Sunday, June 27, 2021

Merimbun rindu....anak bulus kami



 Dahulu meriah rumah dengan kehadiran mereka. Anak anak yang berkaki empat. Berekor dan berbulu.

Macam macam ada. Ada baka Parsi, baka Siam , baka mix dan baka kampung cuma.

Mulanya begini....

Seekor anak kucing di sebuah restoran dibawa pulang oleh anak anak. Tak sampai hati pula tak benarkan anak kucing itu dibela oleh mereka. Jadi dialah yg memecah tradisi rumah kami yang dari dulu bebas kucing. No to kucing. Sbbnya cikson sekan ada alergi dengan debu dan bulu kucing. Mau sempot.

Namun sempot dan alergi macam tak berlaku walau ada kucing kat rumah lepas tu.

Kucing comel yang dipungut tu baik dan manja. In no time ,dia jadi kesayangan semua. Maka dari situ bermula kami berkucing... lepas satu satu.

Here are some of them...






Lupa pula cikson akan nama antara mereka. Tapi ada Pong, Nina, Cik Ah, Mok, Tam ,Ning, Squirrel.

Sekarang yang tinggal dan tunggal hanya Monkey. Kucing yang sangat manja dengan kami kini. 





Sebelum ini Moki, Koko dan Ayang datang sekejap memeriahkan RBL ini. Sekarang Ayang dan Koko sudah selamat kembali ke rumah kakak mereka. Sedihnya Moki telah meninggal dunia beberapa hari selepas ke sana. 





Thats all folks. Got to sign off. Nak masuk dapuq pulak. Melaksa kita hari ni. See you all soon. Stay safe.



Saturday, June 26, 2021

Bersarang Rindu....zaman kalut dulu.

 Matahari bangunlah. Sinari hidup kami dari kesuraman pagi. Keringkan baju kami yang akan disidai nanti. Bakar sampah kami yang tidak terbakar sejak kelmarin lagi.

Matahari bangunlah. Jangan mengalah kepada awan yang mendung . Kau gagah .

Bersahut  sahutan pulak kokokan ayam jantan sahut bersahut. Bagai memanggil matahri janganlah merajuk.

Itulah suasana RBL pagi ini. Walau jam sudah sembilan pagi. Matahari macam malu malu nak menyinari bumi.

Dalam keheningan pagi , rindu pun bersarang kepada anak cucu kembali.

Seronok kalau dapat berkumpul dalam suasan harmoni. Jalan jalan shopping dekat mall , berkelah di tepi pantai atau santai santai sambil bermain dengan cucu cucu kesayangan kami.

Lewat video video yang dihantar ibu mereka, sudah semakin dewasa anak anak itu.

Abang sibuk dengan PDPrnya. 

Adik masih sibuk bermain, menari dan menyanyi. Terhibur hati tonton gelagat dia ni. 

Untung mereka yang anak anak tinggal satu negeri. Atau pun satu rumah. Tentu tak sunyi macam kami.

Hari ni Sabtu. Tiba tiba rindu sangat masa dulu dulu.

Berpergian selalu. Melawat anak anak yang merantau atau gigih menuntut ilmu. 

Cikgu dah habih ka dok kalut lawat anak anak? Came one question from a co worker. Dia jadi saksi akan kalut seorang ibu yang hujung bulan akan ke sana ke situ. Selain kena kursus KP matapelajaran yang selalu dihantar berkursus utk BI, melawat dan mengurus anak anak jadi rutin selalu.

Rindu pulak masa kalut kalut begitu.

Kini hanya kalut dengan Monkey saja..dia peneman setia. Sekarang tgh tidur atas kerusi kegemarannya.

Thats all folks. Rindu pulak zaman kalut dulu.


Gambaran zaman kalut....antaranya

Ke HSB,Alor Setar , 


ini perjalanan out of state sebelum PKP dulu

Menghadiri majlis 



Mengurus  bilik darjah.





Friday, June 25, 2021

life jottings...

 Dah beberapa hari tak update blog ni.

Terasa bersarang rindu utk mengetuk keyboard kembali. Bagi seorang yang perpetual hermit ni, tiada insan nak berkomunikasi secara ftf aka face to face ni, screen laptop jadilah utk dia berbual. Walau hanya sehala. 

Dulu, mulut kecoh masa bertugas... kerana terpaksa . Ialah bila jadi guru mana boleh diamkan. Tentu tak tertunai kewajipan jika seorang guru tidak membuka mulut. So for 36 years cikson ada tujuan utk pot pet pot pet doplohempatjam. 

Balik ke rumah, kena menguruskan rumahtangga dan anak. Maka mulut tak boleh berhenti juga.. kena guna.

Adakala terlintas difikiran,why the sudden change. I was an absolute quiet type of person with minimal social skills. How on earth and why I chose a profession that needed me to talk.

I let go of my shyness and silentness when the needs arose for me to talk. So I did fairly well in teaching my students I presume.

Then the needs to talk on stage and in a large group was demanded of me soon after a few years in service.

The quiet and not so sociable teacher had to spread her wings further from her classrooms. She got to address audience and VVIPs in her state. Got to travel the whole state teaching teachers. 

Wonder how she did that. ......

Reading news that KPM is on a one off mission of recruiting teachers, I wonder if someone like me is among the wannabe teachers. Shy, introvert to the max at the beginning ,ended her career otherwise.

So this is my say.

Andai ada anak anak ingin jadi guru namun ragu ragu kerana anda pemalu... jgn ragu ragu. Semua itu bisa diubah jika anda mahu. 

Dari seorang yg teramat pemalu,ragu ragu anda boleh maju.

Tapi sejak dua menjak ni, penyakit ragu ragu,malu malu macam mai balik menguasai . Rasa lebih selamat kalau tidak berjumpa orang. Haahaa... mungkin akibat PKP PKP yang tak tau bila penghujungnya.

Ya la... bila covid ni dok bermutasi tak berhenti henti. Dengar varian delta dah ada super varian . It needs just second close contact. Ngeri...

Anda dah dapat vaksin? 


Monday, June 21, 2021

Se cerah Pagi ini....

 Cerah pagi ini.Matahari menyinari.Namun sudah ada tanda tanda suram hari akan menjenguk kami bila petang nanti...

Semalam Father's Day.

Maka lalu lalang mereka yang bergelar ayah di beri penghargaan oleh anak anak yang mengenang budi.

Si ayah disanjung tinggi

Bakti yang ditabur dikenang dan disanjungi.

Namun, terselit cerita mereka yang tidak punya father figure utk dikenang . Kesiankan?

Jika seorang ayah gagal melaksanakan tanggungjawab membesarkan dan memberi perlindungan kepada anak anak, maka tidak hairankan kalau anak anak tidak menyanjung bukan?

Macam kes isteri yang sarat mengandung di belasah hingga koma, 

atau si bapa yang macam serigala lapar , menyinga sentiasa,berleter bagai guruh petir . Keberadaanya di geruni dan ketiadaannya disenangi. 

atau si bapa yang tidak menyumbang apa apa , jadi liabiliti 

atau bapa yang menghancurkan masa depan anak sendiri.

Wajarkah disanjungi? Malah diingati.


Masih kuat di ingatan, kes kes anak murid yang terkesan akibat punya bapa yang lari dari tanggungjawab mereka. Entah apalah jadi kepada mereka . Namun antara mereka terselit yang menempa nama jadi orang yang berjaya . Jangan terkejut antara mereka yang share kehidupan susah mereka dengan cikgu dah jadi somebody. 

Teringat sedu sedan anak kecil yang sedih tentang bapa yang meninggalkan mereka adik beradik kerana berkahwin lain. Ada juga yang anak anak berlainan ibu tetapi bapa yang satu dalam satu kelas. Jadi ejekan kawan kawan yang lain. Sentiasalah cikgu menjadi pendamai .

Satu hari seorang murid menghampiriku

"Cikgu,boleh tak nak pinjam duit . Saya nak beli beras". Anak murid 12 tahun jadi penjaga kepada adik adik kerana ibu dihospital dan bapa hilang entah ke mana. 

Anak ini aku usulkan kepada pegawai bertugas utk diberi bantuan sewajarnya selepas itu. 

Semoga semua anak anak yang pernah menjentik hati ku satu masa dulu, dapat menjalani hidup masa kini dengan selamat. Lupa aku akan nama mereka tetapi kisah kisah mereka masih melintas difikiran ku. 

Semoga kehidupan mereka secerah pagi ini....

Dan andai mereka lelaki, jadilah mereka seorang bapa yang bila sampai Hari Bapa,anak anak mengucapkan dengan tulus ikhlas

Selamat Hari Bapa ,ayah!


Thats all folks. Bye.