Sunday, April 22, 2018

old age...

Sudah banyak kali aku mengalami keadaan begini.
Senior citizen memang selalu beginikah?
Melihat kami yang tidak secergas mereka... ha peluang pun terbuka.Untuk mengena. Begitu ya?

Jalan kami memang tidak tangkas lagi
Senyum kami pun kurang dua tiga batang gigi
Pendengaran pun sama ....kena ulang dua tiga kali.
Tapi bukan bermakna ,kami senang di tipu,manipulate tanpa malu malu lagi
Mau kami bersilat...haha tau kadar diri.

Masuk hari tu entah berapa kali aku terkena..
Hari tu dengan kedai bunga.
Lepas tu kedai runcit
Kedai makan
Dan yang terakhir klinik pula.

Mereka yang diberi tanggungjawab berhadapan customer semua anak muda.
Juga sebangsa,seagama.
Adakah bila warga emas berurusan dengan mereka boleh mereka alpa. Sebab orang2 tua ni tak tahu apa2. Malas nak bertekak atau mulakan sengketa.

Well.... the other day ,I went to the usual clinic to have my monthly medicine. The clinic was just being opened and there were a few patients ahead of me. After registering at the counter, I was directed to the dispensary. A new face was in charge. Never saw him there before. A young man.
After sometime, my name was called and a package of medicine was handed to me.Paid the purchase and kept the medicine in my handbag and left the premise.

Days later, I pondered over the seemingly less number of packs of medicine.
Oh no.. I was shortchanged by a week supply!
Budak ni! Tersilap or purposely?
Menyirap darah nak marah. Ingat senang ke nak perg ke klinik tu dengan parking yg susah . Lagi pun dah 2 minggu baru tersedar. Tak boleh jadi ni...

Hmmm... semalam satu surat aku terima. Isinya pun buat aku terasa. Warga tua memang banyak yg tak boleh . Insuran yg aku langgani sudah tak disambung lagi. Sebabnya... dah terlebih umur.

Seriously...
Lain kali bila berurusan dengan anak anak begini, aku kena lebih berhati hati.
Jangan2 mereka dah sepakat.... orang tua kurang segala deria. Senang nak pekena..

Wahai anak2 muda... ingat ya rezeki tak halal kalau tak ikhlas lebih2 lagi dengan orang tua. Tunggu dan lihat saja..

Hehe... tersenyum aku tgk lenggang lenggok gaya seorang yang sebaya ku memarahi anak muda yang memanggil namanya saja...tanpa gelaran yg sandangnya.

All right... panggil saja aku makcik,tok ,nenek. Jangan panggil nama. But at the clinic or hospital they just call your name,right?

Tak dengar pula Datin seri....dato ...datin...Prof..yb hehe.

eheh..apa makcikson dok melalut daaa.
Thats all folks. Bye.
Have a happy weekend.

belum jumpa lagi sign begini 

Tapi sign begini ada ... namun berapa ramai yg mematuhinya.

Friday, April 20, 2018

Ketahanan diri

Heboh berita ttg wanita terjun laut dari atas jambatan Sultan Abdul Halim. Kenapa dia lakukan belum pasti. Polis telah membuka kertas siasatan katanya.
Mereka yang tolong selamatkan diberi penghargaan. Ada berita ttg itu ditv semalam.
Tentu kita berkata ..kenapa sampai tergamak begitu wahai wanita itu?
Tak ada pegangan agama kah dalam diri kamu?
Bukankah dalam Islam tak mencium syurga kalau mati bunuh diri. Even other religion pun tak benarkan. Tapi ada tebaca pula ttg honour killing di Jepun dan Korea.
Itu yang ada harakiri. Diakhir WW2 ramai askar Jepun yg melakukannya.

Ada masa ada ketika,aku pun terselit rasa atau feeling of hopelessness. Masa membesar, ditengah konflik konflik kehidupan ,rasa ketidakbergunaan memuncak. Memang terlintas nak hilang dari dunia saja masa itu.
Tapi ketahanan diri mengatasi segala hingga kini.
Terasa lemah, disakiti fizikal dan mental, membesar dalam suasana keluarga yg beramokan boleh membuat seseorang itu depress. Stress yg tidak berpenghujung juga buat diri lemah dan senang terkeluar dari landasan yg waras. Maka itulah.... laut,sungai,ubat tidor antara pengantara utk melenyapkan kesakitan kesakitan itu.Jangan dilupa... dibelenggu hutang juga boleh menjadikan kita begitu.

Add caption



So... ketahanan diri boleh dijadikan solusi .
Bagaimana?
Pertama... dekat dgn Pencipta yang maha esa.
Kedua... banyakkan membaca. Cari ilmu. Google saja ..how to
Ketiga... renggangkan diri dari sumber yg memberi tekanan pada diri. Andai ada ahli keluarga yg toxic,yg menyebabkan stress , lari...jgn dekati. hihi
Keempat... bina keyakinan diri. How? Count your blessings. Cuba dan cuba atasi kelemahan diri. Kesilapan bukan muktamad. Pengajaran yg dipungut itu yg hebat.

Waaah... macam baik baik saja aku ini...Not really. Sampai hujung nyawa kita diuji. Yg kaya pun diuji. Apalagi yg tidak punya apa apa. . Life goes on until one day it stops. Tapi bukan penghujung. Ada lagi dan lagi....

Add caption
Thats all folks this glorious Friday. Have a fruitful day. Bye.

Thursday, April 19, 2018

DIY.... masak apa harini..kotiau sup mudahnye nak buat.

Lama ye makcikson tak upkan ttg masak memasak ya.
Well...to be honest,semenjak dua menjak ni aktiviti pendaporan agak berkurangan. Ada saja hal yang perlu diberesi. Ke kenduri,ke spital dan yang paling benar kemalasan...

These few days selera makan pun ke laut. Merajuk.
So,the other day makcik jenguk dapur and came out with...kotiau kuah cikson style.

Simple mimple aja caranya.

Bahan A
1 bungkus kotiau ( direbus,siram air dan sejat. Set aside)
Se genggam tauge... celur air panas sekejap saja
Daun bawang...potong pendek
Daun saderi ..potong pendek ..racik la tu.
Cili merah... mayang nipis
Tomato..potong nipis

Bahan B
Taukua 2 keping... potong dadu sederhana besar
Fish balls...belah dua

Bahan C
Halia...1 inci...racik nipis
Bawang merah...3 biji...racik
Bawang putih... racik
Perkakas sup

Bahan D
Tomato 1 biji
Halia sekeping 1 inci
Bawang besar..setengah biji
Bawang putih 2 ulas....semua bahan grind halus

Cili kisar 3,4 camca
Sos Tiram..ikut rasa
Garam
Gula

Ayam... atau daging
Udang 5,6 ekor

Caranya...
Tumis bahan C sampai wangi. Masukkan ayam . Balik balikkan ayam. Masukkan Air secukupnya.
Masukkan bahan D. Masukkan udang dan bahan B. Masukkan akar sederi . Rasa asam garamnya.

Nota... sediakan minyak bawang putih dan cili padi kicap

Sedap dimakan dengan minyak bawang putih dan cili padi berkicap ( caranya ada dlm blog). Untuk 2 orang lepas sehari . Makan sampai kembong..hehe.

Ooops..lupa ambik gambaq
Kita ulang tayang yg lama ok la noooo.

ni sajian entah bila tak tau..

Thats all folks... bye. See you soon.

Wednesday, April 18, 2018

WW... bertema pula kita



Tengok gambar ni
Di satu majlis kenduri

Haaaa... masuk tema kaler dua suami isteri
Carilah ,banyak benar yang serasi

Busana kami
Goodie bags
Tirai dan sash kerusi
Hingga air serbet buat menghilangkan dahaga pun berkoordinasi....hihi
Hehe... ada lagi
Cuba cari..