Monday, September 21, 2020

umpama basikal lajak...


Banyak lajak perkara lajak
Lajak perahu
Lajak berkata
And lately basikal lajak pula.

Lajak perahu boleh diundur
Lajak berkata, hilang rakan,kawan dan taulan
Lajak basikal lajak mak bapa lah punya kesalahan.

Maka keluarkan berita,
ttg ibubapa boleh dipenjara, di denda jika anak ditangkap menaiki basikal lajak.
Sekali fikir logik hukuman itu kerana dikatakan anak2 bawah umur tidak boleh dikenakan hukuman dan tuduhan jenayah.
Biar ibubapa duduk dalam dan anak bebaslah keriangan...tepatkan hukuman itu!

Ngeri tgk aksi aksi anak itu
Lagak superman atas basikal yg laju. Maut menunggu . Atau terkangkang kaki,terikat tangan diatas katil hospital bukan igauan. Malah jadi guarauan.

The part above was written on November 9th 2019...lamanya.
Today, allow me to continue..... 

Di jalan depan rumah, aku selalu nampak gerombolan penunggang basikal melintas. Ada berseorangan, ada berkawanan. Meriah. Awal2 pagi hari tidak bekerja,ramai benar berbasikal menuju Kuala. Seronok nampak mereka.
Ingatan aku terbawa balik zaman aku kanak2,remaja dan membesar.
Aku tidak berpeluang nak berbasikal . Duit lebih diperlukan utk mengisi perut dan membeli baju yang telah lusuh atau kasut yang dah koyak hingga keluar ibu jari...So pandang sajalah basikal kawan2. Ramai2 mereka kesekolah naik basikal. Itu kira orang kayalah masa tu.Mak pak hantar anak ke sekolah belum zamannya. Cikson kena berjalan naik gon turun gon, naik bas turun bas baru sampai sekolah. Selalu lambat kerana tak dapat bersaing dengan orang lebih besar. Selalu kena warning ,kena marah cikgu cikgi. 
During the holidays, I had to help my father in our small business ,my friends would be going places. Pi berkelah kat ayaq terjun. Becok mereka bercerita , maka meloponglah cikson dengar dengan sedikit rasa kecewa....haha.
Masa mula mengajar, duduk di Felda rumah depan sekolah. So jalan kaki saja. Tapi bila mula datang Perlis, cikson dapati cara terbaik utk ke sekolah adalah naik basikal.So my first basikal was bought. Haha..gelihati. Umuq dah 24 tahun baru belajaq naik basikal. Bukan belajaq bawa kereta!
Terketaq ketaq wei...orang keloi pun dah tak toleh.

Time flies... life changed. I learned my driving when I have to go around the state. Cikli tak mau hantaq selalu dah because he was busy . So learn to drive I must. I must be nearing 40 if I was not mistaken. Lepas balik Scotland, I was forced to be in a team of teachers.TST and what not.
By the way... I lulus periksa memandu at one sitting tau. Hebatkan?

Masa lajak lagi...
Now I could see people cycling and I am sure I still could. Tapi mau sakit badan, urat dan tulang.
So utk gerakkan badan, I comfort me... eh tu yang dok march ke depan ke belakang, dok mop sana,mop sini tu exerciselah...Betul juga.. kepala selalu dilangutkan utk tengok sawang ada tak, kipas berjelaga tak...duk sental bilik ayaq tu pun exercise juga...

By and by.. I came upon this video. Terinspirasilah pulak.....



Lajak melajak selagi boleh diundur ......

2 comments:

  1. Setuju sangat dengan mokja. Ada lajak yang baik dan sebaliknya.
    Kalau lajak boleh reverse boleh terima lagi.
    Jangan silap lajak tak boleh reverse, akibat tanggung sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ, adakala bila dithrowback balik, ada rasa sesal juga. Terlajak terbabas dalam banyak keadaan. But past is past kan..kalau diundurkan masa, mungkin lebih cermat, lebih knowledgeable dlm buat keputusan.

      Delete