Monday, June 5, 2017

Masak apa kita harini ya?


Dah hari kesebelas ya puasa kita kali ni. Terasa cepat sunggoh. Dan bila dah banyak hari berpuasa mulalah siibu dan isteri kerut dahi memikirkan apa lagi yang boleh dijamu pada keluarga utk berbuka.

Macam cikson,walau dua mulut saja nak jamah masakan ,tapi utk memasak kdg2 kekeringan idea dah. Nak beli di PARAM....hmm dah berapa kali tak kena citarasa . Satu hari cikli beli sup daging..Adoi daging keras,garam tak rasa. Cucur keria yang dibeli juga keras kejung dan tidak rasa ubinya.
Untuk mencari idea,posting lama2 cikson belek. Mencari mana2 masakan yang belum dibuat.
Ini kot rasanya yang boleh dicuba.
qasidah

bubur pulut hitam

rebus asam ikan.



 Bangun pagi tadi cikson hairan kenapa kurang kenderaan di jalan depan rumah. Rupanya sekolah masih bercuti pertengahan penggal. Itulah bila dah pencen, takwim sekolah pun dah tak ambil peduli. Rasa rugi juga .Ingat cuti sekolah seminggu. Rupanya dua. Kalau tidak boleh juga ber ets ke KL jumpa Pohim.

Semalam cikson masak gulai udang tumis darat berikan kering. Resepi ilham dari buku masakan vintage yg selalu jadi rujukan masa muda muda dulu. Gu dengan kentang dan kacang sepat? ( tak kenal pula kacang apa tapi datangnya dari Cameron. Bolehlah tahan juga rasanya. Habis seperiuk .

gulai udang cikson style.

Petang ni apa pula nak dimasak belum di fikir lagi. Rasa rasa macam nak tutup dapur dan pergi kat Kuala berbuka dengan ikan bakar pula...

dah lama tak makan niiii. Jomm.
Thats all folks. Selamat berpuasa.

Sunday, June 4, 2017

Ada ada saja.... kuali meletup,kasut melayang di bulan Ramadhan


Aduhai... imsak dan subuh telah berlalu. Baru teringat ubat yang perlu diambil setiap hari terlupa dimakan. Dah seminggu berpuasa,hari ni hari pertama lupa akan rutin harian yang penting itu.

Mohon agar tidak ada apa apa untowards incident yang berlaku. Ya lah bila rutin ubat yang perlu diambil terganggu, takut pula akan menyebabkan apa apa terjadi pada diri. Tapi tawakkal sajalah hari ni.

Sejak dua menjak ni berita media menyajikan cerita yang tak ingin kita lihat. Lebih lebih lagi dilakukan oleh wanita. Kes kasut melayang kerana perebutan tempat parkir di PARAM menarik perhatian ramai. Amboi..akak garangnya. Sekarang ni dengan ada nya smartphone,camcorder janganlah anak beranak kita jadi viral atas sebab yang tak baik.

Pesan makcikson. ... hati hati semua.Nak marah pun berpada pada.Toksahlah dok baling baling slipper pula.

Sedih baca kisah anak  muda yang menemui ajalnya akibat didera rakan rakan. Kalau ia pun dia bersalah,bukan hak kita menghukum dia sampai tak ingat dunia. Buatlah macam kes orang mencuri kelapa yang diikat di pokok kelapa sebelum diserah kepada polis. Biar undang undang jadi hakimnya.

Kes periuk meletup pun gamat juga ceritanya. Haha... Cikson suka tonton saja,beli tak pernah. Dah diingatkan anak2. Usah terjebak.

Hari ini ,harap semua baik baik saja.Di luar,bunyi guruh mengaum bagai singa lapar adanya.

Sekian. Celoteh cikson pagi pagi buta. Haha.

Saturday, June 3, 2017

Antara lauk berbuka dan bersahur...


Semalam cikson masak asam pedas cara cikson.
Segenggam kurang sikit cili yg telah dipotong serong,direbuas dan digrind bersama setengah labu bawang besar ,sedikit belacan dan kunyit. Grengggggg....SIAP.

Rebus dalam periuk. Masuk daun kesom dan bunga kantan,garam n gula. Juga asam keping tiga .SIAP asam pedas seperiuk bak hang. Lega....

Hmmm,then an idea struck me. LAKSA!

So tiga ekor ikan temenung direbus . Dibuang tulang dan digring halus. Kuah asam pedas setengah periuk ditransfer kedalam periuk lain. Isi ikan yang digrind tadi dimasukkan kedalam kuah . Maka jadilah kuah laksa!

So you see... dari satu periuk dapat dua masakan. Asam pedas dimakan dengan nasi putih bersambal belacan berisi buah mempelam dan ulam raja. Its an awesome combination.

Kuah laksa dimakan bersama sekeping laksa yg dicelur,nenas hiris, bunga kantan hiris,bawang dan cili melaka. Telor rebus juga tidak ketinggalan punya.

Puas makan masa bersahur dan berbuka puasa. Especially ulam raja dan sambal belacan. Kick dia ..hmm lepas angkasa.
Cuma... asam pedas dan kuah laksa kurang perisa. Kurang garam dan asam sebabnya. Maklumlah bulan bulan puasa nak merasa macam selalu tak boleh pula.

Hari sebelumnya nasi lemak pandan berlaukkan sambal tumis udang jadi sajian.
Dan sebelumnya gulai kepala ikan .

Haha... itu saja nak cerita..
gulai ikan
asam pedas tak bergambar la pula.

Serawa ubikayu hasil tanaman tokwan

amboi...besarnya bekas dari tuan.

Friday, June 2, 2017

Light and easy... aksi Fohim tangkap gambaq


 Jom bergambar seround....

lekaih ,lekaih...mariiii kita semua ambik gambaq

Auntie, kena diri sini
Wan kena rapatkan kaki



Bukan buka kaki
Rapat kaki la wan ni..


Haaaa.. sedia semua
One two tleee