Pergi balik naik ETS untuk warga terlebih dewasa menguntungkan kerana tiket 50 peratus lebih murah. Pergi balik hanya 180plus plus saja. Untungkan.
Perjalanan pergi tepat waktunya. Tak tertangguh dimana mana. Tapi masa balik pula yang banyak cerita. First time mengalaminya.
Seawal 6.30 pagi ,bertolak ke KL Central . Perjalanan smooth dan jam 7 dah sampai ke stesen k,api. Disini kami menunggu dan menunggu kerana tiket jam 9.44 pagi. Lama tu. Tapi aku suka begitu kerana rasa selamat dari terperangkap dalam kesesakan jalan lepas jam 7.
Sebelum 9.44 kami ala ala tourists di pandu arah oleh pemandu arah berombongan ke platform 3. Ambik kau 2 eskalator kena kami turun dengan luggage yg boleh tahan beratnya. Mau tersembam...naya!
Bila k.api dari Seremban sampai kami pun masuk ke dalam gerabak. Letak beg dan cari tempat duduk. 2A.2B seat kami.
Di seat depan berlaku sedikit kekeliruan. 3 penumpang 2 seat.Bagaimana bisa begitu ya? Alahai,rupanya kakak didepan tersilap haribulan. Tiket untuk 27/6 kawan kawan. Kesiannya dia terpaksa turun dan lebih menyayat hati dia pula rabun... sorang2 pula tu. Semoga kakak dipermudahkan urusan lepas tu.
Semua penumpang ditempat masing masing kerana tren akan berlepas sebentar nanti. Namun itu tidak terjadi kerana masaalah tiada electricity. Bergelap pula kami. Hampir lebih sejam kami baru kami dapat menarik nafas lega bila perjalanan disambung semula.
Jam 4 lebih baru kami sampai di Arau berbanding jam 2 seperti tertera ditiket..
Seperti datang, sepanjang perjalanan ,sedih mendengar rintihan tren yang berkriuk sakan seakan menahan beban. Macam nak luruh badan .Bunyi ayan ,bunyi jamban dipam,bunyi rel dan bermacam bunyi mengiringi perjalanan....Sejuk pun boleh tahan.
Syukur Alhamdulilah....selamat sampai rumah.
bergelap dalam koc keretapi |
Menunggu dari pagi safie kenapa ya kerusi kerusi berdaki.. |
meninggalkan KL yg hiruk pikuk |
kenapa air berwarna teh susu Selalu warnanya hijau |
Tanda hampir sampai tempat kami Sawah terbentang indah |
Selamat berpuasa yangs yang dikasihi. Minggu depan kita jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment