Saturday, December 3, 2016

terlantar lagi...kesian cikli

Aduhai cikli.
Terlantar lagi
Akibat ikut hati....

Well..sejak cikli sakit kami anak beranak bertungkus lumus memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan dia. Mana  dan apa yang tak dibuat. Setahun lebih aku berulang alik ke hospital Kangar dan Alor Setar. Aku driver,aku ,aku segala segalanya.
Dan amat gembira bila dia kelihatan pulih, luka sembuh.
Namun,cikli lupa dia sakit.
Kegemaran berkebun yg mungkin jadi punca sakitnya diteruskan kembali walau aku membebel melarang.
Makan juga jangan ditegah kerana itulah yang dibelinya.
Tengah hujan dia keluar bersih itu ini.
Dan banyak lagi lah hal hal yang dibuatnya buat aku nanar.
Abah jangan buat tu...bahaya.
Abah jangan makan itu, nanti sakit.
Mentaliti suamiku yang tersayang itu adalah dia dah sihat,buat apa berehat.
Satu hari dia selsema.
Dalam selsema dia lihat rumput dihalaman panjang.
Mesin rumput dia galas terhoyong hayang
Aku yang melihat melarang berkali kali. Tapi kalau cikli tu mana mau dengar cakap bini.
Maka berdoa aku sepanjang masa melihat dia terhoyong hayang menebas rumput dilaman rumah.
Sekejap kedepan hoyongnya,sekejap kebelakang nak terlentang.
Andai terlentang,bilah mesin mungkin mencederakan dia.
Batu batu melantun ke kereta dengan banyaknya.
Aduh..ngeri aku hari tu.
Bila dia berhenti baru aku tarik nafas lega.
Sebenarnya ada yang minta nak tolong buat,tapi dia tak bagi takut rosak mesinnya.
Well ...itulah suamiku yg akan buat apa yg dia nak buat.Akibatnya
semua jadi lorat.

Sehari selepas itu,cikli jatuh sakit.
Aku juga terkena sakit. Dikejar ke emergency,kena nebuliser dan sekarang pun tgh bertatih nak berjalan.

Semalam dia diwadkan dihospital Kangar. Kesian si anak perempuan ku yang kena menguruskan ayah dan emak sorang sorang ditengah malam.

Kalau dulu aku berjalan ditengah malam berurusan kini dia yang mengambil alih.

Entahlah...nak kesian pun tak tau lagi. Tapi ada marah sikit dihati.
Dan lebih teruk lagi,aku tak dapat urus dia selagi aku belum pulih sebenarnya.

Mujur ada anak yang tengah bercuti.
Kalau tidak...dua dua dah mati...hehe.

Thats all folks. Bye.


2 comments:

  1. AllahhuAkbar...

    Semoga kesihatan Cikgu suami isteri segera pulih sepenuhnya. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Cepat2 sihat yea both you and Cikli..Aamiin
    Cikli kenalah slow down sikit..jangan terlalu rajin.

    ReplyDelete