Tuesday, December 6, 2016

Being me 2

Its been 2 weeks that I was down with all these ailments...fever and shortness of breath.
Mungkin dah muntah hijau sapa sapa yang dok baca blog ni,membaca bab sakit demam kami saja.It seems that sunshine has refuse to shine brightly at this moment of time.
Macamlah aku saja yang sakit,aku saja yang ada masaalah.
When someone put this to me...Its in your mind maam. Your medical was ok what. Your exray ok. You bp for someone on medication is ok. You are only imagining things. .....

Well this is what I have to say.
I was the happiest when the ER doctor did xray, and assortment of tests on me and said there's nothing wrong.Aku ingat aku nak kena serangan jantung sbb tanda 2 macam sama saja. Alhamdulilah,my jantung or heartbeat ok cuma ada iiregularities sikit. Except there's wheezing sound in my chest and I was adminitered the nebuliser.
But harm had been done... aku dah terkena balik masaalah pernafasan yang aku alami masa di JPL dulu. It made a comeback in old age. And being a person who likes to google everything on earth, I did google about my predicaments and the medication .
So...bila depa dok persoal kesihatan aku itu ini,aku suruh mereka google saja. Cari juga why the doctor prescribe those pills to me.

My cikli is now warded for quite a few days. Kesian juga dia yang hanya ada anak perempuan menjaga kebajikan dia di sana. Tried going there,but the weather and my state of health could aggravate my recovery. Apa jadi nanti bila anak ini sudah habis cuti dan aku masih belum sembuh.
So sementara ini,aku terpaksa biar anak saja ke sana dan aku sehabis usaha cuba utk pulih seperti dulu dulu. Moga aku dapat kembali menyorong cikli sepanjang hospital semasa dia sakit. Semoga aku sihat kembali untuk jadi driver memandu cikli mendapatkan rawatan dihospital Sultanah Bahiyah nanti.Menanti cikli didepan bilik bedah seorang diri tgh malam buta.All those that I did without any qualms.

So bila aku tak berdaya melakukan itu semua,please understand.Kita dikurniakan akal,kita carilah jalan.Jangan gelabah tak ketahuan.

Aku ingin mengucapkan syabas pada anak yang berjaya mengharungi semua ini sorang sorang. Sebentar ke hospial,sebentar kerumah dan seribu satu tugas yang dipikulnya. Terserlah who u are.darling. Mohon maaf andai kerana mama terkasar dengan mu . Not in a million years would a mother do all those silly things.

My writing may not cure everything but at least I dont need to explain over and over again.
So if you question me and I dont feel like explaining,pls check my blog will ya,

Haha...ada ke orang baca..

Sunday, December 4, 2016

Being me


Sejak terkena serangan asthma sampai kena bekejar ke ER ,I was wary of what could cause the attack.
Dulu aku pandang ringan bila lihat orang kena serangan itu. Kena kanser,diabetes lagi parah. Fikirku.
Tapi bila kena batang tubuh sendiri baru tau tinggi rendahnya langit.
Orang diabetes boleh lagi hidup kalau jaga diri,ambil berat tentang kesihatan,pemakanan,kebersihan.
Tapi orang yang punya masaalah berkaitan pernafasan, kita tak dapat agak bila2 dia boleh padam.

Tercungap cungap menarik nafas,kita ingat hanya lakonan. Tapi tahukah kita dia tercungap kerana dia kurang oksigen.
Penyebab dia mungkin dari kita sendiri.

Jangan ingat dia dapat attack hanya dari satu faktor saja.
Faktor dia bermacam dan beragam. And for me its clear that arguing is one of it. When we have to explain ourselves to others,we exert ourselves. Kalau nak tgk orang semput menggelupur bawalah bertengkar dengan dia.Depression and stress kill.

Factors like cats,can be overcome by not keeping them at home and our surroundings. Kesian Nina dan Tam. Terpinga pinga depa tengok mamason tak mau lagi mendekati mereka. Dan rumah yang ada kucing juga nampaknya kena berhati hati. Kalau sakit jangan dekati.
Baru teringat,anak menakan ada yg asthma. Bila datang ke rumah, takut sangat mereka dengan kucing. Walau duduk satu bandar,rumah tokcik mereka tak dekati. Mungkin itu sebabnya.

Cuaca mendung juga mempengaruhi kesihatan. Mendung mendung begini,nafas terasa pendek dan kerja kerja rasa berat nak dibuat. Kena hati hati.

Makanan.... I do not know what can trigger my bout of attack. So bila I know that some people are susceptible to nuts, I took just a few.cuba dulu. So far ok.

Satu lagi.. bau yang kuat. So please no strong perfume and mushy rotting things nearby.

But writing ... seems to be like an antidote. My fingers are trembling but I still manage to hit the buttons.
Ideas come slowly but still manage to put in writing.

Till then. Bye. Pray for me that I regain my strength to take care of my ailing cikli.
Love from utara.


Saturday, December 3, 2016

terlantar lagi...kesian cikli

Aduhai cikli.
Terlantar lagi
Akibat ikut hati....

Well..sejak cikli sakit kami anak beranak bertungkus lumus memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan dia. Mana  dan apa yang tak dibuat. Setahun lebih aku berulang alik ke hospital Kangar dan Alor Setar. Aku driver,aku ,aku segala segalanya.
Dan amat gembira bila dia kelihatan pulih, luka sembuh.
Namun,cikli lupa dia sakit.
Kegemaran berkebun yg mungkin jadi punca sakitnya diteruskan kembali walau aku membebel melarang.
Makan juga jangan ditegah kerana itulah yang dibelinya.
Tengah hujan dia keluar bersih itu ini.
Dan banyak lagi lah hal hal yang dibuatnya buat aku nanar.
Abah jangan buat tu...bahaya.
Abah jangan makan itu, nanti sakit.
Mentaliti suamiku yang tersayang itu adalah dia dah sihat,buat apa berehat.
Satu hari dia selsema.
Dalam selsema dia lihat rumput dihalaman panjang.
Mesin rumput dia galas terhoyong hayang
Aku yang melihat melarang berkali kali. Tapi kalau cikli tu mana mau dengar cakap bini.
Maka berdoa aku sepanjang masa melihat dia terhoyong hayang menebas rumput dilaman rumah.
Sekejap kedepan hoyongnya,sekejap kebelakang nak terlentang.
Andai terlentang,bilah mesin mungkin mencederakan dia.
Batu batu melantun ke kereta dengan banyaknya.
Aduh..ngeri aku hari tu.
Bila dia berhenti baru aku tarik nafas lega.
Sebenarnya ada yang minta nak tolong buat,tapi dia tak bagi takut rosak mesinnya.
Well ...itulah suamiku yg akan buat apa yg dia nak buat.Akibatnya
semua jadi lorat.

Sehari selepas itu,cikli jatuh sakit.
Aku juga terkena sakit. Dikejar ke emergency,kena nebuliser dan sekarang pun tgh bertatih nak berjalan.

Semalam dia diwadkan dihospital Kangar. Kesian si anak perempuan ku yang kena menguruskan ayah dan emak sorang sorang ditengah malam.

Kalau dulu aku berjalan ditengah malam berurusan kini dia yang mengambil alih.

Entahlah...nak kesian pun tak tau lagi. Tapi ada marah sikit dihati.
Dan lebih teruk lagi,aku tak dapat urus dia selagi aku belum pulih sebenarnya.

Mujur ada anak yang tengah bercuti.
Kalau tidak...dua dua dah mati...hehe.

Thats all folks. Bye.