Thursday, May 9, 2019

tiada kerja cari kerja


Menunggu giliran appointment doktor di lorong sempit beratus manusia memang membosankan. Macam ragam ,macam gaya,macam bahasa semua ada. Di penjiru,berkumpul uncle2 bertongkat bercerita. Mereka dengan bahasa mereka. Dua tiga kaki dari tempat ku duduki, seorang wanita menemani ibu tua.
Aku ? Selepas membelek handphone, aku membatu. Bisu. Hanya tidak pekak.Bulan bulan puasa tak ingin aku berbual rancak. Sesekali aku senyum bila mata bertembung dengan penghuni kerusi di depanku.
Mata boleh pejam,tapi telinga tetap menjalankan tugas. Setiap pengumuman, laungan suara petugas memanggil pesakit dapat aku dengar dengan jelas. Riuh.
Seketika, aku terdengar suara wanita bersama ibu tua bercerita..
Anak saya lelaki dok rumah mak.
Semua anak anak cucu tidor rumah mak. Hampar tikar,toto tidor memanjang halaman.
Depa tak mau balik rumah mak pak. Dia bercerita
Tentu tok baik orangnya. Anak2 cucu semua rapat dengan dia.
Ahhh ha...wanita bersama ibu tua bersuara. Hari2 rumah macam kenduri. Riuh rendah.

Aku membuka mata. Ku lihat wanita muda itu bersunggoh sunggoh bercerita.

Sebuah rumah dikampung asalku menerpa ingatan. Setiap hari rumah dipenuhi penghuni. Ada tok,anak, moyang dan cucu2. Setiap cuti dan raya usah cakap lagi. Penuh , riuh rendah suara mereka. Entah berapa keluarga berkumpul semua. Kain baju dibasuh diperigi bersama2 dan bergalah galah sidaian diampaian.
Kami pun kadangkala tumpang memeriahkan keluarga itu. Aku pernah mendapat pertolongan melangsai yuran SC/MCE ku dari mereka. Masa toknek masih ada kerap aku ke rumah mereka sama2 cicitnya merapi rambutnya. Terhibur dengan bercerita dgnnya.
Tok su... masih lekat dalam ingatan tentang kebaikan mu.

Semoga aku boleh jadi seperti ibu wanita di HSB dan toksu JPL yang dapat mengumpul anak2 cucu2 semua. The matriarch of the family, disayangi dan disantuni.

Jauhilah aku dari sifat yang memecah belahkan keluarga sendiri.
Semoga dijauhi sifat2 ini dari ku ...
Membahagi kasih sayang dengan tidak adil.
Menjadi pengadu domba antara anak2 dan menantu.
Antara sifat2 yg menjarakkan kasih sayang antara keturunan sendiri.

Haha... setiap yang kita dengar orang bersuara, ada pengajaran buat kita kalau kita rajin menggalinya.

Walau pun tiada kerja aku lakukan semasa dilorong sempit klinik pakar mata HSB, aku cari juga kerja. Mengambil pengajaran dari apa yg ku dengar, lihat dan alami di sana..

Thats all folks.

The art of arguing should be acquired if you want to win in any argument.
Bye...

No comments:

Post a Comment