actually.... confused phase?

 Kibar bendera puteh

Fly the white flag

Doalah.

Kerajaan gagal

Kita jaga kita.

Kerajaan perihatin.

Moratorium........EPF ..... dan lagi dan lagi.

Itulah perkataan dan suku kata yang lalu lalang di wall fb saban hari. Atau di ucapkan oleh rakyat marhaen mau pun pihak yg bertanggungjawab.

Within these 2 years of covid pandemic we have been swamped with these jargon.

Tu belum lagi segala sekatan yang perlu kita semua hadapi.

Kita harungi entah berapa belas PKPs atau MCos. Kita dengar beribu2 di kompaun....

Sometimes kita wonder... where are we heading actually?

Where are we actually. What will happen in the near future. Masih bertahankah kita?

Yesterday, tertonton berita tentang sekatan jalan yang dibuat oleh pak polisi. Ura ura demonstrasi katanya. 

PM masuk hsopital. Dysentery...kan senang sebut ciritbirit. Ramai buat sendaloka. Maka aku kata tak kena maka usah suka sangat buat cerita. My cikli was attacked by this until he was warded for days.

Minggu depan katanya Perlis is no longer under lockdown. Harap tu janganlah ada yg suka sangat hingga jadi lockluck. Bersuka ria ke sini sana macam pesta . Kita tak selamat mana sayang sayang. Beringat ringat ,berjimat cermat .

This brings me to the Pm's announcement the other day. Quite a lengthy one, was it? Antara bantuan yg diwar warkan termasuk EPF dan moratorium. 

Just my two cents... andai tidak terdesak sangat,sayangilah wang anda. Lebih lebih tabungan utk masa tua.

A pensioner who let his EPF money be where it was for nearly 50 years was pleasantly taken by surprise. 3k asalnya boleh mengembang hingga berkk.... 

This covid is not going away soon. I presume. 

Phase by phase we fight this together. Lest we go asunder. 

 


Wednesday, June 30, 2021

DIY :Chiauw with chon....kotiauw ting ke ting ting

 Dah lama tak up post on cooking. Sebenarnya banyak gambar gambar diambil . Namun bila nak post macam terngiang ngiang kata kata begini:

LOL.. masak macam ni pun nak bubuh dalam blog !

Aku pejam mata saja campak campak kalau masak macam tu.

Tak semenggah pun.

Jangan dok tunjuk la masakan tu. Ada orang tak makan  dah berhari. Kesianlah kat depa.Tentu teringin.


Kadang kadang serba salah jadinya. ( Mungkin sbb ada terbaca tentang komen org dalam page masakan,tu yg ada terlintas kata kata kat atas) ahh biorlah....

But I bear this in mind...bukan tunjuk aku mampu beli or masak masakan kayangan pun. Entah entah aku dah menolong orang yg sedang ketandusan idea nak masak apa hari ini. 

So today chiauw with chon nak perturunkan masakan ultra simple. Tak payah blend, kisar or seumpamanya. Just rebus rebus.

Bolehlah makan . Tepati selera tua kami suami isteri... hihi.

Kotiau Ting cikson style...

A: 2,3 paha ayam.)

     se inci halia    .) rebus dengan air yang separas ayam. Setengah masak.

B:sediakan minyak bawang putih. Bawang putih 1 labu ) racik dadu, goreng dgn minyak setengah cawan. Kena tau teknik ,kalau tidak         hangit

C: Masukkan air semau mu dalam A, juga 2,3 camca minyak bawang putih. Kiub ayam setengah                 ketul.Masukkan garam. Kiub bilis setengah.

D: Dah masak ayam, keluarkan dan carik carikkan.

E: Celur sayur pak choy dalam sup . Layu angkat. Masukkan fish ball dan seangkatan dengannya.( fish cake, tauhu or whatever you like) 

F: sediakan cili kicap. 

G: Kotiauw jangan rebus. Just masak air panas dan celur . Toskan.

I : Siap utk disaji.


Jemput makan semua...sajian ringkas dan jimat.




Jangan lupa tabur daun bawang or bawang goreng ya.. Letak juga minyak bawang putih dan cili padi potong. Slurrrrp.

Selamat mencuba.

Tuesday, June 29, 2021

Susah... the well, the flag and the news

 Perigi itu life line kehidupan keluarga2 mereka. Dari perigi atau telaga itu ,keluarga2 dhaif itu mendapat sumber air bersih. Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada telaga yang di korek entah berapa meter dalamnya . Ada kala airnya jernih, namun ada masa dia berkeladak. Kohor. Dan adakalanya airnya hanya tinggal seinci dua. Atau kering kontang masa musim kemarau.

Itu ciri fizikal telaga nan satu . Satu satunya dipunyai keluarga2 miskin yg mendiami  rumah2 papan tradisional Melayu  dikampung itu. Its their private property which they highly regard.

Namun ada satu sisi gelap telaga telaga yang memberi kelangsungan hidup. 

Kerana kedalamannya dan tenangnya air , dia jadi tempat melepas resah gelisah. Tempat utk meluah perasaan yang berkecamuk.

Dia jadi saksi kesusahan ,keresahan keluarga2 dalam kampung itu. 

Namun dia seakan menasihat mereka utk teruskan perjuangan hidup . Tabahkan hati walau apa pun kesusahan yang menimpa. Dia tidak menerima mereka utk maksud yg tidak diredhai Allah. 

Manusia... sayanglah nyawa kamu. Kini kamu susah. Andai anda bertabah semua akan berubah. Lapkan airmata mu. Cuba ubah hidup mu. 

Maka manusia2 yg hampir putus asa itu, meninggalkan telaga itu dengan longlai. Besoknya mereka bangun dengan lebih keazaman yang jitu.

Masa berlalu... telaga2 itu pun telah tiada. Keluarga2 itu pun dah keluar dari kemelut kesusahan dan kepayahan hidup.

Dulu dulu medium utk mengakhiri nyawa yang rasa tak berguna ,itulah...telaga.

Namun masa berubah...

Membaca posting di social media semalam, jenuh dengan berita ,tulisan tentang bunuh diri. Satu gambar yang sempat dilihat mengerikan. Badan terputus dua bila jatuh dari bangunan setinggi 30 tingkat...

Semalam juga PM kita mengumumkan akan bantuan bernilai berbillion ringgit. Ada yang bersasar dan ada yang tidak. Sejak dua tahun ini, sudah berkali kali insentif itu dan ini dihulurkan utk rakyat. Semua merasa katanya. Malah aku jadi faham akan sosial standing. Miskin tegar, B40,M40,T 20 kategori rakyat Malaysia.

Keluarga cikson dan adik beradik tergulung dalam semua kategori kecuali miskin tegar rasanya. Tapi selalu juga yang T20 menolong kami yang B40. Huhu... I am a B40 . But living within my means I am well offlah rasanya... haha. Janji jangan dok teringin nak makan musang king,durian black thorns dan seangkatan dengannya. Durian kampung pun rasanya tak terjangkau tangan.

Semalam juga lalu difb wall, tentang cadangan utk menaikkan bendera putih jika ada yg susah tegar. Keputusan makanan dsbnya. Errrm... mahukah empunya diri meng advertisekan keadaanya sedemikian rupa. Silap silap jadi berita. 

kempen bendera putih.


Tersentuh cikson bila tonton tentang usaha ramai yang menghulur bantuan dalam zaman susah ini. Ada ustaz, ada orang biasa ,ada NGO.

One video of an ustaz lecturing people he helped made news. Niat membantu,bantu sajalah. Ini siap ceramah berapi lagi. 

Someone wrote what to do if you encounter a person who is on the brink of taking their own lives.. here's the link.

 ( oh well.. cant find the link though. But google kan ada. Just google.)

One thing, tak payah lah ceramah macam ustaz yang dok bagi bantuan sambil bertempik tu. Juga dok pi sebut isu neraka syurga pahala dosa. Just lend an ear. Be there. Pujuk bukan ugut.Rayu bukan beri harapan palsu.

In this trying time, lets be tolerant, emphatic, responsible. 

Semoga apa yang diumumkan oleh PM semalam dapat meredakan kesusahan rakyat Msia. I dont get much and I dont ask much. Only hoping all that my children got their vaccines. ASAP. Risaulah dengan keadaan covid sekarang.

Kepada ibu ibu ... help your children in whatever you can in this trying time. Be kind with your words. Juga para isteri dan suami. Be tolerant.

Semoga tiada lagi berita yg tidak kita suka........suicide dan seumpamanya.








Monday, June 28, 2021

Susah ....

 These few days, we were literally overwhelmed by these shocking news... suicide.

Every other day, news of someone ,someone's child ,someone's parent took their lives the hard way.

There was this lad of a young age, went down 14 stories. Another 30 stories.

Ngeri. Seram. Menakutkan.

Kenapa mereka bertindak nekad begitu, tak susah nak cari sebabnya. Depressi yang amat.

Terbaca kita juga tentang famili yang terputus makanan. Kulit ayam jadi santapan anak beranak. Pucuk kayu dipungut utk dijadikan sajian . Sekadar melapik perut.

Seen that. Makan sekadar menghalau musik dalam perut.

Been so susah before. Know how it feels.

Macam terasa kita kembali berada di tahun 60 an . It was tough those years.

My father , defied odds to bring food to the table. Some days we managed to get through. But there were days when we were at a lost. There were no NGOs to turn to. Only considerate neighbours who chipped in to enlighten your plight. But its rare. You were left to fend for yourself .

Mum would be vigilant to do whatever she could to help . Sewing,baking were undertaken to earn a few moolah . 

A few things that I learned during those hard years were...vigilant, diligent as well as taking care of the finance.

The other day, I ordered a RM 16.00 small container of florentine cookies. Those thin biscuits with nuts for topping are sweet ,crunchy and nutty. 

Banyak ni RM 16? Dua tiga kali telan ,habis sebotol.

Tengah hari cikli bawa balik makanan . Lauk lauk yang ditapau dibeli kat restoran .

RM 20.00 utk bekas2 kecil. Sekali makan. Kalau dulu Rm 12-13 sahaja.

Terbayang hal anak bujang di KL yang selalu beli makanan . Habis duit kat situ. Di sana lagilah.


Nampak gaya kesan Covid 19 dalam ekonomi kita bukan kecil. Banyak terkesan. 

Hanya kesabaran dapat melepaskan kita dari gundah gulana akibatnya. 

Terkurung berbulan dalam rumah pun mula merimaskan. 

Ehh kenapa sibuk saja kereta lalu lalang menuju Kuala pagi ni? Ada pesta ka? SOP dah longgar ka?


MCO 3 bersambung lagi. Entah bila kita akan begini.