Saturday, March 11, 2017

rumah sebelah rumah


Memenuhi undangan ke majlis Bacaan Yasin jiran sebelah lepas asar. Berjumpa dengan acikacik dan kakak adik yang mempunya hubungan kekeluargaan dan kejiranan dengan tuan rumah.

Melihat cikson,maka ramai yang bertanya siapa gerangan.
Yang gelihati tu, description yang diberi ialah menantu tuan rumah besar .Lantas cikson buat pembetulan.
Rumah saya kecil saja dan itu pun saya hanya menumpang rumah anak...
Sesi berkenalan dan bertanya umur pengunjung pun dibuat.
Dah sahihlah cikson tergolong dalam kategori veteran.Seorang dari mereka mirip wajah tt dan ramah menemuramah cikson. Asal usul dan kerja dimana.

Majlis selesai sejam kemudian dan dijamu bubur kacang dan kuih muih .Sedap bubur kacang tuan rumah dan siap ada bungkus untuk dibawa pulang.

Semasa menunggu ustazah sampai, para hadirin sibuk bertanya khabar. Selain keluar cerita anak menantu, topik BRIM juga rancak diperkatakan. Ibu ibu pun nampaknya tak puas hati cara pemberiaan BRIM Perlis hari tu. Menyusahkan . Dan ramai yang ditolak permohonan kerana ada sangkut paut dgn SSM.

Rindu pula zaman JPL dulu dulu. Kunjung mengunjung jiran adakala tanpa had tanpa sempadan. Namun ada buruk dan ada kebaikan. Apa apa pun itu sema etap dikenang.

Rumah sebelah rumah itulah yang beri cikson buah kuini sampai hari ni masih boleh dibuat sambal belacan yang sangat digemari.

Pokok2 kabu pun masih belum masak lagi.Buah asam jawa nampak menyelerakan tapi cikson malu nak minta...haha.

Diseberang jalan, rancak trektor membersihkan kawasan belukar. Nampaknya suasana sini kelak akan bertukar...

Itu saja cerita cikson dari utara buat anak2 yang berada di Pahang dan ibukota. Eh.. tak sabar 18 hb nak jumpa Fohim la pula...

Friday, March 10, 2017

Remang remang senja

Dalam remang remang senja
Sang matahari seakan bebola yang menyala
Menuju ufuk senja
Di Kuala

si burung melepas lelah seketika

Dalam remang remang senja
Si burung bertenggek seketika
Melepas lelah agaknya

menuju ke ufuk timur
Remang remang senja
Sang mentari bagai bola menyala
Turun perlahan lahan ke tempat peraduannya
Senja pun menjelma
pintu pagar ditutup tuannya
Dalam remang remang senja
Sawah seberang jalan bagai berkata
Tutuplah pintu pagar rumah wahai saudara
Kerana angkara manusia ada dimana mana

Semoga kau sihat sejahtera
Dalam remang remang senja
Putik putik harumanis bagai berkata
Eh bila nak balut kita
Makan dik ulat naya
remang senja
bagai berkata
putaran hidup manusia
bagai suluhan cahaya
Ada terang
Ada suram
Pandai pandailah kita
Menyesuai diri adanya.


Bye...love from utara


hidup satu perjalanan...

Thursday, March 9, 2017

DIY...jom main masak masak. Udang masak cili flakes bermentega.



Teringat masa membesar di JPL. Awal awal tahun 60an....aku anak separa kampung separa pekan. Hidup bebas macam unggas terbang. Tapi tak bolehlah lebih sekatan,nanti tokton rotan..hehe.

Antara permainan yang kami anak2 JPL gemari adalah main pondok pondok. Its real pondok . Dan bila dah siap pondok tentu ada masak masak. And its real masak masak. Kami siap pau beras dari rumah, cari tumbuhan yang boleh dibuat sayuran dan masak . Lepas itu siap makan. Real makan.
Habis makan, terjun parit berkubang sampai terlupa nak pulang. Senja tokton bawa rotan.Habis episod main rumah satu petang.

Umur meningkat. Main masak masak hanya untuk budak budak. Anak dara kena paksa masak betul betul. Bukan main main lagi. Dan masak masak untuk makan keluarga selalu kena pada cikson. Walau memang memberontak,berkelahi dengan kakak, dari situ aku belajar memasak. Giling rempah gulai,tumbuk sambal belacan ala apprentice. Lama2 dapur sebiji sebiji kena aku hadapi. Dapur pula kayu api.

Hari ni cikson nak share masak masak yang senang . Chiauuuuw with chon . Tumis tumis dah siap.

Udang mentega cili flakes
 Udang .... bersih dan devein.

Bawang putih...3 ulas.
Bawang holland ... satu labu diracik.
Cili flakes 3 sudu besar ( kurang or lebih ikut suka)
Margarine planta ... 2 sudu besar
Asam jawa...( optional)
Kunyit
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Caranya.
Tumbuk bawang putih dan segenggam bawang holland yang diracik. Masukkan cili flakes ,kunyit ,margarine planta.

Tumis bahan bahan tadi hingga wangi atau hilang bau.
Masukkan air asam jawa..( optional )
Masukkan udang dan lebihan bawang holland.
Masukkan garam dan sedikit gula.
SIAP!




Ni pun sayur tumis tumis saja.
Simple mimple semua.
Selamat mencuba....

Wednesday, March 8, 2017

WW...tolong ibu



Walau baru setahun jagung
Dah tahu nak menolong
Biar penyapu lebih tinggi dari diri
Yang penting ingatan yang ikhlas nak berbakti