Thursday, February 4, 2021

Antara Amir dan Mika...dua nama nasib serupa..

 Amir dan Mika....dua nama kanak kanak yang berbeza .Satu nyata ,yang satu nukilan penulisnya.

Namun antara mereka berdua. ada persamaanya...tentang kisah hidup mereka.

Dua dua mampu mengalirkan airmata sesiapa yang menontonya.

Kisah Amir,meruntun jiwa. Dengan akhiran yang sangat tragis. Buka saja fb,u tube, akhbar boleh baca dan tonton kisahnya. Semoga Amir ditempatkan dikalangan anak anak syurga.

Mika pula kisahnya boleh ditonton ditv 3. Jam 10 dari hari Isnin hingga hari Khamis saja. Cikson pun dah jadi salah seorang penonton setia.

Sebenarnya ramai kanak senasib Amir dan Mika.Cuma variasi cerita ada berbeza.

Semasa cikson mengajar dulu, kisah kisah anak anak tak sah taraf sekali sekala timbul . Juga hak merebut penjagaan. P&C seharusnya bila berdepan dengan kisah kisah ini. Namun pernah ada ibubapa datang bergaduh disekolah kerana itu. Maka cerita yang private jadi bualan.

Kisah perebutan anak adakala melibatkan pentadbiran sekolah. Lebih lebih lagi bila ada permohonan tukar sekolah.Melalui pengalaman mendebarkab bila si anak murid diluluskan pertukaran . Namun ada kong kali kong sebenarnya. Tak dapat cikson lupakan wajah si nenek yang datang ke sekolah menceritakan apa terjadi..... mujurlah akhirnya selesai dengan elok. 

Tentang anak tidak sah taraf... aduhai. Lerai rasa hati bila lihat birth certificate anak anak ini. Ada masa. surat beranak ditulis dengan kata kata menyayat hati. Terbayang akan nasib menimpa mereka bila mereka besar nanti. Bila surat beranak diperlukan utk perkahwinan contohnya...Allahu.

Anak tak sah taraf....atau lebih kejam anak ha***. Bukan salah mereka. Tapi mereka yang terpaksa menanggungnya.

Satu hari aku tersentak bila tokwan seorang anak yang sedikit nakal menyumpah cucunya.Terkesan hingga hari ini.

Kenapa dalam kemarahan, segala sejarah anak kecil itu dijeritkan. Depan aku. Aku yang tidak tahu akan cerita sebenar, jadi terganggu. Kesian anak itu dimalukan. Keturunan dia dicanangkan.

Kmonla... kenapa ambil anak angkat kalau tak boleh bersabar. 

Pakcik...eh encik...bila ambil anak angkat, kena banyak bersabar. Tapi budak ni dari bayi keluarga cik belakan? Dia tak kenal pun mak dan ayah dia. 

Budak2 menyerap apa yang kita ajar dan lakukan depan dia....

Pak cik@ tokwan budak tu keluar . Muka masam mencuka sambil mulut muncung sedepa.....

Banyak sebenarnya kisah duka anak anak yang kurang bernasib baik aku jumpa. Juga kisah ibu2 yang menempuhi bermacam ranjau kehidupan . 

Bila jadi guru,kadang kadang bukan saja ilmu yang kita curahkan, ada masa kita pergi lebih dalam dari itu.....

Thats all folks. 

Alfatihah buat adik Amir. 

kisah benar...gambar googled

nukilan sang penulis... 
Nad Zainal... love her acting. Mika lakonan anak siapalah agaknya.


2 comments: