Sunday, August 6, 2017

Happy Sunday you alls..ewah


Cuaca suram. Hujan pagi ni.
Rumah sunyi kembali bila tetamu yang bertandang telah kembali. Dua hari ciksoncikli meraikan tetamu yang telah lama tak berjumpa. Mau makan belasan tahun lamanya.
Pasangan suami isteri teman memancing cikli. Juga kawan piknik bersma anak anak masa mereka masih kecil.
Kat mana ya gambar kita masa berholiday di Langkawi dan pantai merdeka. Juga masa kita memancing dipantai. Enak ikan yang dipanggang... semua itu tinggal kenangan.
Hari ni RBL kembali asal.
Bangun pagi cikson bereksperimentasi. Laksa basah yang dibeli digoreng dengan kuah sambal tumis sotong yang berbaki. Untuk makan pagi
laksa goreng sambal sotong
Bila makan kenyal rasanya dikerongkong
Konklusi... inilah pertama dan terakhir. Kerana rasa laksa goreng tak berapa enak utk ditelan. Rasa kenyal semacam.
 Adik yg jual ikan pagi pagi lagi dah hantar 2 kilo ikan temenung. Kali ni harganya RM 8 sekilo. Saiznya lebih besar. Kalau lagi besar lagi mahal...Rasa macam nak melaksa pula tgh hari ni. Biar rasa masam 2 sikit ala ala laksa penang.Tapi bahan 2 masih belum dibeli.

Add caption
Reno rumah no 7 dah siap. Cuma tinggal piping,cat dam membersihkan saja. Lepas ni bolehlah dibuka untuk disewa.

lantai perlu dikilatkan...dinding perlu dicat

Debunyaaaaa..

Tapi rasanya nak buat homestay dulu setahun dua..
Jemputlah ya kalau dah siap sepenuhnya.
Cikson bagi diskaun utk pembaca blog nanti...

Bye...Have a pleasant weekend dear


2 comments:

  1. Selamat berhujung minggu cikson. Esok dah isnin kembali.

    Sini, tak jumpalah ikan termenung harga tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam naimah,
      Dah nak masuk selasa la ni. Dah dijadikan kuah laksa ikan2 itu.laksa penang dkt dihati

      Delete