Thursday, September 24, 2020

Buat Hal lagi....

 Semalam, dia buat hal lagi.
Bila diikuti, di bulan September adalah hal dia.
Sapa yang tak tau langkah 16 September.
Semalam Langkah 23 September pula....maka riuh gegar gumpitalah rakyat Malaysia dan most probably doniaaaa.

Well... tak perlu aku habaq sapa dia.
He is part and parcel of our life... politically.
Some may say that his act yesterday is a political angan angan mat jenin or some sort of hallucination. Its yet to be seen. Malaysia is a land of bolehland. Anything is possible.

Hanya satu, kalau dia ditakdirkan Tuhan berjaya,aku nak dia clear nama dia. For so long stories of him being wild were concocted , drag to court, meted out jail term . I want him to drag, find and round all those yang drag him to court, wrote bad about him. I want him to show the world that he is a victim . Not as seen to be. And a single name stood out among them. The father of them all.

Just now on FB ,I saw pictures and read news about medical staffs being fetched to Sabah. From all states in Malaysia. That the covid state in Sabah has reached an alarming stage is not staged after all.Still clear in my mind, how frontliners from all over China were sent to Wuhan to fight the invisible army. 
And that political pak lawak of that ketapi buat hal lagi.. geram betul tengok video ucapan dia.

That we might have a snap election seemed likely . PM has hinted that if they win the Sabah state election, we might all go to the ballot box. Anak anak muda or maybe orang2 tua yang tak mendaftar jadi pengundi dok tunggu apa? Pi register la. Kalau malas sangat nak pi mana2 post office, on line kan ada?  Anak bangsa lain dah ,kita jangan dok berlengah. 

Because of politic, kadang2 rasa malu timpa mai kat diri. Orang politik yang dok peleceh bangsa sendiri, malaslah, dok langut sabsidilah. Orang politik juga yang conteng nama bangsa kita,kelepetokrasi , kaki rasuah , tak amanah. Orang politik juga yang buat ramai kita tak tahu jawi. Adoi... banyak la lagi.

I hope, kali ni menjelmalah seorang pemimpin yang boleh membawa kita mendunia. Megah utk mengaku kita bangsa Melayu. Kita jadi bangsa yang sihat, tidak rasuah, rajin bekerja,beramal mulia.

Apa tunggu lagi....walau apa pun umur kita, kita masih ada tugas. Mencari pemimpin yang benar. Yang ada wawasan. Buat agama dan bangsa juga tanah air kita yang dah jadi caca merba.

You may disagree. Tapi simpanlah na sendiri sendiri. 

Hehe,cikson buat hal lagi. Dari dok sengap2, siap diri ,dia dok tulis bab politik pula la ni...

Bye...have a nice day.
Cikgu cikgi...semaikan semangat jati diri dalam anak2 bangsa kita. Jadikan mereka confident, hungry for knowledge,juga bersahsiah yang baik. 
Do you know that to have a child to come up to you and say thanks when you have left the institution for a long time is the greatest gift of all..cikgu cenge.

Wednesday, September 23, 2020

Se perut tapi ....

 One thing that I restrain myself from doing is commenting on appearances of others.
Biar makhluk itu bayi atau dah tua nak mati...hihi.
Because to me semua tu anugerah Tuhan,siapa kita nak mempertikaikan. Betul tak?

Visiting a new born baby, sesetengah kita lancar saja mulut.Membanding, membezakan tanpa hirau apa rasa si ibu yang melahirkan. 
Ehhh.. awat hitam sangat ni. Abang dia ,kakak dia cerah. 
Rambut... macam berus sabut 
And so on and so forth.

Kenapa tidak kita ucapkan yang baik baik akan kelahiran baru ini.
Perkataan yang baik2 utk didengar dan yang tak baik tu simpan saja dalam hati.
Ucapkanlah... Syukur sihat. Cerdik ni. Mesti jadi anak baik baik.

Itu kelahiran baru.
Bagaimana pula bila kita bersua dengan orang yang kita dah lama tak jumpa.
Jangan buta perut. Usah dihighlight keburukan atau kelemahan dia.
Ehhh..awat hang ni? Dulu kurus kering, la ni macam ......
Hang dulu ni, jahat tak berlagu. Habih anak ayam aku.
Hampa dulu masa kecik, bergaduh siang malam...

Perasaan seronok orang nak berjumpa kita hangus begitu saja. Mungkin dia cuba sedaya upaya utk meluputkan kenangan pahit masa lalu, kita pula becok dk cungkil , backhoe segala.Kan jadi buruk padahnya. Si pengunjung atau tetamu serik dah nak jumpa kita...sebab kita ,sebab mulut kita.

Masa diberi peluang melawat sekolah sekolah rendah di sebuah benua yang lain, aku perhati tingkah laku anak anak kecil kat sana.
Kagum aku... tinggi daya konfiden mereka. Aku disapa tanpa ragu2. Soalan ditanya tanpa malu malu. Tak tergaru2, tersengih2 bila soalan aku ajukan. Jauh beza dengan anak2 kita.
Mereka juga ramai yang tinggi pengetahuan...
Aku rasalah... ini pembetukan sahsiah yang betul dari rumah. Ibubapa mereka melatih mereka dengan memberi mereka keyakinan diri yang tinggi.
Some might disagree. Tapi inilah yang aku lihat sendiri. Or you can see them in tv.

So ibu ibu, nenek nenek,kakak adik, please put on more positive vibes to the youngs. Pujilah, motivasilah mereka...Usah dihighlight tentang fizikal mereka. Kurus kah mereka, gemk kah mereka, capangkah telinga or jongangkah gigi . 
Tak usahlah dok highlight comelnya ,gebunya sampai mereka ni membesar jadi orang yang sombong dengan kecantikan anugerah Tuhan. Tapi sahsiah... tak kita gemburkan,bajakan.

I was that teacher who didnt have a fav . Cantik or buruk tak jadi hal. Anak pembesar atau penjaja sama saja aku layan.. If you are keen to study.. thats my boy. 
One day I went to my head and voiced my displeasure at a VVIP child. And this what my head said...
Cikgu, cantik ka, besarka,miskin ka semua budak sama. You ajar saja.
But she's not doing her work. I said.
Dia tak buat kerja pun, besar nanti bapa dia hantar dia pi US ke UK ke.True enough.

One day, visiting a branch office, I bumped into someone.
Cikgu...he called out. Rupanya dia yang ku marah kerana culas dala pelajaran dah jadi manager.He was the boy who I related my difficulties as a child . He who was not endowed with physical attributes and be made fun of. 

Hopefully ..am hopeful that my cucus be confident, lancar bila diajak bicara, knowledgeable in both agama and dunia, baik sahsiah. And the task grooming them fall on all of us. Ibubapa,nenek ,datuk,saudara mara, mereka yang mereka jumpa... everybody. Juga orang politik....

Thats all folks... my thoughts for today.
You may disagree....
Bye..



Tuesday, September 22, 2020

HARUAN....

 Setiap petang, ada saja kenderaan bersidai di seberang jalan depan rumah. Terlihat lepas tu susuk tubuh terbongkok2 . Ohh... sedang memancing rupanya. Tentu lumayan hasil pancing mereka. Kerana mereka datang pula esok petangnya.
Selalunya ikan yang boleh didapati haruan katanya.

Dan semalam, aku tonton lagi sambungan BKT...
Semalam baru nyata yang suami si Manis ni paedo sebenarnya.
Isu ini jarang diangkat dalam drama drama  tv kita. Mungkin ada dah tapi aku tak tonton. But isu ni macam taboo kan. Tak hendak kita perkatakan walau bukan sedikit kes2 HARUAN ni terjadi dalam masyarakat kita. 

Masih ada kes bapa bersumbangmahram dengan anak sendiri hingga tak ketahuan zuriat. Bapa sendiri tau. Lagilah banyak kes dilakukan bapa tiri, bapa menakan juga saudara seperut. There is an on going court case. 
Mengajar anak anak bawah umur melakukan perkara2 diluar batas juga boleh dikategorikan sebagai ikan sawah ni. Seen cases of juveniles ,underaged yang tau serba serbi tentang hal hal orang dewasa. Bila dikorek rahsia, katanya melalui video2 porno yang ditonton. Bila diselidiki, bapa saudara, abang punya.Semoga anak2 itu terpelihara dan membesar dengan sempurna.

Once, I went to a student's home . Allahu, tengok keadaan rumah made me cry. And I prayed nothing happen to the children living with their step father. Ruang sempit yang mereka huni,boleh senang benda tak terjangkau terjadi. Kami hubungi jabatan kebajikan masyarakat, namun jawapan nya negatif... sbb suami seorang yang bukan kurang upaya.Tiada repot dan sebagainya.Soon I heard the girls were married off in their teens.Hope they are doing well in their life. 

Haruan makan anak, harap pegar, pegar makan padi mmg ada dari dulu lagi. 
Kepada guru guru,dekati mereka yang nampak lain dari murid murid lain. Selami apa masaalah mereka tapi jangan pula dibawang merah bawang putihkan. Kadang2 anak yang tidak perform bukan kerana iq pun. Lebih banyak dari keadaan rumahtangga ibubapa mereka. 

Thats all folks... 




Monday, September 21, 2020

umpama basikal lajak...


Banyak lajak perkara lajak
Lajak perahu
Lajak berkata
And lately basikal lajak pula.

Lajak perahu boleh diundur
Lajak berkata, hilang rakan,kawan dan taulan
Lajak basikal lajak mak bapa lah punya kesalahan.

Maka keluarkan berita,
ttg ibubapa boleh dipenjara, di denda jika anak ditangkap menaiki basikal lajak.
Sekali fikir logik hukuman itu kerana dikatakan anak2 bawah umur tidak boleh dikenakan hukuman dan tuduhan jenayah.
Biar ibubapa duduk dalam dan anak bebaslah keriangan...tepatkan hukuman itu!

Ngeri tgk aksi aksi anak itu
Lagak superman atas basikal yg laju. Maut menunggu . Atau terkangkang kaki,terikat tangan diatas katil hospital bukan igauan. Malah jadi guarauan.

The part above was written on November 9th 2019...lamanya.
Today, allow me to continue..... 

Di jalan depan rumah, aku selalu nampak gerombolan penunggang basikal melintas. Ada berseorangan, ada berkawanan. Meriah. Awal2 pagi hari tidak bekerja,ramai benar berbasikal menuju Kuala. Seronok nampak mereka.
Ingatan aku terbawa balik zaman aku kanak2,remaja dan membesar.
Aku tidak berpeluang nak berbasikal . Duit lebih diperlukan utk mengisi perut dan membeli baju yang telah lusuh atau kasut yang dah koyak hingga keluar ibu jari...So pandang sajalah basikal kawan2. Ramai2 mereka kesekolah naik basikal. Itu kira orang kayalah masa tu.Mak pak hantar anak ke sekolah belum zamannya. Cikson kena berjalan naik gon turun gon, naik bas turun bas baru sampai sekolah. Selalu lambat kerana tak dapat bersaing dengan orang lebih besar. Selalu kena warning ,kena marah cikgu cikgi. 
During the holidays, I had to help my father in our small business ,my friends would be going places. Pi berkelah kat ayaq terjun. Becok mereka bercerita , maka meloponglah cikson dengar dengan sedikit rasa kecewa....haha.
Masa mula mengajar, duduk di Felda rumah depan sekolah. So jalan kaki saja. Tapi bila mula datang Perlis, cikson dapati cara terbaik utk ke sekolah adalah naik basikal.So my first basikal was bought. Haha..gelihati. Umuq dah 24 tahun baru belajaq naik basikal. Bukan belajaq bawa kereta!
Terketaq ketaq wei...orang keloi pun dah tak toleh.

Time flies... life changed. I learned my driving when I have to go around the state. Cikli tak mau hantaq selalu dah because he was busy . So learn to drive I must. I must be nearing 40 if I was not mistaken. Lepas balik Scotland, I was forced to be in a team of teachers.TST and what not.
By the way... I lulus periksa memandu at one sitting tau. Hebatkan?

Masa lajak lagi...
Now I could see people cycling and I am sure I still could. Tapi mau sakit badan, urat dan tulang.
So utk gerakkan badan, I comfort me... eh tu yang dok march ke depan ke belakang, dok mop sana,mop sini tu exerciselah...Betul juga.. kepala selalu dilangutkan utk tengok sawang ada tak, kipas berjelaga tak...duk sental bilik ayaq tu pun exercise juga...

By and by.. I came upon this video. Terinspirasilah pulak.....



Lajak melajak selagi boleh diundur ......