Sunday, February 7, 2021

Jom Ciauw with Chon... gulai ketam tumis darat

 Find yourself wondering what to cook this afternoon ?

Haaa..come, Cikson or kakChon as I was called by my sis, would like to share this simple dish cooked the simple way.





Tumis Darat!

You could use this method to make a quick and simple curry with prawns, crabs  or ikan kering. Ikan bilis included.

For two pax.

Ingredients...

1 pack curry powder cap apa apa saja.( bungkuih kecik na)

2 table spoon cili powder( optional)

1 teaspoon turmeric aka kunyit

1 bawang besar ( size sedang) diced*

4 garlics*... tumbuk se paruh dengan separuh bawang besar.

1/2 packet kecil santan .( use whole if you wish)

Nenas...sliced half a mangkuk

2 pieces crabs ,cleaned,and halved. Ketuk2 pincers tu utk senang makan nanti.

Daun kari segenggam or less


Here we go.....chiauw ....

1. Mix all the spices with bawang tumbuk. Add a cup of water.

2.Bring to boil.

3. After the curry smells nice, add crabs . Pour in santan.

4 Add sliced nenas. Season with salt . Bring to boil.Stirring constantly.

5. The gulai is done when the ketam is cooked. 

6. In another pan, fry the remainder bawang besar ,garlic, daun kari in half a cup of oil.Add to gulai.

7. Siaaap!

*Dear folks... gulai is kari for us Northerners or Kedahan. So if we say gulai ,it could be gulai ikan, gulai ayam etc...

Once in a while I got SOS from my children. Maaa,how to cook aaa? Your gulai...I mean.

I just replied... pi la bukak mama punya blog. Type la apa nak cari kat kotak Search This Blog..ada je...

Thats all folks. Bye. Rindu anak cucu. Aduhai....






Saturday, February 6, 2021

Among Us....

 Among Us... this phrase is learnt from my three year old cucu.

Among Us...Among Us...jadi sebutan dia.

Begitu juga BJ Mask ehh PJ Mask.

Terkebil kebil cikson apakebende budak 3 tahun dok ratib.Semasa tokwanli beli cadar spiderman,dia kata dia hendak PJ Mask. 

Laaa..ketinggalan benar kedua2 kami perubahan sekarang.

Spiderman is out la abah...Sekarang PJ Mask. Maka cikson pun google apa kebendenya. Maka beginilah yang cikson dapat...ohh siri kartun rupanya.

PJ Masks Characters..


Semasa di RBL hari tu, tak lekang pula mulutnya menyebut Among Us...

Tercengang sekali lagi tok yang tak memahami apa yang disebutnya. Ke google lagi sekali tok pergi.

Rupanya Among Us tu adalah permainan games. Video games to be exact.Gitulah yang cikson faham.

Tu hal budak budak.....

ntah apa ya

Ni lagi satu hal. Among Us dalam dunia orang dewasa.

Pening baca kes kes sekarang ni. Banyak sangat ketidakpatuhan undang undang. Kes rasuah usah sebutlah. Agak agaklah negara kecil tapi boleh jadi champion dalam hal ni.Sebut saja golongan mana tak terlibat. Meluat!

Sekarang riuh pula AG dulu yang semua orang tahu...TT. Dia dah keluarkan buku Justice in Wilderness. Sapa dah baca? 

Mana pi semua sumpah rahsia. I did remember signing one letter yang kita tidak boleh pecah rahsia walau kita dah keluar dari jawatan...

Riuh rendah sekarang ni bila dia menulis tentang apa yang terjadi. Banyak pekong yang terbuka. Namun dengar ura ura buku tu dah nak kena ban. 

For sometime, I too have been questioning about the matter. Ada yang nampak senang sangat  terlepas bila dihadap ke pengadilan.Expunged. No further actions. Berpuluh  kes kot ..dan banyak lagi. Dari 1998 hingga kini. 

Among Us sometimes .... kebal segala. 

I have lost count of the days we were put in MCO or PKP 2. Extended until mid February with tighter SOP. No inter state travel allowed. Yes, got to abide to that as we are law abiding citizens even though we yearned to meet our beloved ones...

Perlis is now in the yellow zone. Hopeful that in a few days time, green is our colour.

Stay safe people. SOP jangan diabai.

Pagi ni terbaca kes pengantin dan rakan2 kena denda kerana dok pi bergambar ramai ramai. Kan dah clear SOP..no social gathering.








Friday, February 5, 2021

Dah terTuliskan takdir itu.................

 Drama bersiri ...Takdir Yang Tertulis..aku tonton . Mula sebagai mengisi senggang waktu. Then..aku jadi pengikut setia. Jam 10,kecek cikli utk aku pula mengadap skrin tv diruang tamu. Mujur cikli setuju... hihi.

Bila menonton sesuatu cerita, aku selalu terimbau balik kenangan2 lama. Cerita yang berlalu ditelan zaman . Cerita yang aku dengar, aku lihat dan aku lalui. Ada nostalgia namun tak kurang menyayat hati.

Cerita anak angkat... zaman aku membesar, ramai kawan2 ku yang samada mereka sendiri anak angkat atau ibubapa mereka yang diangkat. Selalunya dari kaum Cina.

Senang saja nak kenal . Wajah dan warna kulit pun dah dapat meneka asal usul mereka. Tambah 2 lagi bila angkat mengangkat ini dilakukan semasa aku dah tau memikir. 

Seorang nenek yang aku suka, tok M**h namanya. Dia mualaf rasanya sebab dia petah berbahasa Cina. Selalu saja aku hulurkan seringgit dua bila berjumpa utk beli rokoknya. Jiran jiran juga ramai yang bela anak angkat. Cucu cucu mereka cantik cantik dan lawa lawa. Darah campuran tentunya.

Aku... haha.. nak compare,jauhlah . Rasa hodoh sangat bila berjalan dengan mereka. 

Apa apa pun itu sudah suratan buat mereka. Diberi kepada orang utk kelangsungan hidup. Namun nampak mereka membesar dengan bahagia. 

Another issue... hamil diluar nikah. Kasihan aku kepada ibu dan anak. Si ibu hamil mungkin kerana terlanjur, dipaksa atau sebab yang tak terduga.. Dari dulu hingga sekarang , banyak kisah sedih berulang ulang.

Hanya satu... bila terjadi dalam keluarga orang, janganlah kita memukul gendang. Canang ke sana ke mari akan berita buruk orang. Dah tertuliskan takdir itu. Kita yang tidak diuji ambillah itu sebagai pengajaran. Buat tauladan utk anak cucu. Mana tahu belum kita menutup mata, kita pula diuij yang serupa. 

One day, I told my mum what I heard.. Mak budak tu tak dak bapa. My mum hushed me. No, Dont say that. Tak baik. Dah takdir dia. Gossips were abound about a child out of wedlock . 

My mum was quick to silent us if we were to gossip ... masa tu I was only a child and heard old folks gossiping..

Anak angkat ka atau anak apa apa pun... tu kan Takdir yang Tertulis.

Last note... memang ada orang yang wataknya persis Ruhila..Ayu, lemah lembut. Tapi hati kaudu.

Thats all folks. Tv dramas do bring out memories.Bye.

Thursday, February 4, 2021

Antara Amir dan Mika...dua nama nasib serupa..

 Amir dan Mika....dua nama kanak kanak yang berbeza .Satu nyata ,yang satu nukilan penulisnya.

Namun antara mereka berdua. ada persamaanya...tentang kisah hidup mereka.

Dua dua mampu mengalirkan airmata sesiapa yang menontonya.

Kisah Amir,meruntun jiwa. Dengan akhiran yang sangat tragis. Buka saja fb,u tube, akhbar boleh baca dan tonton kisahnya. Semoga Amir ditempatkan dikalangan anak anak syurga.

Mika pula kisahnya boleh ditonton ditv 3. Jam 10 dari hari Isnin hingga hari Khamis saja. Cikson pun dah jadi salah seorang penonton setia.

Sebenarnya ramai kanak senasib Amir dan Mika.Cuma variasi cerita ada berbeza.

Semasa cikson mengajar dulu, kisah kisah anak anak tak sah taraf sekali sekala timbul . Juga hak merebut penjagaan. P&C seharusnya bila berdepan dengan kisah kisah ini. Namun pernah ada ibubapa datang bergaduh disekolah kerana itu. Maka cerita yang private jadi bualan.

Kisah perebutan anak adakala melibatkan pentadbiran sekolah. Lebih lebih lagi bila ada permohonan tukar sekolah.Melalui pengalaman mendebarkab bila si anak murid diluluskan pertukaran . Namun ada kong kali kong sebenarnya. Tak dapat cikson lupakan wajah si nenek yang datang ke sekolah menceritakan apa terjadi..... mujurlah akhirnya selesai dengan elok. 

Tentang anak tidak sah taraf... aduhai. Lerai rasa hati bila lihat birth certificate anak anak ini. Ada masa. surat beranak ditulis dengan kata kata menyayat hati. Terbayang akan nasib menimpa mereka bila mereka besar nanti. Bila surat beranak diperlukan utk perkahwinan contohnya...Allahu.

Anak tak sah taraf....atau lebih kejam anak ha***. Bukan salah mereka. Tapi mereka yang terpaksa menanggungnya.

Satu hari aku tersentak bila tokwan seorang anak yang sedikit nakal menyumpah cucunya.Terkesan hingga hari ini.

Kenapa dalam kemarahan, segala sejarah anak kecil itu dijeritkan. Depan aku. Aku yang tidak tahu akan cerita sebenar, jadi terganggu. Kesian anak itu dimalukan. Keturunan dia dicanangkan.

Kmonla... kenapa ambil anak angkat kalau tak boleh bersabar. 

Pakcik...eh encik...bila ambil anak angkat, kena banyak bersabar. Tapi budak ni dari bayi keluarga cik belakan? Dia tak kenal pun mak dan ayah dia. 

Budak2 menyerap apa yang kita ajar dan lakukan depan dia....

Pak cik@ tokwan budak tu keluar . Muka masam mencuka sambil mulut muncung sedepa.....

Banyak sebenarnya kisah duka anak anak yang kurang bernasib baik aku jumpa. Juga kisah ibu2 yang menempuhi bermacam ranjau kehidupan . 

Bila jadi guru,kadang kadang bukan saja ilmu yang kita curahkan, ada masa kita pergi lebih dalam dari itu.....

Thats all folks. 

Alfatihah buat adik Amir. 

kisah benar...gambar googled

nukilan sang penulis... 
Nad Zainal... love her acting. Mika lakonan anak siapalah agaknya.