Tuesday, September 22, 2020

HARUAN....

 Setiap petang, ada saja kenderaan bersidai di seberang jalan depan rumah. Terlihat lepas tu susuk tubuh terbongkok2 . Ohh... sedang memancing rupanya. Tentu lumayan hasil pancing mereka. Kerana mereka datang pula esok petangnya.
Selalunya ikan yang boleh didapati haruan katanya.

Dan semalam, aku tonton lagi sambungan BKT...
Semalam baru nyata yang suami si Manis ni paedo sebenarnya.
Isu ini jarang diangkat dalam drama drama  tv kita. Mungkin ada dah tapi aku tak tonton. But isu ni macam taboo kan. Tak hendak kita perkatakan walau bukan sedikit kes2 HARUAN ni terjadi dalam masyarakat kita. 

Masih ada kes bapa bersumbangmahram dengan anak sendiri hingga tak ketahuan zuriat. Bapa sendiri tau. Lagilah banyak kes dilakukan bapa tiri, bapa menakan juga saudara seperut. There is an on going court case. 
Mengajar anak anak bawah umur melakukan perkara2 diluar batas juga boleh dikategorikan sebagai ikan sawah ni. Seen cases of juveniles ,underaged yang tau serba serbi tentang hal hal orang dewasa. Bila dikorek rahsia, katanya melalui video2 porno yang ditonton. Bila diselidiki, bapa saudara, abang punya.Semoga anak2 itu terpelihara dan membesar dengan sempurna.

Once, I went to a student's home . Allahu, tengok keadaan rumah made me cry. And I prayed nothing happen to the children living with their step father. Ruang sempit yang mereka huni,boleh senang benda tak terjangkau terjadi. Kami hubungi jabatan kebajikan masyarakat, namun jawapan nya negatif... sbb suami seorang yang bukan kurang upaya.Tiada repot dan sebagainya.Soon I heard the girls were married off in their teens.Hope they are doing well in their life. 

Haruan makan anak, harap pegar, pegar makan padi mmg ada dari dulu lagi. 
Kepada guru guru,dekati mereka yang nampak lain dari murid murid lain. Selami apa masaalah mereka tapi jangan pula dibawang merah bawang putihkan. Kadang2 anak yang tidak perform bukan kerana iq pun. Lebih banyak dari keadaan rumahtangga ibubapa mereka. 

Thats all folks... 




4 comments:

  1. sedihnya kak pasal student tu, semoga dia selamat selalu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga begitulah dia,Syaz. Selamat menjalani kehidupan dia bersama suami . Muda sangat masa berkahwin tu.

      Delete
  2. Semoga dijauhi daripada ahli keluarga kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP, sentiasa berdoa semoga ahli keluarga terpelihara. Selamat dunia akhirat.

      Delete