Monday, June 21, 2021

Se cerah Pagi ini....

 Cerah pagi ini.Matahari menyinari.Namun sudah ada tanda tanda suram hari akan menjenguk kami bila petang nanti...

Semalam Father's Day.

Maka lalu lalang mereka yang bergelar ayah di beri penghargaan oleh anak anak yang mengenang budi.

Si ayah disanjung tinggi

Bakti yang ditabur dikenang dan disanjungi.

Namun, terselit cerita mereka yang tidak punya father figure utk dikenang . Kesiankan?

Jika seorang ayah gagal melaksanakan tanggungjawab membesarkan dan memberi perlindungan kepada anak anak, maka tidak hairankan kalau anak anak tidak menyanjung bukan?

Macam kes isteri yang sarat mengandung di belasah hingga koma, 

atau si bapa yang macam serigala lapar , menyinga sentiasa,berleter bagai guruh petir . Keberadaanya di geruni dan ketiadaannya disenangi. 

atau si bapa yang tidak menyumbang apa apa , jadi liabiliti 

atau bapa yang menghancurkan masa depan anak sendiri.

Wajarkah disanjungi? Malah diingati.


Masih kuat di ingatan, kes kes anak murid yang terkesan akibat punya bapa yang lari dari tanggungjawab mereka. Entah apalah jadi kepada mereka . Namun antara mereka terselit yang menempa nama jadi orang yang berjaya . Jangan terkejut antara mereka yang share kehidupan susah mereka dengan cikgu dah jadi somebody. 

Teringat sedu sedan anak kecil yang sedih tentang bapa yang meninggalkan mereka adik beradik kerana berkahwin lain. Ada juga yang anak anak berlainan ibu tetapi bapa yang satu dalam satu kelas. Jadi ejekan kawan kawan yang lain. Sentiasalah cikgu menjadi pendamai .

Satu hari seorang murid menghampiriku

"Cikgu,boleh tak nak pinjam duit . Saya nak beli beras". Anak murid 12 tahun jadi penjaga kepada adik adik kerana ibu dihospital dan bapa hilang entah ke mana. 

Anak ini aku usulkan kepada pegawai bertugas utk diberi bantuan sewajarnya selepas itu. 

Semoga semua anak anak yang pernah menjentik hati ku satu masa dulu, dapat menjalani hidup masa kini dengan selamat. Lupa aku akan nama mereka tetapi kisah kisah mereka masih melintas difikiran ku. 

Semoga kehidupan mereka secerah pagi ini....

Dan andai mereka lelaki, jadilah mereka seorang bapa yang bila sampai Hari Bapa,anak anak mengucapkan dengan tulus ikhlas

Selamat Hari Bapa ,ayah!


Thats all folks. Bye.


No comments:

Post a Comment