Wednesday, February 8, 2017

Nina

Nampak kelamkabut saja Nina
Lambat pintu terbuka,menerpa dia ke dalam rumah.

Cikson oh cikson
Boleh tak tolong...
Dijamu separuh ikan,dia makan dengan lahapnya.
Keletihan dia berehat di atas lantai .
Eh...ketepi ketepi. Nanti terpijak perut yang boyot tu.Beritau cikson pada dia yang sedang buat muka poyo.

Cepat2 dia beralih duduk.
Kemudian dia mengiau ngiau semacam menahan sakit.
Tertinjau tinjau dia akan pintu bilik. Habis almari diselongkarnya tunggang tebalik.

Dah nak beranak dah ni
Cikson beritau suami.Kotak dicari,hospital bersalin dibuat
Bawah meja tulis ,ditutup kain untuk privasi ibu yang sakit. Tapi ...
Nina tak nampak suka dengan apa yang ada. Hey...mengada ngadanya dia.

Hari siang beranssur malam, Nina belum beranak lagi . Ke hulu ke hilir dia mencari tempat yang sesuai dia nak lahir baby. Akhirnya dia minta keluar rumah sendiri. Jadi kotak tempat bersalin pun diubah ke porch kereta bersama sama dia.

la macam Pusrawi kata nina

Eh... tak payahlah tangkap gambar kita

Anak anak dia...
Pagi tadi..
Cikson jenguk dia. Dah bersalin, dua ekor anaknya . Satu hitam dan satu macam Pong pula.Alhamdulilah selamat semua.

Persoalan lain pula timbul.... Siapa pula nak jadi tukang jaga ibu berpantang sbb kami akan berpergian.

Tuesday, February 7, 2017

Going the wrong way...tongkat

Without his tongkat,dia berjalan sedikit kurang stable.... terhoyong hayang.Dan selalulah si isteri mengingatkan nya akan tongkatnya bila berpergian.

Dia dilihat tekun menyusun bag bajunya. Penuh bagasi.
Jangan lupa ubat
Tongkat sama
Kata isterinya.


Hukum alam. Mana kita tahu dia yang gagah perkasa masa muda,perlukan tongkat walau umur belum sangat tuanya. Baru masuk 60.
Begitu juga untuk kelangsungan hidup perlu tongkat dari mereka yang terdekat dengannya. Dia yang dulu memegang tender beratus ribu ringgit,mewah berbelanja kini ....

Hidup biar sederhana. Berleter dia pada anak anaknya. Berhutang boleh tapi biarlah untuk perkara perkara yang ada faedahnya. Tapi itu pun perlu fikir seribu kali. Cukupkah wang baki buat menyara anak isteri dan diri sendiri. Bagaimana bila waktu emergency.
Usahlah hanya nak menunjuk nunjuk konon berjaya dan bekerjaya tinggi, kereta menjalar brand luar negara tapi hidup dalam sengsara.

Putaran hidup bagaikan roda. Tak selalunya yang diatas itu ,diatas adanya. Kadang2 terkuis dan terbenam dia dibawahnya. Kalau ada simpanan ,oklah taklah gelabah beruk dibuatnya.

Thats worth thinking about,isnt it.

Masih jelas cikson ingatan pada tt yang sangat memegang prinsip jimat cermat. Terkejut bila dia dapat meninggalkan sejumlah wang untuk anak2 semasa dia meninggal dunia. Kita yang berdikari pun belum tentu boleh mencapai taraf dia. Entah2 nak kebumikan kita pun perlu mengemis sini sana.
Teringat juga,bila berkunjung ke rumahnya, lihat stok barang keperluan tersusun rapi. Bil bil semua terjelas dengan baiknya. Seorang ibu yang tidak berpelajaran dapat menjalankan kehidupan harian dengan sempurna . Dan hasilnya anak2nya terbela.

Tongkat itu keperluan bila badan dah terhoyong hayang . Tapi apakata bila tongkat yang menyokong diri reput atau hilang dipersimpangan jalan. Susahkan..

Memberi tongkat kepada ibubapa yang tua adalah satu perbuatan yang mulia. Bukan pula kita yang perlu tongkat dari mereka. Tak mengapa kalau mereka berdaya dan redha. Kalau tidak... entahla.

When tt was alive , I always put her as one of my top priority. Setiap bulan,lemas rasa kalau tidak menunaikan tanggungjawab itu. I think without fail, we would go down to her place. And without fail, walau diri susah sekali pun, bahagian dia tetap ada.
This is my colleague story...And to avoid disagreement with the spouse, jumlah yang diberi ,simpan lah kat diri sendiri. Perasaan bersalah menghantui kerana mendengar ada ustaz2 yg berkata ,tak baik beri pada ibubapa tanpa izin suami.
Well, dosa dosalah. Kalau ibubapa kelaparan dan adik2 tak berpelajaran lagi berdosa.
Dan bila mendengar keterangan danceramah ustaz Kazim Elias... baru keraguan itu terhapus.
Katanya ... tak berdosa pun tak minta kebenaran suami untuk membantu ibubapa kalau itu duit kita sendiri. Kita yang punya. So ikut kitalah nak buat apa...hehe.
Menolong suami, membantu dia ,memberi tongkat padanya semasa dia patah kaki,mulia dan terpuji.
Tapi membantu ibubapa yang memerlukan lebih mulia lagi. I say memerlukan. For their needs ,not for their wants..

Bercerita bab tongkat menongkat tak habis habis.
For one thing, tongkat yang kita hulurkan buat ibubapa akan direturn kembali kpd kita bila kita memerlukan kembali. Percayalah....

Bye... tapi hati ini berbisik...janganlah terpaksa bertongkat untuk kelangsungan hidup ini. Biar bertatih,biar letih.

Monday, February 6, 2017

Going the wrong way.... meroyan

Hari hari kebelakang ini macam macam cerita yang kita dengar. Kalau yg baik tu kita jadikan tauladan. Dan yang buruk kita buat sempadan dan berdoa semoga tidak terkena batang hidung sendiri dan juga kaum kerabat cucu cicit kita. In other words ... simpang malaikat 44.

Kisah ibu yang mengelar leher anak sehingga mati,satu kejadian yang ngilu dan tragis. Meroyan kata orang boleh menyebabkan macam2 yg tak masuk akal boleh dilakukan oleh ibu2 yang baru bersalin. Lebih2 lagi yang sedia sakit dan tidak mendapat perhatian orang2 disekeliling terutama suami .

Really... from my personal experience ,I could be one of those ugly statistic. It so happened during my confinement of my 2nd and third child. Nobody from my family showed up as they too were embroiled in problems of.their own. It was a baby boom year for cikton's children. So imagine my mum's hectic schedule. I felt so lost alone in Kangar with cikli not as helpful as he could be. And to make matter worse ,I was left soaked to the skin in my blood for all my bags of colthes were not handed to me. Ada miscommunication konon.So too was my liitle baby . He had no diapers to wear.
My husband could not be contacted by the nurse. This too was a communication breakdown.

The whole night I was feeling down and angry. And when I confronted cikli I was given the tongue.

Ha ...you tak sakit kan..Dah selamat pun. .was his pert reply.
Aduh... rasa nak hempuk semua yang ada depan mata. Mujur tak meroyan. Yes, I tell you . Nyaris lagi . Mujur baby tu baby boy. Mau dia girl,mungkin syaitan bisik yang husband tak suka anak perempuan lagi.

Yes, orang dalam pantang,emosi dia sangat rapuh. Jadi orang2 disekeliling tolonglah bantu walau hanya menantu, sepupu atau kawan yang tak sebulu. Lebih lebih suami ,jangan buat tak tahu.

I really felt for the lady who took her own daughter's life. So sad, Very very sad.

lawakk....


Sunday, February 5, 2017

counting days


Its been a month since we last met cikten's family
No,no its since December.... so it must be nearly two months to be exact.

Sentiasa mengunyah.
Little Fohim was his boisterous self when we last saw him.
And he was just beginning to take his few steps.
Dia jalan ala pete ,said his wan. Cikli la tu

When he was in Kangar we took him to see the ostriches at the ostrich farm near Pdg Besar.
He was excited to see the big birds eating away the soft foliage bought at RM 3.50 per bunch.
And I was more than excited when I saw him pointing to the ostrich in the picture and blurting some unrecognisable vocab. later.
Mama rasa Fohim nak cerita dia tengok burung ni dulu. I concluded.

Now , Fohim could walk more firmly. The video his mum uploaded showed him walking 'ala pete' along the corridor of their condo.
Dia la ni suka berjalan sambil ketawa. Tabiat baru. Said his mother in the caption.


Next week.minta minta tu tak adalah apa apa aral melintang untuk kami jumpa cucu kesayangan. Rindu nak dengar colotehnya.
And also , am so full of anticipation to spend our holidays at one of the scenic hotels in PD. Nak jadi duyung puas puas.
Dah nak belajar naik basikal pula
Thats all folks.
Good night. Bye.