Thursday, June 18, 2020
Walau di Langit Hujan mencurah....
Sehari dua ini,hujan turun mencurah curah di bumi Perlis.
Ada masa lebatnya hujan yang turun buat hati resah dan gelisah.
Lebih lebih lagi bila terlihat tanah di sebelah rumah sudah digenangi air.
Susah jadinya kalau banjir. Lebih2 lagi buat kami yang berusia dan tentunya mereka yang ada sakit demam tersendiri.Cikli tergolong dalam senarai ini.
Mencurah curah juga dengarnya bantuan utk rakyat dalam fasa kita melawan covid 19.
Entah berapa billion wang ringgit dan beribu bentuk insentif dikhabarkan utk rakyat. Makcik Kiah dah tentu tersenyum lebar mendengar semua ini. Syukur Alhamdulillah.
Namun sudah sampaikah semua ini pada penerima yang sepatutnya. Bimbang juga .
Apa ciksoncikli dapat? Adalah sikiiit habuan.
Ration yang diterima masa PKP 1 dan 2 pun masih berbelen.
Maggi berbungkus belum dimasak. Sardin setin belum berbukak. Beras sekampit belum habis bertanak.
Jadilahhhkan.
Mengikuti fb kawan rakan yang terlibat dalam usaha usaha kemanusiaan, tersentuh hati lihat mereka yang terputus bekalan makanan. Lebih2 lagi mereka yang tinggal dipedalaman. Teringat akan saudara2 yang hidup dalam serba serbi kesempitan.
Semalam terikut membaca kes mahkamah berkaitan wang jutaaan ringgit berterbangan. Turun ke akuan macam hujan yang mencurah lebatnya. Cek kosong boleh diisi dengan angka2 wang ikut kesukaan, bertukar tangan. Bila ditanya... tak tahulah macam mana wang juta 2 masuk akuan!
Macam macamlah ....
Semalam diumumkan banyak perkara yang disekat telah dilonggarkan. Anak2 kecil dah boleh dibawa ke taman,juga ke mall mall . Seminar ,kursus boleh dah dijalankan. Tetapi kena ikut SOPlah bukan boleh ikut dan. Hati hati semua ya,jangan dok terpa tak ketahuan. Covid belum habis kita hapuskan. Nun di Beijing mereka tgh bertarung balik lawan musuh yang tak kelihatan. Tapi amat mengerikan.
Hujan mungkin turun lagi . Insentif dan bantuan mungkin dapat lagi. Pesanan cikson beringat ingatlah berbelanja. Berjimat jimatlah semua. Kita tak tahu apa ada didepan sana. Bagaimana ekonomi kita selepas ini. Takkan gomen boleh bantu kita selamanya. Kitalah kena jaga kita.
Walau hujan mencurah, air ditempayan jangan dibuang. Rumah dah berhari hari air paip semput2 turun.
Thats all folks my blabbering for today. Semoga diberi kesembuhan pada mereka yang sakit. Semoga dibuka rezeki pada mereka yang sempit.
Sometimes .... we are what we do...right?
Bil letrik belum diterima.... bila pembaca letrik nak dtg ya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment