Sunday, August 6, 2017

Sedih tau..


Sedih tengok dia. Di mana mana termenung saja. Dia yang sibuk dengan anak anak sekarang telah jadi lone ranger. Tiada lagi Tam Besar,Tam kecil,kelabu dan belang bersamanya. Kalau tidak riuh suaranya sambil menggonggong ikan memanggil manggil anak anaknya. Sibuk dia menjilat bulu bulu mereka.Sekarang semua itu sudah tiada .Dia tiada siapa siapa.

tiada lagi ceria diwajahnya
Sedih saja

Mana anak saya...mungkin itu tanya dia

minta simpati...kasih abah.
Terkuak saja pintu,dia menerpa meloloskan diri ke dalam rumah. Suaranya sudah tidak riuh seperti dahulu. Dahulu,dia becok sekali. Makcikson faham apa kehendak dia. Air akan diisi dalam gayung untuk dia yang dahaga. Atau sekeping dua ikan akan menjadi habuan.
Namun sekarang dia berbeza. Dia mengikut ke mana saja abahnya berada. Abah as in cikli. Cikli mandi dia sabar menunggu didepan pintu. Cikli menonton tv,dia ikut sekali. Adakala dia tertidur hingga berdengkur .

Sedih tengok dia. Tiada lagi ceria diwajanya.

Aku juga terkesan dengan keadaan ini. Selalunya merekalah yang menghiburkan hatiku yang kadang2 disapa duka. Terhibur aku tengok anak anak nina berkejar kejaran bawah teduhan pohon yang merendang. Terhibur aku bila melihat aksi cabar mencabar antara mereka. Siapa lebih handal panjat pokok kelapa.Itu semua sudah tiada..

Aku tumpang sedih mendengar cerita kawan lama yang sekian lama tak ku jumpa. Itu kisah dia....Maka aku terasa susah ku hanya sekelumit saja.

Nina dan kawan lama ku...sedih cerita mereka. Banyak pengajaran aku perolehi dari mereka.


Happy Sunday you alls..ewah


Cuaca suram. Hujan pagi ni.
Rumah sunyi kembali bila tetamu yang bertandang telah kembali. Dua hari ciksoncikli meraikan tetamu yang telah lama tak berjumpa. Mau makan belasan tahun lamanya.
Pasangan suami isteri teman memancing cikli. Juga kawan piknik bersma anak anak masa mereka masih kecil.
Kat mana ya gambar kita masa berholiday di Langkawi dan pantai merdeka. Juga masa kita memancing dipantai. Enak ikan yang dipanggang... semua itu tinggal kenangan.
Hari ni RBL kembali asal.
Bangun pagi cikson bereksperimentasi. Laksa basah yang dibeli digoreng dengan kuah sambal tumis sotong yang berbaki. Untuk makan pagi
laksa goreng sambal sotong
Bila makan kenyal rasanya dikerongkong
Konklusi... inilah pertama dan terakhir. Kerana rasa laksa goreng tak berapa enak utk ditelan. Rasa kenyal semacam.
 Adik yg jual ikan pagi pagi lagi dah hantar 2 kilo ikan temenung. Kali ni harganya RM 8 sekilo. Saiznya lebih besar. Kalau lagi besar lagi mahal...Rasa macam nak melaksa pula tgh hari ni. Biar rasa masam 2 sikit ala ala laksa penang.Tapi bahan 2 masih belum dibeli.

Add caption
Reno rumah no 7 dah siap. Cuma tinggal piping,cat dam membersihkan saja. Lepas ni bolehlah dibuka untuk disewa.

lantai perlu dikilatkan...dinding perlu dicat

Debunyaaaaa..

Tapi rasanya nak buat homestay dulu setahun dua..
Jemputlah ya kalau dah siap sepenuhnya.
Cikson bagi diskaun utk pembaca blog nanti...

Bye...Have a pleasant weekend dear


Friday, August 4, 2017

rindu dia lagi..

Relax satttt

kan cantik macam ni...
Caaaak!

Rindu nya kat budak ni
Kalau dekat dah ulangalik hari hari

Tapi

Dia jauh nun diwilayah
Nak pergi selalu tentu payah..

Terkini

Dia rajin bercakap
Apete apete...dan macam macam vocab.

Thursday, August 3, 2017

DIY... jom masak masak


Layan saja la ya gambar gambar masakan cikson , Tak adalah apa yg gempak. Masak masak simple mimple saja.

udang temanya...
yang lain penambah meja.

Ayam sambal kesukaan anak anak
Tambah korma bertambah enak

Bila tokwan rajin bertanam
Anak cucu tumpang makan

Udang datang dari Sabah
Makan nasi bertambah tambah

Gulai orang utara kena berlinamg minyaknya
Kalau tidak tak dapat sirim mak mentua

Itulah saja masakan cikson anak beranak...
Thats all folks...Bye.
Tak jumpa pula gambar masakan cikolin. Nanti2 kita add on lain.