Tuesday, July 4, 2017

Ninasandaq beraya? Caiya caiya lalala...


Hi people.Its Tuesday once again. And its Nina's time to pen off my thoughts.
Di tunggul mati ini Nina suka sekali
Bertenggek di petang hari


Once again RBL was a flurry of activities come Ist Syawal. The whole family of ciksoncikli's was once again in their splendour. Dressed to kill.Raya kan setahun sekali. So manusia manusia pun beraya sakan. Jangan pula terlebih takut takut nanti belum dapat gaji sawan yang mari...sbb duit gaji habis dah kena joli...hihi.

Anak2 Nina tak dibenarnya bermerdeka merata rata
Hanya dilaman ini mereka dibenar entry.

Si Tamcik juga suka tunggul ini
Lambat lepa saja dia conquer tempat ini.

Tapi satu saja kali ni yang Nina tak berkenan. Ada ke Nina and anak anak kena tahanan dalam sangkar sedang mereka berhari raya. Cikson marah sebab anak anak nina dok shereeeet kat depan pintu dia. Dia pestered cikli basuh porch. Tapi setiap kali bangun pagi,adalah hadiah yang mereka terima dari budak2 tu. Mau tak menyinga cikson. Nak tau apa cikson buat akhirnya. CUKA!. Dia siram cuka kat tempat 2 anak Nina suka menshereeeet.

Hari Raya ketiga baru cikson lepaskan kami kelar sangkar. Barulah kami dapat bernyawa kembali. Seronok bukan main siTamcik,Bu and Belang berlari,berhambat hambatan dilaman. Siap panjat memanjat pokok kelapa tepi rumah.

Satu hari cikson pergi berjalan jalan. Di laman rumah dia terpandang sesuatu yang memilukan. Tanda kasih sayang tuannya yang tidak tergambarkan. Antara dua nyawa berlaianan . Satu manusia satu haiwan. Ini kisah nya.

Di sini species bukan sama dgn cikson di semadi
RIP Halim yang dikasihi
Halim diberi nama. Species British Short Hair. Sayang tuannya pada dia hanya orang yang memahami dapat bayangkannya. Bergenang air mata tuannya menceritakan kisahnya.

Sedih weii dengar cerita Halim
Sampai la ni tuannya masih berduka
Terbayang kesedihan diwajah ketika bercerita

Satu hari pekerja rel keretapi jumpa si hidung kontot terbaring ditepi landasan. Luka. Dibawa ke klinik namun kesempitan wang utk membayar kos rawatan. Terdengar berita ,tuannya bergegas ke sana dan menghantar Halim ke pakar di Jitra. Namun ajal Halim di situ saja. Meninggal kerana jangkitan kuman . Dibawa balik dan dikuburkan di hujung laman. Di situ tuannya melawatnya setiap hari. Papan tanda ingatan tentang kehadiran Halim dan situ dia bersemadi menarik perhatian siapa saja mengunjungi.Adoooih... sedih pula rasa kami.

Back to raya tahun ni...
Sekarang everything dah back to normal. Cikson pun dah tinggal berdua kembali. Tapi dia ni tak henti henti berdekorasi.Ada saja dia buat tiap hari..

Sebelum Nina undur diri,layanlah pic kami...






Ninasandaq

Monday, July 3, 2017

Buat kenangan di hari muka nanti.. raya 2017 kami.

*Kepulangan yang dinanti.

Tahun ini semua ahli keluarga pulang. Dari Wilayah cikten n famili berkereta bersama abang . Hari Sabtu dah malam baru sampai akibat jam dijalanan. 12 jam juga lamanya.
Ciklin malam Jumaat bertolak dari Pahang dgn bas jam 9.00. Nun petang Sabtu baru sampai dilaman rumah .
Cikina naik ETS. Ini pun ada cerita. Perjalanan smoooooth dari KL Central sampai SP. Disini bermulalah terhencut hencut tren yg dinaiki 20 km sejam kerana kabel telah dicuri...Dekat maghrib baru sampai ke Arau.

* Persediaan juadah raya
telor sepapan direbus keras. Sawi berikat dipotong kemas.
Cikten teringin nak makan mee mama katanya. Jadi cikson buatlah skala besar buat menjamu kaum keluarga . Awal awal dah kejar cikli pi beli kaki lembu. Mee dan bahan masakan. Kuah cili kali ini dimasak dengan kacang dan lenga. Lupa pula nak save yg original .
15 bungkus mee ,seperiuk paling besar kuah berserta ramuan disajikan kepada tetamu. Tak menang tangan kami anak beranak.

Kerana sibuk tak menang tangan
Mee sepinggan pun tak tergambar
Gambar ni ihsan dari tetamu...


Hari kedua masak nasi berserta masak lemak cili api udang dan pisang muda utk adik dari KL.

Kuih dan biskut dibeli anak anak. Teringin nak buat macam muda muda dulu bila lihat  kuih nostalgia .

Kuih muih,biskut dan kek
Dibeli oleh tiga beradik..


*Kunjung Mengunjung
Tahun ni masih mengekalkan ziarah Sungai Petani selepas beraya dirumah MIL. Dah berpuluh tahun begini. Tiada pengalaman berkumpul ramai2 dimalam raya buat anak2 dirumah tok n nenek mereka.
Rasa ada kekurangan sejak tt tiada.

Raya kedua RBL riuh rendah sanak saudara dan sahabat handai. Rumah cikson hanya jamu mee dan kuih raya. Tiada add on .

Raya ketiga kami ke Taman Golf Alor Setar utk majlis tahlil dan jamuan raya SIL. Jam 6.30 bertolak. Pukul 8 lebih baru sampai. 2 jam utk Kangar - Alor Setar kot.
sanak saudara berhari raya
Raya ke empat rumah acik Ida. Bihun sup jamuannya.



Kunjungan ke Padang Besar tak dilepas juga. Seronok anak2 membeli cadar dan cikson pun join sama.

cadar dan selimut RM 50 teringin warna turqoise
balik rumah terus jadi eric .....cantikk kaaaan
Raya keberapa eh..Hari Sabtu ke rumah kawan sejak tadika ciklin di Guru Jaya. Makanannya enak semua.Kambing golek,nasi tomato ,roti jala kuah durian semua makcikson bantai saja. Sakit demam belakang kira.... haha.

sedap sedap makan di jamukan
Kat sinilah kambing golek yg awesome disajikan


* Anak anak pun pulang 

Raya ketiga cikten suami isteri serta abam Pohim dan abang kembali ke rumah masing masing. Bertolak jam 11 lebih kurang,nun jam 3 pagi baru dapat kabar mereka sampai PV. 16 jam tu..
Cikina nak ETS. Mujur licin saja perjalanan.By 2 dah sampai Central dalam masa yg ditetapkan.
Ciklin naik bas. Katanya not so jammed lebuhraya. Gud .

Di sebalik dinding kaca
mereka yg akan pulang diseberang sana
Menunggu ETS yg akan tiba...
* Lain lain tentang raya.
Aha... tahun ni anak anak sponsor baju Ariani . Segan sebenarnya nak berbling bling lagi . So on raya pertama,cikson berbelit tudung dan bersarung ala kebarung hijau lumut.

Baju baru utk kerusi
Nak jahitnya ambil masa tiga hari
Kerusi makan pun baju baru. Ni mama nak pakai baju kurung memanjang. Steadylah mama....they coaxed me .

Menghadiri kenduri walimatul urus anak teman sekerja. PK pentadbiran semasa di SK Sena.

Bertempat di dewan SK sebrang Ramal
Bersua ramai kawan rakan semasa bertugas.
Thats all folks my take on 2017 Aidil Fitri. Syukur Alhamdulilah masih dipinjamkan kekuatan utk merayakan nya. Tahun2 hadapan entah bagaimana pula.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin dipinta dari semua.

Sekali sekala rasa nak bernostalgia
Boleh pula cikli kata cikson bawang holland pula.


 Bye.












Friday, June 30, 2017

Penyeri Raya kami



Bukan sarung kerusi makan baru berjahit,
Bukan baju baru dibeli dekat Jakel berhampiran Chow Kit.
Bukan batang buruk,kek span atau kuih bangkit...


Penyeri Raya kami semua
Dari atok,wan ibu dan bapa saudara
Dia jadi penglipur lara
Gelagatnya yang bersahaja
Celotehnya yang tak berapa betul bahasa

Muhammad Fahim Zaidan begitu namanya diberi
Jadi penyeri Raya kami tahun ini...

sakan posing


aksi fohim

Thursday, June 29, 2017

Selamat Hari Raya ...dari RBL kini

3 tahun yang lalu,di sini bermula cerita RBL

3 tahun yang lalu...
Sekarang ,masih di wilayah ini.
Sawah nan hijau masih dapat di lihat dan nikmati
Kicauan burung masih lagi riang bernyanyi
Ayam2 masih berkokok di pagi hari
Ninasandaq masih lagi berlari lari menjijak simen panas ditgh hari


di jalan masuk ,daun2 kering masih bertaburan

Bunga bunga kuning masih berkembangan

Di garaj kereta  masih terisi kereta 

Pagar besi masih ditolak penghuni.Belum di upgrade kpd yang hanya petik atetnya kat si Pohim

Tunggul reput ini masih ada yang menggemari


Dan dua insan tua ini masih bernafas hari ini



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Buat semua yang mengenali
Kelurga yang dicintai
Sahabat handai yang disayangi
Kawan kawan seperjuangan disekolah yang sama2 kita ajari sejak 1972 lagi
Kawan kawan blogger yang disantuni
Anak 2 didik yang pernah cikgu mengajar dalam hidup kamu ,dimana saja dipelusuk dunia kamu berada kini.

MAAF Dzahir batin ku pohonkan dari semua andai pernah terasa hati dengan cikson samada secara perbadi atau dengan tidak disengajakan semasa sama2 kita hidup di alam ini..

Selamat hari Raya....