Tahun ini semua ahli keluarga pulang. Dari Wilayah cikten n famili berkereta bersama abang . Hari Sabtu dah malam baru sampai akibat jam dijalanan. 12 jam juga lamanya.
Ciklin malam Jumaat bertolak dari Pahang dgn bas jam 9.00. Nun petang Sabtu baru sampai dilaman rumah .
Cikina naik ETS. Ini pun ada cerita. Perjalanan smoooooth dari KL Central sampai SP. Disini bermulalah terhencut hencut tren yg dinaiki 20 km sejam kerana kabel telah dicuri...Dekat maghrib baru sampai ke Arau.
* Persediaan juadah raya
telor sepapan direbus keras. Sawi berikat dipotong kemas. |
15 bungkus mee ,seperiuk paling besar kuah berserta ramuan disajikan kepada tetamu. Tak menang tangan kami anak beranak.
Kerana sibuk tak menang tangan Mee sepinggan pun tak tergambar Gambar ni ihsan dari tetamu... |
Hari kedua masak nasi berserta masak lemak cili api udang dan pisang muda utk adik dari KL.
Kuih dan biskut dibeli anak anak. Teringin nak buat macam muda muda dulu bila lihat kuih nostalgia .
Kuih muih,biskut dan kek Dibeli oleh tiga beradik.. |
*Kunjung Mengunjung
Tahun ni masih mengekalkan ziarah Sungai Petani selepas beraya dirumah MIL. Dah berpuluh tahun begini. Tiada pengalaman berkumpul ramai2 dimalam raya buat anak2 dirumah tok n nenek mereka.
Rasa ada kekurangan sejak tt tiada.
Raya kedua RBL riuh rendah sanak saudara dan sahabat handai. Rumah cikson hanya jamu mee dan kuih raya. Tiada add on .
Raya ketiga kami ke Taman Golf Alor Setar utk majlis tahlil dan jamuan raya SIL. Jam 6.30 bertolak. Pukul 8 lebih baru sampai. 2 jam utk Kangar - Alor Setar kot.
sanak saudara berhari raya |
Kunjungan ke Padang Besar tak dilepas juga. Seronok anak2 membeli cadar dan cikson pun join sama.
cadar dan selimut RM 50 teringin warna turqoise balik rumah terus jadi eric .....cantikk kaaaan |
sedap sedap makan di jamukan Kat sinilah kambing golek yg awesome disajikan |
* Anak anak pun pulang
Raya ketiga cikten suami isteri serta abam Pohim dan abang kembali ke rumah masing masing. Bertolak jam 11 lebih kurang,nun jam 3 pagi baru dapat kabar mereka sampai PV. 16 jam tu..
Cikina nak ETS. Mujur licin saja perjalanan.By 2 dah sampai Central dalam masa yg ditetapkan.
Ciklin naik bas. Katanya not so jammed lebuhraya. Gud .
Di sebalik dinding kaca mereka yg akan pulang diseberang sana Menunggu ETS yg akan tiba... |
Aha... tahun ni anak anak sponsor baju Ariani . Segan sebenarnya nak berbling bling lagi . So on raya pertama,cikson berbelit tudung dan bersarung ala kebarung hijau lumut.
Baju baru utk kerusi Nak jahitnya ambil masa tiga hari |
Menghadiri kenduri walimatul urus anak teman sekerja. PK pentadbiran semasa di SK Sena.
Bertempat di dewan SK sebrang Ramal Bersua ramai kawan rakan semasa bertugas. |
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin dipinta dari semua.
Sekali sekala rasa nak bernostalgia Boleh pula cikli kata cikson bawang holland pula. |
Bye.
No comments:
Post a Comment