Thursday, May 11, 2017

DIY.....Kotiau goreng expressssso. Suuuup saaaap SIAP!


Menjelang malam, tergaru garu kepala memikirkan apa yang nak dimakan utk dua dua warga emas ini. Nak keluar malas,nak minta delivery tak ada yg sessuai dihati.


nampak macam tak meyakinkan
actually ....sedaaap juga
ala ala kotiau kerang


So apa usaha cikson ?
Reccee petiais....

Ayam 2 keping ...potong nipis
Udang... buang urat 5 ekor
Kotiau... basuh dan tos
Gobis... potong memanjang
Sawi..potong2
Tomato... hiris nipis

Bahan yang masuk gu  boleh disatukan dalam belanga untuk dimakan bersama kami berdua.

Bahan2 sos
antara sos2 yg diadunkan

Sos tiram
Sos cili maggi
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis
Cili flakes
cili flakes sbb malas nak buat cili blended sendiri


Bawang besar dan putih blended
Telor sebiji di pukul light light.

Bawang putih dan merah di racik. Tumis hingga kuning. Masukkan cili flakes dan air.Mendidih,masukkan ayam. Pukul telor dan masukkan dalam ramuan tumis. Season dengan sos tiram dan sos cili,garam dan gula. Masukkan udang.Masukkan tomato hiris.

Masukkan kotiau dan sayur. Balik balikkan hingga sebati dan masak.

Hmmm nak tau rasanya ada lah mirip2 kotiau kerang tanpa kerang.. bertambah cikli makan.

Kenapa cikson namakan expresso....sebabnya express saja cara buatnya. Shortcut saja. Malas nak blend cili,cikson substitute dengan cili flakes. Save masa dan tenaga.

Sekian....itu cara cikson buat kerja. Kalau dapat  cari jalan mudah,itu yg suka. Tapi maintain rasa.

ni cili serbuk



berbagai rupa cili
Dalam memasak tidak ada yang salah bagi cikson. Buatlah macamana pun asal hasilnya terjamin bersih ,halal dan menyelerakan tekak si pemakan.Dan tidak menjadikan  perut meragam.Sekian.

Thats my DIY for today . Khamis depan kita jumpa lagiii.Bye.




Wednesday, May 10, 2017

WW...rindu




Hujan pagi Cuti Hari Wesak. ........eh macamana nak keringkan baju yg berlambak. Nak keluar betulkan pagar, basah sudah wajar. So ke meja laptop yg dibawahnya ninasandaq and babies bersuaka.Picture Gallery dibuka.... menatap gambar2 rindu pun menjelma.

Rindunya kat budak ni...keletahnya,ramahnya,tawanya ....Terbayang bayang concert dia hari kami berkampung di THotel Sunagai Petani.

akalnya dia ...
lukis apa tu 
 juga bercanda di tempat hening begini

am a nature lover
 Makan ais kacang begini

mane melecaih nampak gaya
mesti cikli suka
 Atau tuck in my favourite mee udang Pulau Sayak lagi. Tolonglah sapa 2 yang tau kat mana dlm Pelis yang jual mee udang begini.... atau mee yg sedaaap nak pi beli. Nak buat...malas wei.Lebih lebih lagi nak mkn dua mulut saja disini.




mee udang Pulau Sayak
Kalau dekat .....dah berulang kali jengok.



Rindu pada mereka yang sekarang jarang jarang dapat bersama. Adik adik yg masing masing punya kehidupan masing masing . Ee,Han and Bib... adik2 kesayangan hamba. Walau apa status hidup kita, semangat bersaudara tidak mengira itu semua.

adik beradik yg ada..
Bekas GB, bekas cikgu, bekas pegawai hospital....yang bongsu saja masih bertugas. Prof Madya Dr Habibah.
If  ba was alive...yes,he would introduce us to people in that order.
My late sister was a bekas staff nurse. 
And not to forget,rindu bangat pada mereka ini.


Tuesday, May 9, 2017

Ninasandaq beranak kecil lagi...

Dalam diam tak diam,Ninsandaq beranak kecil lagi.
Kali ni set tiga ekor kitties sekali gus. Ada itam,kelabu dan belang2. Haha... taulah siapa bapa mereka.
Si ninasandaq yg tak lagi bersandaq

Bawah meja laptop cikson dia berbaring,menyusukan anak yg kalau berbunyi sangatlah nyaring.


Si Tam pula membawa diri, atas kerusi dibilik ciklin.

Entah baca kat mana ntah.... kucing boleh beranak anak dari 3 romeo sekali gus. Dan diwilayah RBL ni ada 3 kucing jantan yang itam,kelabu dan belang2 dok masuk selalu.

Hari dia nak bersalin tu, nyaring dia mengiau minta tolong. Cikson sediakan kotak, dia tolak.
Kecil sangat kot untuk dia. Yg paling dia berkenan adalah almari baju bilik tengah. Hee eh...makcikson tegah. Mana boleh kan. Tu almari pakaian.

Cikson sediakan pula besen dilapik surat khbar. Mula2 nina ketegar. Tak mau dia beranak dalam besen... eh mana ada org beranak dalam besen. Besen tu cikson letak bawak meja yang dia tutup dengan kain. Jadi tersoroklah sedikit tempat itu ala ala wad bersalin.

Nina masih juga tak mahu tempat itu..Almari baju juga dia tuju. Last last cikson naik hantu. Telinga nina cikson ketu ( piat ).
At last nia mengalah dan menuju besen yg cikson sedia. Dan akhirnya dia beranak bawah meja tempat cikson selelau berkarya. Tempat ni aman dari bahaya rupanya. Fikir Nina.

Sekarang Nina sentiasa bersama anak anak kecilnya. Keluar rumah pun sekali dua. Nak relax katanya. Si Hitam yg besar panjang pun dah dia tak peduli. Maka ke kebun tokwan Tam membawa diri.
Kadang kadang susuk tubuh dia terlihat dikebun tok wan
Hai pi berkawan dengan cikyam ke cik Tam yg rupawan.


Nak tau hairan pula cikson. Tam sekarang ni ranggi bukan main. Menyerigai saja bila dia dihampiri. Amboi Ta,... apa dah Jadi ?
senang diri
hal orang tak usah ambil peduli
kata ciktam pada kami... hihi.

Kita marahlah,mak kita dah tak peduli pada kita... mungkin itu sebabnya perkara itu terjadi..

Monday, May 8, 2017

Being Heads


Kepala ada bermacam kepala.Ada kepala angin,kepala keretapi,ada kepala pekerja..
Satu hari terdengar cikli tanya pekerja buat reno rumah...Kepala mana?
Ingat dia marah pekerja tu  .Rupanya dia tanya mana ketua....

Kepala atau ketua....adalah satu tangungjawab.
And being heads ,one must be able to show good examples to the underlings.To take responsibilities.

Tentu pelik dan out of the norm kalau kepala jadi ekor dan ekor dok dikepala. Pening pula bila cikson berteka teka. Kenapa kepala letaknya ditempat yang tinggi dan tidak pula dikaki. Tentu ada sebabnya.

Being heads... subject ini cikson tulis dulu dulu kala lagi. Dah hampir bertahun lamanya. Hari ni cikson teringat menyudahnya...haha.

Cuba kita tengok dalam rumahtangga. Siapa yg semestinya jadi kepala. Tentulah ayahnda dan kekanda, tak begitu? Bertuah rumahtangga kalau begitu jadinya. Tapi bila membaca kisah kisah dlm krt banyak yang tersasar darinya.Suami yang tak tau tanggungjawabnya. Yg hanya jadi pengikut saja. Yang tidak menyumbang apa apa . Dan yang membawa beban pada keluarga.
Well ,the list goes on and on....

Di tempat kerja pula bagaimana?
Pernah dengar kisah kisah,yang jadi ketua atau kepala tapi tanggungjawab orang lain yang memikulnya. Yang jadi ketua tapi tujuan hanya nak berkuasa. Nak dapat nama.
Macam macam ada.

Being heads... terima tanggungjawab bersama sedia menjawab bila ada kewajipan untuk menjawab. Jangan tolak pada orang lain. Jangan dijadikan orang lain batu loncatannya.

Menjadi kepala atau ketua... being heads perlu ilmu. Banyaklah membaca dan berguru.