Tuesday, June 29, 2021

Susah... the well, the flag and the news

 Perigi itu life line kehidupan keluarga2 mereka. Dari perigi atau telaga itu ,keluarga2 dhaif itu mendapat sumber air bersih. Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada telaga yang di korek entah berapa meter dalamnya . Ada kala airnya jernih, namun ada masa dia berkeladak. Kohor. Dan adakalanya airnya hanya tinggal seinci dua. Atau kering kontang masa musim kemarau.

Itu ciri fizikal telaga nan satu . Satu satunya dipunyai keluarga2 miskin yg mendiami  rumah2 papan tradisional Melayu  dikampung itu. Its their private property which they highly regard.

Namun ada satu sisi gelap telaga telaga yang memberi kelangsungan hidup. 

Kerana kedalamannya dan tenangnya air , dia jadi tempat melepas resah gelisah. Tempat utk meluah perasaan yang berkecamuk.

Dia jadi saksi kesusahan ,keresahan keluarga2 dalam kampung itu. 

Namun dia seakan menasihat mereka utk teruskan perjuangan hidup . Tabahkan hati walau apa pun kesusahan yang menimpa. Dia tidak menerima mereka utk maksud yg tidak diredhai Allah. 

Manusia... sayanglah nyawa kamu. Kini kamu susah. Andai anda bertabah semua akan berubah. Lapkan airmata mu. Cuba ubah hidup mu. 

Maka manusia2 yg hampir putus asa itu, meninggalkan telaga itu dengan longlai. Besoknya mereka bangun dengan lebih keazaman yang jitu.

Masa berlalu... telaga2 itu pun telah tiada. Keluarga2 itu pun dah keluar dari kemelut kesusahan dan kepayahan hidup.

Dulu dulu medium utk mengakhiri nyawa yang rasa tak berguna ,itulah...telaga.

Namun masa berubah...

Membaca posting di social media semalam, jenuh dengan berita ,tulisan tentang bunuh diri. Satu gambar yang sempat dilihat mengerikan. Badan terputus dua bila jatuh dari bangunan setinggi 30 tingkat...

Semalam juga PM kita mengumumkan akan bantuan bernilai berbillion ringgit. Ada yang bersasar dan ada yang tidak. Sejak dua tahun ini, sudah berkali kali insentif itu dan ini dihulurkan utk rakyat. Semua merasa katanya. Malah aku jadi faham akan sosial standing. Miskin tegar, B40,M40,T 20 kategori rakyat Malaysia.

Keluarga cikson dan adik beradik tergulung dalam semua kategori kecuali miskin tegar rasanya. Tapi selalu juga yang T20 menolong kami yang B40. Huhu... I am a B40 . But living within my means I am well offlah rasanya... haha. Janji jangan dok teringin nak makan musang king,durian black thorns dan seangkatan dengannya. Durian kampung pun rasanya tak terjangkau tangan.

Semalam juga lalu difb wall, tentang cadangan utk menaikkan bendera putih jika ada yg susah tegar. Keputusan makanan dsbnya. Errrm... mahukah empunya diri meng advertisekan keadaanya sedemikian rupa. Silap silap jadi berita. 

kempen bendera putih.


Tersentuh cikson bila tonton tentang usaha ramai yang menghulur bantuan dalam zaman susah ini. Ada ustaz, ada orang biasa ,ada NGO.

One video of an ustaz lecturing people he helped made news. Niat membantu,bantu sajalah. Ini siap ceramah berapi lagi. 

Someone wrote what to do if you encounter a person who is on the brink of taking their own lives.. here's the link.

 ( oh well.. cant find the link though. But google kan ada. Just google.)

One thing, tak payah lah ceramah macam ustaz yang dok bagi bantuan sambil bertempik tu. Juga dok pi sebut isu neraka syurga pahala dosa. Just lend an ear. Be there. Pujuk bukan ugut.Rayu bukan beri harapan palsu.

In this trying time, lets be tolerant, emphatic, responsible. 

Semoga apa yang diumumkan oleh PM semalam dapat meredakan kesusahan rakyat Msia. I dont get much and I dont ask much. Only hoping all that my children got their vaccines. ASAP. Risaulah dengan keadaan covid sekarang.

Kepada ibu ibu ... help your children in whatever you can in this trying time. Be kind with your words. Juga para isteri dan suami. Be tolerant.

Semoga tiada lagi berita yg tidak kita suka........suicide dan seumpamanya.








No comments:

Post a Comment