Jam 1 baru dia pulang.
Nasik kandaq dia belikan. Nyaman!
Certeka berapa? Kata cikli pada memnya. Sapa lagi kalau bukan saya.
Teka apa? Tanya saya terpinga pinga.
Berapa bil tnb kita?
Ehhh...tak mau lah teka teka. Bagi tau segera. Jawab saya dengan tak sabarnya.
Mendengar dan membaca kelohan marhaen rakyat Msia tentang bil TNB yang meminta nyawa buat saya tertanya tanya. Mau beribu kalau macam ni punya cerita. Tentu naya.
Tadi masa nak pi beli nasi, jam awal lagi. Gerai tu belum buka. So I terus pi TNB. Banyak orang. Semua gang pencen...Cikli buka cerita.
Ehh you ni,mukadimah panjang pula..
Semua orang bising bising bab bil TNB tinggi. Ceritanya lagi.
Cikli menarik keluar gulungan kertas A4 dari pinggangnya. Cikson menyambut kertas itu dan mata meleret kepada angka2 yang tertera.
Bil 1.....28.3.2020 ....RM 157.92
Bil 2... 24.4.2020.... RM 139.57
Bil 3.... .22.5.2020.....RM 570.25 ( bacaan anggaran bln 12 hingga May)
Ni anggaran belum bacaan sebenar tau... Selepas meter ditukar, sampai hari ni belum nampak bayang pembaca meter datang melawat lagi.
RBL hanya 2 orang sahaja yang menghuni. Sepanjang bulan 3 hingga kini tak ada sesiapa balik ke sini. Kan kita berPKP.
So tak tahulah samada anggaran RM 570.25 utk bil tenaga ok atau tak. Tapi kalau congak2 oklah bagi cikson..Boleh bayar ansuran 170.00 sebulan.Baik nooo kerajaan.
Nak tahu cikson selalu bayar advance kebanyakan bil. Selalu bil datang in the negative. Kali ni saja terlalu positive....Haha..tak semua negative tu tak baik tau..
Byeeee. Happy tau bil RM 570.
Anda happy dengan bil TNB anda?
Ka lagu mana.
Bil ke 3 |
No comments:
Post a Comment