Tuesday, February 7, 2017

Going the wrong way...tongkat

Without his tongkat,dia berjalan sedikit kurang stable.... terhoyong hayang.Dan selalulah si isteri mengingatkan nya akan tongkatnya bila berpergian.

Dia dilihat tekun menyusun bag bajunya. Penuh bagasi.
Jangan lupa ubat
Tongkat sama
Kata isterinya.


Hukum alam. Mana kita tahu dia yang gagah perkasa masa muda,perlukan tongkat walau umur belum sangat tuanya. Baru masuk 60.
Begitu juga untuk kelangsungan hidup perlu tongkat dari mereka yang terdekat dengannya. Dia yang dulu memegang tender beratus ribu ringgit,mewah berbelanja kini ....

Hidup biar sederhana. Berleter dia pada anak anaknya. Berhutang boleh tapi biarlah untuk perkara perkara yang ada faedahnya. Tapi itu pun perlu fikir seribu kali. Cukupkah wang baki buat menyara anak isteri dan diri sendiri. Bagaimana bila waktu emergency.
Usahlah hanya nak menunjuk nunjuk konon berjaya dan bekerjaya tinggi, kereta menjalar brand luar negara tapi hidup dalam sengsara.

Putaran hidup bagaikan roda. Tak selalunya yang diatas itu ,diatas adanya. Kadang2 terkuis dan terbenam dia dibawahnya. Kalau ada simpanan ,oklah taklah gelabah beruk dibuatnya.

Thats worth thinking about,isnt it.

Masih jelas cikson ingatan pada tt yang sangat memegang prinsip jimat cermat. Terkejut bila dia dapat meninggalkan sejumlah wang untuk anak2 semasa dia meninggal dunia. Kita yang berdikari pun belum tentu boleh mencapai taraf dia. Entah2 nak kebumikan kita pun perlu mengemis sini sana.
Teringat juga,bila berkunjung ke rumahnya, lihat stok barang keperluan tersusun rapi. Bil bil semua terjelas dengan baiknya. Seorang ibu yang tidak berpelajaran dapat menjalankan kehidupan harian dengan sempurna . Dan hasilnya anak2nya terbela.

Tongkat itu keperluan bila badan dah terhoyong hayang . Tapi apakata bila tongkat yang menyokong diri reput atau hilang dipersimpangan jalan. Susahkan..

Memberi tongkat kepada ibubapa yang tua adalah satu perbuatan yang mulia. Bukan pula kita yang perlu tongkat dari mereka. Tak mengapa kalau mereka berdaya dan redha. Kalau tidak... entahla.

When tt was alive , I always put her as one of my top priority. Setiap bulan,lemas rasa kalau tidak menunaikan tanggungjawab itu. I think without fail, we would go down to her place. And without fail, walau diri susah sekali pun, bahagian dia tetap ada.
This is my colleague story...And to avoid disagreement with the spouse, jumlah yang diberi ,simpan lah kat diri sendiri. Perasaan bersalah menghantui kerana mendengar ada ustaz2 yg berkata ,tak baik beri pada ibubapa tanpa izin suami.
Well, dosa dosalah. Kalau ibubapa kelaparan dan adik2 tak berpelajaran lagi berdosa.
Dan bila mendengar keterangan danceramah ustaz Kazim Elias... baru keraguan itu terhapus.
Katanya ... tak berdosa pun tak minta kebenaran suami untuk membantu ibubapa kalau itu duit kita sendiri. Kita yang punya. So ikut kitalah nak buat apa...hehe.
Menolong suami, membantu dia ,memberi tongkat padanya semasa dia patah kaki,mulia dan terpuji.
Tapi membantu ibubapa yang memerlukan lebih mulia lagi. I say memerlukan. For their needs ,not for their wants..

Bercerita bab tongkat menongkat tak habis habis.
For one thing, tongkat yang kita hulurkan buat ibubapa akan direturn kembali kpd kita bila kita memerlukan kembali. Percayalah....

Bye... tapi hati ini berbisik...janganlah terpaksa bertongkat untuk kelangsungan hidup ini. Biar bertatih,biar letih.

2 comments:

  1. Salam.. :D.. Teeima kasih.. Insya Allah, sekarang sdg bertatih untuk bljr mmbri pd parents. Huhu.. Tp hutang ngn parents blum mmpu nk byr lg. Huhuhu.. Doakn lady mmpu berbakti pd kedua ibu bpa lady.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ladybird,
      Salam. Semoga dimakbulkan niat baik lady utk berbakti pada ibubapa. Sesungguhnya indah kenangan bila mereka telah tiada dan kita telah melakukan yg terbaik buat mereka semasa mereka masih ada. Dan balasannya pun berganda2.Sejuk hati bila anak2 ada yg hulur bantuan pd ibu mereka .

      Delete