Friday, January 5, 2018

Abam Fohim masuk sekolah..alahai cucu


Sudah dua hari abam Fohim masuk taman asuhan. Kesian pun ada kena berenggang dengan mommy and daddynya. Selalunya dia ke rumah tokder . Tapi tahun ini bakal menyaksikan pertambahan cucu lagi so off he goes to play school. Sikit tak beza dengan anak anak ku dahulu. At a very young age dah berembun pagi hantar ke pengasuh atau taman asuhan. Kalau diingati , wauu.. tak cukup se buku nak ku ingati.

Well... those were the days.
Anak anak ku ada yg dihantar ke rumah pengasuh.
Ada yang pengasuh datang ke rumah
Ada yang dihantar ke pusat jagaan kanak kanak
Dan ada yang berpeluang di asuh oleh neneknya sendiri
Macam macam pengalaman pahit manis dilalui .

Lihat pada gambar gambar Muhammad Fahim di situ ,tersentuh juga hati. At two,apa dia tahu. Yang dia kena berdikari sendiri ditempat baru. No ayah,no mummy atau tok n wan. Nampak juga dia terpinga pinga. Wajah sugul menceritakan semua..

Semalam dia menangis panggil ibu ayah. Tunjuk kereta hitam
Minta minta tu hari ni dia lebih tenteram
And by the fourth day dia sudah ngam dengan keadaan.

Add caption





Semoga hari ini dan seterusnya abam Fohim selesa di tempat baru.

Thats all folks.
Bye...
Tak boleh lama lama,banyak tugas menunggu.

Wednesday, January 3, 2018

Hujan sana cemas sini...


Cuaca tak meriah pagi ini. Mendung saja. Kalau tidak waktu waktu ini,matahari dah meninggi.
Kenderaan dijalan pun sekali sekala menderum pergi. Tak macam masa cuti. Bertali tali.

Rumah dah kemas,itu yg boleh curi masa mai bersembang kat sini.

Walau cucca tak ada apa apa di Perlis ni,namun hati terasa cemas jua bila baca berita,tgk fb. Kenapa? Tentu ada yang bertanya.
Well ... berita dari pantai timur ttg banjir yang melanda ketika ini la apa lagi.
Bila kawasan itu pula tempat kita selalu pergi dan ada ahli keluarga yg disayangi.
Yesterday..difb lalu berita tentang kawasan kawasan ditenggelami air di Gambang Kuantan. Apa lagi cikson pun wassap anak tanya khabar berita. Mujur dia tak ada apa apa.
Katanya kawasan berdekatan Gambang waterpark dah ada air melimpah dijalan. Di jalan Gambang Kuantan pun ada jalan yg kena tutup semalam.
Hari ini hujan masih lebat dan air pasang besar.
Tenggelam Kampung Isap tempat cikson menjamu selera.Dim sum dia pertama cikson rasa. Sedap rupanya.

Semalam viral tentang si ayah dan anak meniti jambatan runtuh . Hai...gerun sunggoh . Bukan apa ,bila fikir kemungkinan berlaku. Mau tersalah langkah. Parah. Mujur mereka selamat.
Pagi ni keluar pula gambar si ayah mohon maaf....lain kali dik tolong jangan gadai nyawa ya.
Tapi ada baiknya juga... barulah pihak berkuasa buka mata. Jambatan baru diapprove serta merta katanya!

Oh well... kena bikin gempak dulu ya baru sesuatu perkara diambil kira.

Dua perkara cikson dok timbang tara. Satu... kesal juga bila kita beli brg tiba2 kita dapat yg dah guna rupanya..second. Belum peluang nak pergi semula ke kedai tanya awat cek buat lagu ni...

Kedua... charge yg pelik cikson terima..2 kali charge apa ke bende. Tapi depa dok di KL. Nak pi hingaq kat headquarter tak boleh lah pula. Satgi nak telepon tanya depa. Awat buat macam tu no?





Itu antara gambar gambar di google.
Khabarnya jalan depan Matrik Pahang pun lori besar saja boleh lalu.
Bersabar,bertabah dan berwaspadalah ya penduduk Pahang.
Semoga keadaan ini bertambah baik.

Tapi dengarnya hujan lebat dari semalam....air pasang besar pula nak dtg.
Thats all folks.
Satgi nak kena keluar rumah lagi
Apalagi...urusan cikli
Semoga baik baik saja hari ini.

Ohh.. ada lagi
Semalam shopping kat Giant. Sabun Diaa yg ada sabun free tu dah 15 ringgit ...dulu bawah 10.

Tuesday, January 2, 2018

If its meant to be,it will be,it will be...


I was behind the wheels when I heard this beautiful melidious song. Someone has earlier tuned in to that FM radio incidently. Anak2 la ni.

If Its meant to be,it will be ,it will be....
So haunting was the song that the lyric kept playing in my ears.
Oh well...cikson googled u tube and wallawel came across the singer
Bebe Roxa!

Cantik dan menarik orangnya. Macam Miss World.

Itulah... if something is meant to be ,it will be. It will be.

Looking back,in retro.so many incidences,accidents and what not matters happened not because we want it.
Regret not...just pick up your broken pieces, hot glue them and move on.

Today is the first day of schools for schools in many parts of Malaysia. For those not in the know,Malaysia has quite a few perplexing systems. However small she may be.
One of that is working days.
Some have it on Sunday to Thursday  while others Monday to Friday.
Perlis follows the later while her next door neighbour the former.
Well...in some instances,inconviniences crept leeway.

Happy working darling children
May 2018 bring you abundance of luck and prosperity in your working life
May it bring good vibes in everything you do.

Jodoh?...mama sentiasa mendoakan jodoh jodoh kamu yang baik baik. Semoga 2018 membawa rahmat itu.

The song if its meant to be continues to play in my mind....

If its meant to be,it will be,it will be.


Monday, January 1, 2018

2018... hari pertama bulan pertama...semoga ceria.


Hari pertama tahun 2018 sudah sekerat hari. Masa ku tuliskan ini jam hitam Ikea atas meja menunjukkan 3. 11. Jam laptop pemberian anak jenama Asus with Intel Pentium pula 3.09. Dan jam asus handphone android diwarisi dari anak juga sudah 3.10.

hehe...3 jam 3 waktu. Walau jarak satu minit saja.

Pagi sebelum keluar ke klinik mengambil cikli, aku kemas rumah.
Heh..tahun baru nak suasana baru la
Katil aku bogelkan dan salin pakaiannnya.
Alas kaki tak jadi guna didapur aku hampar di kaki katil
Bunga diatas meja makan,ku capai dan jadi hiasan.
Gambar keluarga ke Langkawi ku letak dikepala katil..

Gambar ku ambil dan wassap anak anak.
Happy new year... caption ku tulis.
Heehee... ingat ya katil kena kemas selalu. Usah malas kerana kita tak tahu entah beribu hama yg melata diatasnya. Juga kan sedap pandangan mata..Teringat tt yg keras mendidik kami masa kecil. Katil bukan tempat boleh dibuat main. Bawah katil tak pa..jadi tempat aku membaca novel novel.Ingat lagi katil besi yang tinggi dengan bunga kerawang nya. Aku tak pernah jumpa cobweb atau habuk  meninggi bawah katil ibu. Such was my mum..cleanaholic.

Lets go to Giant,cikli beri cadangan
To tell the truth ,I was tired cleaning the house and driving to the clinic was rela dalam paksa. And I have the assumption that Giant would be crowded today as it was the last day for parents with school going children to shop.
Mencuka cikli.

Next pitstop is restauran kampung, our fav place for lunch. Makanan dia selera kita and laksa dia uuumph cukup rasa.
Before that a detour into a florist shop that was always closed the last few days .
Hey..depa dah tutup kedaikah?
Nampak dibuka harini. Langsung aku masuki.
Bunga bunga memang aku gemari. Hobby.
So for 30 + ringgit, I came back with a handful of flowers
Now they are safely in the vases until abam Fohim comes home ...

bunga tahun baru..

atas divider pun ada

semoga ceriaaaaaaa...
ceria ceria
lagu kegemaran fohim..
Thats all folks
Well,the grass has their cut . Am happy that the bushes were gone as for now.
Ceria ceria ceriaaaaaaaaaaaa.
Bye.

On another note,
The first entry for 2018 was this...

 in this pink notebook.


Till then...Happy New Year.