Wednesday, May 15, 2019

...walking away

waaah.... so much walking away to be done...
Banyak benar nak dijauhi...

Angkat kaki bila dalam keadaan begini
Kalau tidak .... tak mustahil boleh matii...

Angkat kaki dari bertengkar yang pastinya membawa amarah dan sakit hati. Boleh bincang buat apa terjerit jerit hingga satu kampung mendengari...
Angkat kaki dari mereka yang merendah rendahkan diri mu.
Angkat kaki dari mengampu mereka yang suka diampu
Angkat kaki dari mereka yang memberatkan fikiran mu,buat mu serabut.
Angkat kaki..... ehhh bacalah sendiri. Belajar BI dari tahun satu tak kan tak faham kottt... hehe.

Tuesday, May 14, 2019

Archive of life .... the 13th of May


Yesterday, on my timeline, a number of posts regarding that fateful incident that rocked our nation 50 years ago appeared. 
For the first time since , Malaysians speak freely about their views, experiences. traumas and the lot about this hush hush affair.
I  was a sweet seventeen teenage girl when the incident broke out. Readying for my upcoming SC/MCE exam, I was oblivious to the going ons . Then one day, ashen faced abah came home from town with this news.
Jangan pi mana mana. Dok rumah saja. La ni oghang dok begaduh.
News travelled slow those days. We didnt have any socmed. Nor did we have any radio or tv at home. So words of mouth were our source of information. Only occasionally we bought utusan Melayu the jawi version.
Then came the curfew.
Everything was on lock down. Schools and offices closed. We had to stay at home and wary of strangers.
Luckily nothing untoward happened in our village although our neighbours were predominantly Chinese. 
On the other hands, we received rations from them.Mom got a handful of onions, garlics from them.They had tons of onions since all roads and shops closed.
Incidently, it was rumoured that a few life were lost in the state. 
When, the curfew was over, it was school as usual. In my class where pupils of various ethnics studied together, the beginning was a bit sombre. We avoided discussing the incident. 
But things werent the same in KL.
A  known friend of our family went missing until today. Alfatihah to the poor soul.

Although my hometown was calm and peaceful on that fateful day, we were very careful wherever we went. It was not a nice experience.Fear was in the air. 

There were lessons that could be learnt. Racial tension among the many races that make up the population of our beloved nation should be avoided. So too religions related differences.
Something that we must be aware of... menang jadi arang, kalah jadi abu. 

So friends... abstain yourself from indiscriminately  dishing out opinions in discuss forums pertaining to these delicate matters....race and religion.
Whats happening in Sri Lanka , Myammar  and many more nations across the world could be an eye opener.

Lets live in peace not pieces.
Salam keamanan buat semua.Bye.

Monday, May 13, 2019

Pagi yang cerah...ramadhan 6,ramadan 7 and ramadhan 8.

Ceria sang matahari pagi ini. Berlawan sehari dua lalu. Hujan dari pagi hingga petang.
Bunyi riuh ayam ayam berkokok di halaman RBL memecah sunyi.Sesekali disulam bunyi kenderaan yang menerpa pergi.

Sudah enam pagi kita bersahur. Bila tinggal berdua, masak pun ala kadar. Penat2 masak pun yang tertelan se mulut dua saja. Tapi semalam bertambah 2 nasi dgn sardin masak asam dan sayur taugeh.Di masak jam 4.30 pagi. Begitu rutin setiap hari.

Itu Ramadan 6.

Ramadan 7 saw me and cikli taking the road with the countless traffic lights to HSB Alor Setar in the early morning. Stopped at the gas station to fill the tank and the wallet. By and by ,at 8.30 cikli was safe and sound at the Klinik Pakar Mata for his appointment. His other half who played driver then had to find a parking spot to park the car. 
 The sky looked cloudy and the ground was wet. The parking ground at the back of the hospital complex looked soggy. It was risky to park there,so cikson took her iriz across the road to a private parking bay...selesai satu hal.

Then she had to cross the busy road, walk across the front yard ,up flights of stairs before joining cikli in the crowded waiting area of the clinic.

After a number of rooms, at last by 5.00 cikli finished his treatment. The last consultation room was 73 and met by Datuk Pengarah herself. The next appointment very soon on the 2nd of June!.
Bulan posa saja tiga kali weii kena mai loqstaq.... nangis. And on top of that 650 ringgit got to be readied....huarrrgh.. Nangis lagi. Mana nak sedia utk raya and duit servis cik iriz lagiii yg 700 tu..

Terbayang muka mak....bukan bab pinjam duit tapi ikhtiar dia bila ada saja isu kewangan nak di settle. Well..mungkin kekuatan tt boleh aku contohi. Pinjam meminjam is a no no to her. 

Finance aside... Habis treatment, aku pandu kereta balik Kangar. Awan gelap nampak berat macam akan memuntahkan isinya anytime.
Kena singgah mana2 beli makanan berbuka.
Oh my, the intended shop was closed although the open sign was on. So to the nearest shop in the vicinity. A familiar one was chosen.
Tapau ikan patin, keli ,nasi and sambal. Kuih2 included to the tune of 31 ringgit.
Nearing berbuka, I plated the food . Hmm..queer smell la sambal tu. Ya robbi dah berbuih wei!
Ke singki sambal tu di singkirkan.
Ya Robbi, sanggup tuan kedai jual sambal belacan yang berbuih dan berlendir...mau keracunan ni!.
Isssh...awat lagu niii!

Ramadan 8...today.
The sun shines brightly early. Cumulus clouds in the horizon. It promises to be sunny but by afternoon the weather might have a change of mind.
Ordered 2 kilos of ikan temenung by COD.
Harini no outside food.
Temenung semuanya....
Temenung goreng
Temenung gulai
Temenung rebus sambal belacan.

Biar bertemenung jangan termenung.

Bye. Have a fruitful ramadhan. 
Eh... dah 8 hari berpuasa u alls. Cepatnya masa berlalu.


Thursday, May 9, 2019

tiada kerja cari kerja


Menunggu giliran appointment doktor di lorong sempit beratus manusia memang membosankan. Macam ragam ,macam gaya,macam bahasa semua ada. Di penjiru,berkumpul uncle2 bertongkat bercerita. Mereka dengan bahasa mereka. Dua tiga kaki dari tempat ku duduki, seorang wanita menemani ibu tua.
Aku ? Selepas membelek handphone, aku membatu. Bisu. Hanya tidak pekak.Bulan bulan puasa tak ingin aku berbual rancak. Sesekali aku senyum bila mata bertembung dengan penghuni kerusi di depanku.
Mata boleh pejam,tapi telinga tetap menjalankan tugas. Setiap pengumuman, laungan suara petugas memanggil pesakit dapat aku dengar dengan jelas. Riuh.
Seketika, aku terdengar suara wanita bersama ibu tua bercerita..
Anak saya lelaki dok rumah mak.
Semua anak anak cucu tidor rumah mak. Hampar tikar,toto tidor memanjang halaman.
Depa tak mau balik rumah mak pak. Dia bercerita
Tentu tok baik orangnya. Anak2 cucu semua rapat dengan dia.
Ahhh ha...wanita bersama ibu tua bersuara. Hari2 rumah macam kenduri. Riuh rendah.

Aku membuka mata. Ku lihat wanita muda itu bersunggoh sunggoh bercerita.

Sebuah rumah dikampung asalku menerpa ingatan. Setiap hari rumah dipenuhi penghuni. Ada tok,anak, moyang dan cucu2. Setiap cuti dan raya usah cakap lagi. Penuh , riuh rendah suara mereka. Entah berapa keluarga berkumpul semua. Kain baju dibasuh diperigi bersama2 dan bergalah galah sidaian diampaian.
Kami pun kadangkala tumpang memeriahkan keluarga itu. Aku pernah mendapat pertolongan melangsai yuran SC/MCE ku dari mereka. Masa toknek masih ada kerap aku ke rumah mereka sama2 cicitnya merapi rambutnya. Terhibur dengan bercerita dgnnya.
Tok su... masih lekat dalam ingatan tentang kebaikan mu.

Semoga aku boleh jadi seperti ibu wanita di HSB dan toksu JPL yang dapat mengumpul anak2 cucu2 semua. The matriarch of the family, disayangi dan disantuni.

Jauhilah aku dari sifat yang memecah belahkan keluarga sendiri.
Semoga dijauhi sifat2 ini dari ku ...
Membahagi kasih sayang dengan tidak adil.
Menjadi pengadu domba antara anak2 dan menantu.
Antara sifat2 yg menjarakkan kasih sayang antara keturunan sendiri.

Haha... setiap yang kita dengar orang bersuara, ada pengajaran buat kita kalau kita rajin menggalinya.

Walau pun tiada kerja aku lakukan semasa dilorong sempit klinik pakar mata HSB, aku cari juga kerja. Mengambil pengajaran dari apa yg ku dengar, lihat dan alami di sana..

Thats all folks.

The art of arguing should be acquired if you want to win in any argument.
Bye...