Wednesday, June 14, 2017

Jalan2 naik ETS ,mcm2 ada...masin dan manis segalanya.

Semalam,jam 5 petang kami kembali di bumi Perlis...bumi harumanis.
Pergi balik naik ETS untuk warga terlebih dewasa menguntungkan kerana tiket 50 peratus lebih murah. Pergi balik hanya 180plus plus saja. Untungkan.

Perjalanan pergi tepat waktunya. Tak tertangguh dimana mana. Tapi masa balik pula yang banyak cerita. First time mengalaminya.

Seawal 6.30 pagi ,bertolak ke KL Central . Perjalanan smooth dan jam 7 dah sampai ke stesen k,api. Disini kami menunggu dan menunggu kerana tiket jam 9.44 pagi. Lama tu. Tapi aku suka begitu kerana rasa selamat dari terperangkap dalam kesesakan jalan lepas jam 7.

Sebelum 9.44 kami ala ala tourists di pandu arah oleh pemandu arah berombongan ke platform 3. Ambik kau 2 eskalator kena kami turun dengan luggage yg boleh tahan beratnya. Mau tersembam...naya!

Bila k.api dari Seremban sampai kami pun masuk ke dalam gerabak. Letak beg dan cari tempat duduk. 2A.2B seat kami.
Di seat depan berlaku sedikit kekeliruan. 3 penumpang 2 seat.Bagaimana bisa begitu ya? Alahai,rupanya kakak didepan tersilap haribulan. Tiket untuk 27/6 kawan kawan. Kesiannya dia terpaksa turun dan lebih menyayat hati dia pula rabun... sorang2 pula tu. Semoga kakak dipermudahkan urusan lepas tu.

Semua penumpang ditempat masing masing kerana tren akan berlepas sebentar nanti. Namun itu tidak terjadi kerana masaalah tiada electricity. Bergelap pula kami. Hampir lebih sejam kami baru kami dapat menarik nafas lega bila perjalanan disambung semula.

Jam 4 lebih baru kami sampai di Arau berbanding jam 2 seperti tertera ditiket..
Seperti datang, sepanjang perjalanan ,sedih mendengar rintihan tren yang berkriuk sakan seakan menahan beban. Macam nak luruh badan .Bunyi ayan ,bunyi jamban dipam,bunyi rel dan bermacam bunyi mengiringi perjalanan....Sejuk pun boleh tahan.

Syukur Alhamdulilah....selamat sampai rumah.
bergelap dalam koc keretapi


Menunggu dari pagi safie
kenapa ya kerusi kerusi berdaki..

meninggalkan KL yg hiruk pikuk

kenapa air berwarna teh susu
Selalu warnanya hijau 

Tanda hampir sampai tempat kami
Sawah terbentang indah
Mesin basuh pun dah berbunyi. Sekian sampai sini.
Selamat berpuasa yangs yang dikasihi. Minggu depan kita jumpa lagi.

KL here I come

Bersiaran dari Kl east dan menaip diatas iphone bukan kerja mudah.
Sudah 3 hari meninggalkan rumah .
Dari tingkat 8 PV yg indah. Berkumandang deruan enjin dari subuh tak sudah sudah.

Menaiki ets memberi satu rasa yg baru dan berbeza dari yg dulu dulunya . Kali ini gegaran k.api cukup terasa . Bergoyang2  penumpang semua . Shreeeet shreeeeeat gerabak k.api menjadi halua telinga. Berbeza dari masa ets mula beroperasi.

Tu la beli lagi barang made in china. Inilah hasilnya. Rungut penumpang sebelah. Tak sampai setahun dah longgar sana sini.

Sampai kl central around 7 dan terus ke restoran berbuka puasa di nu central

Besoknya ke sebuah restoran thai di melawati pula. Harga yg jauh beza kalau di bandingkan di perlis.

Tgh hari tadi anak2 bawa pula ke jakel mall di tgh kl. Adoi banyaknya orang. Hampir sesak nafas dibuatnya.

Catatan ini dibuat menggunakan iphone dan disudahkan menggunakan lappytoppy lap top. Pagi ni aku tekan Publish button.

Blogging here I come.


Wednesday, June 7, 2017

DIY... inai bukan pakai dijari tapi mesin yg pandai menari nari




Oh well... today kan Thrusday. Time utk cikson upkan post utk DIYers.
Niat dihati nak tukar sarung kerusi . Tapi entahlah jadi or tak jadi. Kerana kain belum berbeli lagi.Singer Sewing machine haq inai pun masih jadi dispensari cikli.Entah entah dia pun dah mogok tak mau bergerak lagi.

Mesin jahit inai ni cikson beli dah berkurun lamanya. Mau 30 tahun dah. Yang masih ingat cikson jahit satu set tilam bantal anak sulung adik bongsu cikson yang masa itu masih mengajar di UKM Sabah. Sarung tilam berwarna biru siap applique lagi.
Oh ya...sarung tilam anak kedua warna pink ada crossstich. Anak pertama lupa pula rupa dia. Yang ketiga,cikson buat warna biru muda. Yang bongsu entah lupa dah buat atau tidak.. haha tu dia.

Come awal next year,cikson bakal terima cucu kedua. Hati ada nak buat sarung bantal buat kenangan. Tapi entahlah masih bolehkah tumpu perhatian.

Rasa nak ke kedai kain satu Malaysia cari kain yang boleh dijadikan sarung kerusi utk raya kali ni.Tapi tulah.... nak keluar rumah memang segannnn amat rasa hati.

Dua tahun berturut2,cikson pakaikan kerusi makan RBL dengan sarung kerusi baru. Tahun ni entahlah ..... lihatlah nanti.

hasil cobaaaan pertama
Dah barai kerana kain yg tak sesuai.

Hasil cobaaaan kedua
Dah nampak lusuh pula dia

Lihatlah mesin jahit pun masih belum bersedia utk berkhidmat lagi
Senang pula dijadikan dispensari oleh cikli.Semua ubat dia letak atas ni...

mesin jahit inai dah jadi dispensari cikli


Harap harap tu dia tak mogoklah kali ini. Boleh jari jari cikson menari nari.Jahit apa yang patut utk raya nanti...hihi
Bye. Selamat menjalani ibadah puasa folks.


Tuesday, June 6, 2017

Londang la dondang...ala sayang


Mendengar anak saudara mendapat tempat di salah sebuah institusi pengajian tinggi selepas SPM mengimbau kembali tempat tempat seprtinya yang kami anak beranak pernah tempuhi.

Cikson ada 4 anak. Jadi selepas SPM, beragam kenangan mereka.
Bermula dengan yang sulung . Mendapat tawaran UITM/UKM Bachelor in TESL dimulai dengan foundation years di PJ. Or is it Shah Alam. Sekarang lecturer di Pahang.Itu rezekinya.

Yang kedua selepas Seri Puteri, Londang di hantar untuk matrikulasi. Di sini berbagai pengalaman lucu dan ngeri.
Lucukan bila dinding bangunan tiba2 jatuh tanpa angin dan ribut.Mujur tak ada yang kemalangan bila dinding makmal jadi bahan.
Ngeri bila ulat2 bulu berkehitaman atas lantai dan merayap masuk dalam dorm dan kasut penuntut. Juga bau ayam yang dibawa angin mematahkan selera makan.
Itu semua 10 tahun lebih yang lalu. Harapnya tidak begitu lagi sekarang ini.
Anak yang kedua ini memasuki UPM dan kini eksekutif di sebuah organisasi.

Anak ketiga lelaki. Ke Melaka dia dihantar untuk diploma selepas SPM dan di KL dia belajar semasa U. Susah payah anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Banyak cabaran. Sekarang bekerja di KL. Bidang engineering.

Dan anak ketiga yang cacamerba. Banyak tawaran diterima hingga tak keruan yang mana. Matrik Pulau Pinang , Law UIA, Maritim , juga IPBA/QUT Australia.
Ibu ayah berminat anak ambil law. Tapi sianak berminat QUT. Sekarang mengajar di WP.

Sebenarnya anak2 ciksoncikli bukanlah top top student dalam sekolah dalam hal akademik. Tapi semasa bersekolah rendah dan menengah mereka digesa utk berbuat yang terbaik. Buntang mata kami kalau result tak berapa nak elok. Ke sana sini menghantar mereka . Tak biarkan mereka buat sesuka hati sampai ada yang mencebik.
Anak2 dah besar biarlah mereka urus sendiri.

Sampai satu masa memang benar sekali. Sekarang mereka yang kena tolong kami. Tapi selagi mereka belum boleh berdikari,ibubapalah tempat mereka bergantung diri. Jangan buat tak peduli.

Itulah sedikit perjalanan hidup kami dalam memberi pelajaran buat anak anak. Kalau dikarang semua,boleh buat ensaiklopedia....haha.