Saturday, June 20, 2020

Dah meninggi hari....


Dah meninggi hari sekarang ini.
Jam telah 9.03 pagi
Burung burung galak berbunyi...hey hey heyyyy. Berlagu dan berirama.
Kenderaan silih berganti menuju destinasi
Tapi aku masih disini.

Semalam masa menunaikan bayaran e perbankan, geram betul cikson.
Dia punyi pusing boleh buat pening.
Round and round and round.
Jenuh menunggu hingga dia berlabuh ke destinasi. Cepat cepat buat transaksi dan keluar dari situ.
Lepas itu terbaca akan tindakan perlu dibuat kalau penunjuk itu dok bulat bulat...

Ni caranya kata pihak bank sotong sana...
1. Pi History. Clear Browsing Data.
2. Lps tu pi Start. Click Re start.

Itulah yang cikson buat sebentar tadi. Haa haa...clear Browsing Data. Selalu buat utk bank transaction saja.Dan Clear Browsing Data cikson buat utk All Time.

Memang lajulah sikit input lepas tu. Taklah lama kena tunggu. Namun satu pula masaalahnya. Huh..terpadam sejarah Blogger. Kena sign in. Ni yang gelabah. Ingat2 lupa segala password utk ini.
Nak cari catatan entah dimana yang tercatat.

Habislah tempat cikson berkarya. Nak masuk blogger dah tak boleh lepas ni.
Try punya try punya try at last berjaya. Legaaa.

Ni la cikson dapat berkarya semula.....
Dah meninggi hari...Nak mula buat kerja hakiki. Apa lagi ...memasak la utk tgh hari.

Bye. Enjoy yourself more.

Minggu depan boleh dah keluar dari pertapaan. Nak tau, tempat2 ni sepuloh minit dah sampai dari rumah cikson. Tapi dek PKP,dah 3 bulan tak jengok.Rindu sangat.
pantai sambil hirup kuah laksa

suasana hening sambil sarapan

tempat ini yang mendamaikan..

Friday, June 19, 2020

Haa legaaa...dah dapat pun bil TNB kami!

Semalam cikli keluar beli makanan.
Jam 1 baru dia pulang.
Nasik kandaq dia belikan. Nyaman!

Certeka berapa? Kata cikli pada memnya. Sapa lagi kalau bukan saya.
Teka apa? Tanya saya terpinga pinga.
Berapa bil tnb kita?
Ehhh...tak mau lah teka teka. Bagi tau segera. Jawab saya dengan tak sabarnya.

Mendengar dan membaca kelohan marhaen rakyat Msia tentang bil TNB yang meminta nyawa buat saya tertanya tanya. Mau beribu kalau macam ni punya cerita. Tentu naya.

Tadi masa nak pi beli nasi, jam awal lagi. Gerai tu belum buka. So I terus pi TNB. Banyak orang. Semua gang pencen...Cikli buka cerita.
Ehh you ni,mukadimah panjang pula..
Semua orang bising bising bab bil TNB tinggi. Ceritanya lagi.

Cikli menarik keluar gulungan kertas A4 dari pinggangnya. Cikson menyambut kertas itu dan mata meleret kepada angka2 yang tertera.
Bil 1.....28.3.2020 ....RM 157.92
Bil 2...  24.4.2020.... RM 139.57
Bil 3.... .22.5.2020.....RM 570.25 ( bacaan anggaran bln 12 hingga May)

Ni anggaran belum bacaan sebenar tau... Selepas meter ditukar, sampai hari ni belum nampak bayang pembaca meter datang melawat lagi.
RBL hanya 2 orang sahaja yang menghuni. Sepanjang bulan 3 hingga kini tak ada sesiapa balik ke sini. Kan kita berPKP.
So tak tahulah samada anggaran RM 570.25 utk bil tenaga ok atau tak. Tapi kalau congak2 oklah bagi cikson..Boleh bayar ansuran 170.00 sebulan.Baik nooo kerajaan.

Nak tahu cikson selalu bayar advance kebanyakan bil. Selalu bil datang in the negative. Kali ni saja terlalu positive....Haha..tak semua negative tu tak baik tau..

Byeeee. Happy tau bil RM 570.
Anda happy dengan bil TNB anda?
Ka lagu mana.

Bil ke 3



Thursday, June 18, 2020

Walau di Langit Hujan mencurah....


Sehari dua ini,hujan turun mencurah curah di bumi Perlis.
Ada masa lebatnya hujan yang turun buat hati resah dan gelisah.
Lebih lebih lagi bila terlihat tanah di sebelah rumah sudah digenangi air.
Susah jadinya kalau banjir. Lebih2 lagi buat kami yang berusia dan tentunya mereka yang ada sakit demam tersendiri.Cikli tergolong dalam senarai ini.

Mencurah curah juga dengarnya bantuan utk rakyat dalam fasa kita melawan covid 19.
Entah berapa billion wang ringgit dan beribu bentuk insentif dikhabarkan utk rakyat. Makcik Kiah dah tentu tersenyum lebar mendengar semua ini. Syukur Alhamdulillah.
Namun sudah sampaikah semua ini pada penerima yang sepatutnya. Bimbang juga .
Apa ciksoncikli dapat? Adalah sikiiit habuan.
Ration yang diterima masa PKP 1 dan 2 pun masih berbelen.
Maggi berbungkus belum dimasak. Sardin setin belum berbukak. Beras sekampit belum habis bertanak.
Jadilahhhkan.

Mengikuti fb kawan rakan yang terlibat dalam usaha usaha kemanusiaan, tersentuh hati lihat mereka yang terputus bekalan makanan. Lebih2 lagi mereka yang tinggal dipedalaman. Teringat akan saudara2 yang hidup dalam serba serbi kesempitan.

Semalam terikut membaca kes mahkamah berkaitan wang jutaaan ringgit berterbangan. Turun ke akuan macam hujan yang mencurah lebatnya. Cek kosong boleh diisi dengan angka2 wang ikut kesukaan, bertukar tangan. Bila ditanya... tak tahulah macam mana wang juta 2 masuk akuan!
Macam macamlah ....

Semalam diumumkan banyak perkara yang disekat telah dilonggarkan. Anak2 kecil dah boleh dibawa ke taman,juga ke mall mall . Seminar ,kursus boleh dah dijalankan. Tetapi kena ikut SOPlah bukan boleh ikut dan. Hati hati semua ya,jangan dok terpa tak ketahuan. Covid belum habis kita hapuskan. Nun di Beijing mereka tgh bertarung balik lawan musuh yang tak kelihatan. Tapi amat mengerikan.

Hujan mungkin turun lagi . Insentif dan bantuan mungkin dapat lagi. Pesanan cikson beringat ingatlah berbelanja. Berjimat jimatlah semua. Kita tak tahu apa ada didepan sana. Bagaimana ekonomi kita selepas ini. Takkan gomen boleh bantu kita selamanya. Kitalah kena jaga kita.

Walau hujan mencurah, air ditempayan jangan dibuang. Rumah dah berhari hari air paip semput2 turun.

Thats all folks my blabbering for today. Semoga diberi kesembuhan pada mereka yang sakit. Semoga dibuka rezeki pada mereka yang sempit.
Sometimes .... we are what we do...right?
Bil letrik belum diterima.... bila pembaca letrik nak dtg ya?




Wednesday, June 17, 2020

Berita Hari ini....


Buka fb. Macam2 berita melintasi.
20 mati kena batu ...angkara antara 2 negara gergasi berseteru
Ada penyamar jadi anak orang terkenal .Hanya kerana nak tackle awek.Walau umur katanya baru 14 begitu.
KU letup bangunan KS .... nampaknya dah main letup2 antara 2 negara yang sama nama. Tetapi satu Utara satu Selatan.

Tu tak masuk lagi cerita politik , sarkastik, plastik orang2 tertentu yang jadi negarawan kepada negara ku.
Di USA sana belum reda lagi cerita covidnya. Lebih2 lagilah kisah BLM mereka.
Perang di tanah Arab masih lagi jadi berita. Tak jumpa lagi damai antara mereka.

Macam2 ragam manusia bila berfb pun boleh dilihat.
Ada saja . Ada yang saja saja buat.
Yang rajin upkan segala nasihat. Segala ayat. Namun hidup realiti tidaklah sangat. Terjebak juga bermaksiat. So jangan kagum sangat .

Apa lagi berita hari ini ya?
Selalu jam 2 kita tunggu Pak Long dengan berita tentang operasi rodbloknya. Status pemeriksaan ,kawalan sempadannya.
Jam 5 pula dengan Pak Ngah dengan  kawalan kesihatanya. Status covidnya. Debar saja kita dibuatnya.
Sekarang dah tiada. Nak berita kena cari sendiri nampaknya. Maka cikson pun dah like fb DG KKM kita.
Boleh tahu juga apa perkembangan semasa .

Sekarang tengah up orang buat wall deco dengan daun plastik yang di emaskan. Cantik juga nampaknya. Kalau muda2 dulu tentu cikson pun minat nak buat.
Ni gambarnya... Senang dan murah.
Beli daun dan spray cat...

beli kipas dan spray cat

beli fabrik dan gam....
Terimbau pula kenangan masa mengajar dulu dulu.... Kelas cikson mesti ada deco yang murah murah, mudah mudah tetapi meriah...